Pokok Ajaib/ Buah Ajaib/Synsepalum dulcificum
(Nama Botani :Synsepalum dulcificum)
◊ Famili : Sapotaceae
◊ Negara asal : Ghana, Afrika
◊ Keperluan air : Banyak
◊ Tahap pH : 4.5 hingga 5.8
◊ Ketinggian pokok : 10 hingga 15 kaki
◊ Bunga : Warna putih
◊ Buah : Berwarna merah dan sebesar buah kopi. Sekira dimakan, semua
makanan masam yang dimakan selepas itu akan berasa manis.Pokok berbuah
selepas 2 hingga 3 tahun
◊ Bahan aktif (Dari buah)
i. Glycoprotein
ii. Miraculin (Taste altering chemical)
Pokok Ajaib – Apa Ajaibnya?.
Tumbuhan ini mempunyai 5 spesies yang berbeza dari segi bentuk daunnya.
Pokok ajaib atau disebut juga pokok 1000 manis dan pelbagai nama dalam
bahasa Inggeris seperti miracle fruit, miracle berry, magic berry atau
miraculous berry. Pokok ini merupakan sejenis pokok yang mengeluarkan
buah berbentuk beri yang bertindak meneutralkan sebarang kesan asid.
Buahnya berasa tawar namun selepas memakan buah ajaib ini, setiap benda
yang dimakan akan berasa manis.
Sebagai contoh, apabila memakan
buah dari pokok ajaib ini, kemudian minum air kosong, air kosong akan
dirasa manis atau jika memakan buah mangga masam, rasa masamnya akan
bertukar rasa manis.
Keadaan ini berlaku disebabkan oleh
kandungan sejenis protein yang terdapat pada buahnya yang dipanggil
miraculin yang berkesan sebagai sumber yang memberikan rasa manis secara
semula jadi. Pokok ajaib yang dikatakan berasal dari Afrika Barat dan
bagi masyarakat di kawasan beriklim tropika ini kerap menggunakan buah
dari pokok ajaib ini untuk membaiki rasa makanan yang telah rosak atau
basi.
Pokok ajaib atau nama saintifiknya Synsepalum dulcificum
dari keluarga Sapotaceae ini adalah tumbuhan renek rimbun dan boleh
ditanam dalam pasu besar atau di atas tanah dan boleh mencapai
ketinggian diantara 2 – 5 meter. Mula berbuah selepas 3 – 4 tahun
ditanam dan mengeluarkan buah sepanjang tahun. Bunganya kecil berwarna
putih. buahnya yang berbentuk beri berwarna hijau ketika muda dan akan
berubah menjadi merah terang apabila matang.
Terdapat lapisan
yang menyaluti biji yang hanya sebiji. Walaupun buahnya tidak mempunyai
rasa manis, tetapi akan menghilangkan semua rasa masam pada benda yang
dimakan dan menggantikannya dengan rasa manis.Kesan ini akan dirasakan
selama sejam atau lebih.
Pokok ajaib hidup subur di tanah yang
agak berasid pada pH antara 3.5 hingga 5.8 dan memerlukan air yang
mencukupi tetapi tidak berlebihan. Dibiakkan melalui biji atau keratan
batang.
Selain dari menukar rasa masam pada makanan lain kepada
manis, buah ajaib ini dikatakan juga mampu mengawal penyakit kencing
manis, darah tinggi dan mengurangkan kolestrol. Ianya juga mampu menahan
kesakitan luka pada usus, kerana buahnya mampu menukar rembesan asid
dari perut yang luka kepada alkali.
Daun pokok ajaib juga boleh
menyembuhkan sakit gigi dengan mengunyahnya, selain dari itu amalan
meminum air rebusan dari daunnya setiap hari baik untuk mereka yang
menghidapi penyakit kencing manis dan darah tinggi. Dikatakan juga mampu
mengurangkan bisa gigitan serangga dan penyakit gatal kulit dan juga
mamapu mengurangkan resdung, jerawat dan jeragat.
Antara Khasiat Pokok Ajaib
>>>Pucuk muda berwarna merah tua digunakan utk sakit gigi (rasa kebas).
>>>Daun tua dan akarnya diracik dan dijemur kering digunakan
sebagai teh bagi membantu mengubati penyakit Kencing Manis dan Darah
Tinggi. Keistimewaan buahnya ialah bila seseorang memakan buahnya yang
masak (buah sebesar buah Kemunting, merah) dan memakan pula buah limau
kasturi, mempelam muda, jambu air atau apa saja buah yang bersifat
masam, rasanya akan manis.
>>>Bijinya pula boleh dijadikan campuran kopi bagi digunakan untuk meningkatkan Tenaga Batin
.
>>>Daun tuanya juga boleh digunakan sebagai ubat sapu untuk
melegakan sakit urat, lenguh-lenguh dan sakit sendi dengan mencampurkan
bersama Menthol dan minyak kayu putih.
Kini pokok ini telah
menjadi sebahagian daripada pokok hiasan laman atau lanscape kerana ia
sesuai dijadikan bonsai. Tumbuhan ini banyak terdapat di Kelantan dan
buahnya yang masak menjadi kesukaan kanak-kanak. Daun dan buahnya boleh
dijadikan gula-gula herba jika dicampurkan bersama gandum, jelly,
perasa contohnya cengkih atau pudina, pewarna makanan dan sebagainya.
“Spesis pokok ajaib ini memang banyak. Pokok ajaib sememangnya
mempunyai nilai yang tinggi dalam perubatan apabila dapat menyembuhkan
beberapa penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, gout, asid dalam
badan, gastrik, sembelit, sakit gigi, merawat jantung dan kanser.
Khasiat pada buah menandingi khasiat dalam daun. Ini kerana, apabila
dimakan buahnya boleh menawarkan cuka dan mengurangkan rasa masam pada
limau yang paling masam..Pokok ajaib itu hanya sesuai bagi individu yang
betul-betul menghidap penyakit di mana khasiat yang ada pada pokok
berkenaan akan bertindak terhadap penyakit, seterusnya akan dapat
dirasai sama ada berkesan atau tidak dalam beberapa jam kemudian..Daun
pokok tersebut tidak hanya direbus untuk mendapatkan airnya, malah
daunnya boleh dimakan begitu sahaja.Lebih baik daun ini diamalkan segar
dari diproses untuk dijadikan pil yang tentunya telah kehilangan banyak
khasiatnya.
Sila Lawat Page Untuk Melihat Promosi Terbaru Daripada Syarikat Kami