Dilengkapi dengan paparan Retina yang mengagumkan, selain cip A5X baru Apple dengan grafik quad-core serta kamera iSight berkeupayaan 5 megapiksel.
Ia juga mempunyai optik maju bagi kegunaan merakamkan gambar dengan lebih hebat serta video HD 1080p.
Selain kekal nipis dan ringan, iPad terbaru itu juga telah dilengkapi bateri yang mampu bertahan sehingga 10 jam.
Selain Korea Selatan, iPad baru itu juga mula dijual di Brunei, Croatia, Cyprus, Republik Dominica, El Salvador, Guatemala, Malaysia, Panama, St Maarten, Uruguay dan Venezuela mulai Jumaat ini.
Untuk pelanggan di Colombia, Estonia, India, Israel, Latvia, Lithuania, Montenegro, Afrika Selatan dan Thailand pula, mereka berpeluang membelinya mulai 27 April.
iPad model wi-fi dihasilkan dengan dua warna - hitam atau putih - dengan harga runcit AS$499 (RM 1,523) untuk model 16GB, AS$599 (RM1,828) untuk model 32GB dan AS$699 (RM2,133) untuk model 64GB. Untuk iPad yang dilengkapi kemudahan wi-fi dan 4G, harga runcit yang disarankan Apple ialah AS$629 (RM1,927) bagi model 16GB, AS$729 (RM2,235) untuk model 32GB dan AS$829 (RM2,542) untuk model 64GB model.
Ia boleh dibeli di kedai dalam talian Apple (www.apple.com) dan semua pengedar bertauliah syarikat itu di negara berkenaan
Video Ipad terbaru
1 comment:
yeke!
thanks for the info!
rasa macam nak beli pula.
Post a Comment