Sri Wani berkata demikian selepas Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan membenarkan permohonannya untuk memasukkan pindaan dalam permohonan injunksi untuk menghalang madu-madunya daripada menyebarkan fitnah terhadapnya. Mahkamah kemudian mengarahkan Sri Wani membuat pindaan itu segera dan menyerahkannya kepada responden.
Sri Wani memberitahu mahkamah, sebelum ini suaminya, bekas dekan sebuah institusi pengajian tinggi awam, Dr Bahrom Sanugi, 61, yang diwakili peguam syarie, Muhammad Hafiz pernah berjumpa dan berbincang untuk menyelesaikan kes itu secara baik, namun Sri Wani mendakwa lelaki itu bertindak sebaliknya. “Sebelum ini pihak sebelah sana (Bahrom) cakap tak nak jatuhkan maruah sesiapa, tetapi mereka memberikan maklumat saya kepada media.KUALA LUMPUR: “Ramai wartawan mengekori, saya tak boleh keluar (rumah),” begitu kata Sri Wani Choo Abdullah, isteri yang didakwa lelaki oleh suaminya di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam. .
Gambar dari metro online |
Abdul Walid mengarahkan Sri Wani memasukkan laporan polis itu dan sebarang pindaan lain segera serta memberi tempoh seminggu hingga 19 April depan untuk pengusaha butik kecantikan itu berbuat demikian. Selain itu, mahkamah mengarahkan Bahrom memfailkan jawapan dua minggu dari tarikh pemohon menyerahkan afidavit dan menetapkan 17 Mei depan untuk perbicaraan kes itu.
Mengenai keputusan mahkamah menetapkan 23 April bagi keputusan sama ada permohonan Bahrom untuk mengarahkan Sri Wani menjalani ujian DNA bagi mengesahkan jantinanya diterima atau tidak, Sri Wani berkata, dia akan membawa saksi pada tarikh itu. Penampilan Sri Wani di mahkamah semalam menarik perhatian kerana memakai jubah hitam dan bertudung ala purdah berwarna jingga dengan menutup wajahnya bagi mengelak dirakam jurugambar.
Video dari Metro Online
Erm... rasanya benda ni boleh setlle kalau buat ujian DNA je..., tapi kenapakah masih belarutan sampai nak libatkan mahkamah dan media....??hairan2
Subscribe in a reader
No comments:
Post a Comment