Pasangan berikut Soh Chew Tong, 43, dan isterinya, Chin Chui Ling, 41, telah dituduh dengan niat bersama melakukan pembunuhan terhadap Mey Sichan, 24 warga kemboja antara 1 Januari hingga 1 April lalu hingga menyebabkan kematiannya.
Mereka berdua dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah premis dekat Taman Asas Murni, Jalan Bukit Minyak
dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh menyebabkan mereka menghadapi hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
KOMEN AMMAR ZAHRAA
Aduss....ini pun satu hal..ada jugak lagi manusia macam ni kat dunia..Malaysia terutamanya...baru bulan lepas..kita duk kisah pasal pembantu rumah Indonesia banyak songeh....dan kita nak cari altenatif di negara-negara lain...salah satu negara yang mungkin akan menjadi alternatif adalah negara kemboja....bila cerita ni keluar...ha...jadi takut pulak,...warga kemboja nak datang sini.....sabotaj ke apa..?????

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, namun kedua-dua mereka dilihat tunduk tanda faham ketika pertuduhan dibacakan.
Majistret Chang Kian Hong menetapkan 7 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menanti laporan bedah siasat ke atas mayat mangsa.
Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, polis kini sedang berbincang dengan pihak Kedutaan Kemboja untuk urusan membawa pulang mayat ke negara asalnya dan sehingga kini mayat masih lagi berada di bilik mayat Hospital Bukit Mertajam (HBM) dan pihak polis juga amat memandang serius akan isu berkenaan kerana ia secara tidak langsung menjejaskan nama baik negara.
Mangsa merupakan seorang pembantu rumah yang digaji sejak September lalu.
Hasil siasatan awal polis ke atas mayat mangsa menemui beberapa kesan calar di bahagian belakang badan, lebam di tangan selain luka di telinga dan kaki.
Majikan mangsa yang menjalankan perniagaan pertukangan dalam laporan polisnya memberitahu ada memberi makan kepada mangsa ketika berada di tingkat bawah rumah kedai berkenaan sehari sebelum kejadian, namun tidak disentuh mangsa.
Subscribe in a reader
No comments:
Post a Comment