Dalam kenyataan yang dikeluarkan, JMM memaklumkan bahawa nasihat itu dikeluarkan pada pukul 6.55 malam berikutan gempa bumi berukuran 8.7 pada skala Richter yang melanda wilayah Aceh, Indonesia.
Terdahulu, beberapa negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia merasai gegaran pada pukul 4.50 petang Rabu berikutan kejadian gempa bumi itu.
JMM turut mengeluarkan amaran kepada penduduk di negeri berkenaan supaya menjauhi kawasan pantai ekoran kemungkinan gempa bumi itu mengakibatkan tsunami.
LANGKAWI — Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) semalam menghentikan
serta merta semua aktiviti dan latihan membabitkan 40 pelayarnya di
sini dan di beberapa tempat lain berikutan gempa bumi kuat melanda
Acheh, Indonesia.
Naib Presiden MYA, Datuk Mansor Ismail berkata, latihan dihentikan
sebagai langkah untuk mengelak kejadian tidak diingini berlaku ke atas
atlet MYA.
Laihan akan disambung semula apabila keadaan disahkan pulih seperti sediakala, katanya kepada ketika dihubungi pemberita.
Mansor berkata, pelayar skuad elit, skuad kebangsaan dan pelayar
negeri Kedah sedang giat menjalani latihan di Kompleks Latihan MYA di
sini sebagai persedaiaan menghadapi beberapa kejohanan sepanjang tahun
ini.
PENGALAMAN DIGONCANG GEMPA
SEBERANG JAYA: “Tiba-tiba saya rasa bangunan bergegar dan lihat semua
pengunjung lari selamatkan diri,” kata Nurul Nadiha Kasim, 28, yang
turut bergegas menyelamatkan diri ketika berada di Kompleks Sunway
Carnival, di sini, selepas berasa gegaran akibat gempa bumi yang melanda
Aceh, Indonesia.
Menurutnya, ketika itu dia bersama rakannya sedang memilih barang di sebuah kedai di dalam kompleks membeli-belah itu.
“Selepas berasa bergoyang, saya segera mencampak barang dan
menarik kawan saya keluar dari bangunan berkenaan,” katanya yang pertama
kali berdepan pengalaman kejadian seperti itu.
Seorang lagi pengunjung, Mohd Hafiz Najmi Soaid, 23, berkata, ketika kejadian dia bersama dua rakannya sedang menonton wayang di kompleks berkenaan.
Seorang lagi pengunjung, Mohd Hafiz Najmi Soaid, 23, berkata, ketika kejadian dia bersama dua rakannya sedang menonton wayang di kompleks berkenaan.
“Sedang asyik menonton, saya berasa pening dan bangunan seakan bergoyang,” katanya yang berasal dari Baling, Kedah.
Menurutnya, dia dan kawannya tanpa berlengah segera berlari keluar untuk menyelamatkan diri, begitu juga pengunjung yang lain.
Subscribe in a reader
No comments:
Post a Comment