KUANTAN: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhi hukuman penjara 12 tahun terhadap seorang tukang cetak selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian isterinya, tahun lalu.
Ketika menjatuhi hukuman itu terhadap Lee Kim Fook, 52, Hakim Datuk Mariana Yahya turut memerintahkan supaya hukuman bermula dari tarikh tertuduh ditahan iaitu pada 28 Jun 2011
.
Lee mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kematian isterinya, Yap Kwee Yin, 51, antara jam 7 pagi dan 10 pagi di rumah mereka di Lorong Seri Setali 78, Taman Klasik di sini pada 28 Jun tahun lalu.
Baca Selanjutnya di myMetro | Suami dipenjara 12 tahun sebabkan kematian isteri
No comments:
Post a Comment