Search This Blog

Wednesday, December 19, 2012

TERKINI DARI PDRM :POLIS BERI AMARAN HENTIKAN SPEKULASI RUSUHAN DI KUALA MUDA

SUNGAI PETANI – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang bertindak menyebar khabar angin kononnya Kuala Muda dikenakan perintah berkurung akibat rusuhan kaum sepertimana yang disebar menerusi laman sosial dan khidmat pesanan ringkas (SMS).Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abdul Ghafar Rajab menafikan perkara tersebut dan menegaskan, polis akan menjalankan siasatan terhadap pihak yang  menyebarkannya kerana tindakan itu satu kesalahan.

“Sehingga kini, hasil siasatan dan risikan polis mendapati insiden awal pagi 16 Disember di Flat Paya Nahu, Sungai Petani itu tiada kaitan dengan (dakwaan) kebencian kaum Melayu ke atas kaum India dan begitu juga sebaliknya,” katanya.Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media di ibu pejabat Polis Kuala Muda malam tadi.

“Kalau dilihat melalui siasatan, ia berpunca daripada kes nak lumba motor, masing-masing nak tunjuk hebat. Bila tak puas hati panggil kawan-kawan dan tercetuskan kejadian itu.“Saya juga telah berjumpa dengan ketua kaum Melayu dan India pada hari sama jam 3 petang dan merayu mereka memberi penerangan jelas kepada masyarakat supaya jangan bertindak balas, jangan menyebar berita palsu dan jangan menghasut melakukan pergaduhan lebih besar,” katanya.

Menurutnya, kesemua ketua kaum memahami dan berjanji akan memaklumkan kepada anak buah agar tidak bertindak di luar batas undang-undang.

Berhubung insiden itu, katanya, 13 suspek telah ditahan reman dan lima yang tercedera telah menerima rawatan di hospital di mana empat daripadanya sudah dibenarkan pulang.Bagaimanapun, katanya, beberapa insiden yang berlaku selepas itu tiada kaitan dengan insiden pertama dan berlaku secara kebetulan.

“Kita merujuk kepada khabar angin ada pergaduhan di Taman Bandar Baru, Sungai Lalang, kes bakar masjid, rusuhan kaum, darurat dan semuanya dikatakan berpunca daripada kes pertama adalah fitnah semata-mata.“Polis akan terus memantau dan menghantar lebih ramai anggota selain mengadakan sekatan jalan raya bertujuan meredakan keadaan bukannya disebabkan ada rusuhan,” katanya.

Berhubung seorang pegawai polis yang dibelasah katanya, pegawai berkenaan sedang bercuti kerana ingin berkahwin, berkunjung ke sebuah kedai.“Berdasarkan siasatan, berlaku salah faham antara pegawai tersebut dengan seorang lelaki India yang mencetuskan pergaduhan.

“Tetapi, ia tiada kaitan dengan isu perkauman dan berlaku secara kebetulan bukannya disebabkan insiden pertama,” katanya.

Beliau bagaimanapun meminta penduduk Kuala Muda khususnya Sungai Petani bertenang dan jangan mempercayai berita palsu yang tersebar melalui Facebook, Twitter atau SMS kerana bimbang ada pihak akan terpengaruh yang mendorong kepada perkara tidak sihat.

Menurutnya, polis sendiri menerima banyak panggilan telefon berikutan tersebarnya khabar angin mengatakan berlaku rusuhan antara kaum Melayu dan India di daerah Kuala Muda.

Sehingga kini (sehingga sidang media dilakukan), Kuala Muda masih dalam keadaan aman dan tenteram dan tiada sebarang kematian dilaporkan berhubung isu berkenaan.
SUMBER : sinar online 
 
LAGI POLIS-AMARAN 2 (AKHIR) SUNGAI PETANI

"Ia kes isolated, berdasarkan siasatan ia berpunca daripada kegiatan lumba motor tetapi telah berlaku pergaduhan yang mana kedua-duanya memanggil kawanmasing-masing, dan berlaku empat lagi insiden lain."Kes ini bukan berpunca daripada kebencian, ia tindakan yang dibuat oleh mereka yang kurang bijak. 
Bagaimanapun polis berjaya mengawal keadaan sehinggalah tersebarnya berita palsu yang boleh mencetuskan kemarahan," katanya.Dalam pada itu, Abdul Ghafar turut meminta semua ketua kaum agar dapatmemberi penerangan yang jelas berhubung perkara itu kepada masyarakat di kawasan masing-masing.
"Tidak ada rusuhan berlaku, jadi saya minta ahli masyarakat agar jangan bertindak balas, jangan sebarkan berita palsu dan jangan menghasut sehingga terjadi pergaduhan yang lebih besar. Kepada semua kaum maklumkan kepada anak buah masing-masing agar jangan bertindak di luar batasan undang-undang.
"Mereka yang melakukan kesalahan pada insiden pertama sudah ditangkap dan akan disiasat berdasarkan kes yang berlaku," katanya..
sumber: bernama

ber IKLAN PERCUMA DI 
 www.jomlahiklan.com



Subscribe in a reader
 
Sila Lawat Page services Untuk Melihat Promosi Terbaru Daripada Syarikat Kami

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Lain Yang Menarik

Terima Kasih Kerana Melawat Blog Ammar Zahraa

Labels

1000 bulan (1) 2 storey (1) 8A (1) acheh (3) adam lanza (1) ads (1) AES (1) aghanistan (1) Agong (1) aiskrim (1) akaun semasa. (1) alcohol overdose (1) alternative medecine (1) amah indonesia (1) amah kena bunuh (2) amerika (2) ammar zahraa nursery (2) anak ayam (3) apple (2) asparagus (1) ayam kampung (1) ayam panggang (1) azhar idrus (1) bahrom (1) bakar (1) bandar seri putra (1) bangkang dari longkang (1) barack obama (1) bas (1) basuh baju (1) Batal PTPTN (2) batang pisang (1) batuk (1) bawaku pergi (2) bawani (1) bayi (1) bayi dibuang (1) bebola ikan (1) Becoming A King (1) bekas air (1) bengkak gusi (1) berbuka (1) berkebun (1) berniagaan (3) bersih hati (1) betik (1) bisnes ayam (2) blogging (3) boeing (1) bolasepak malaysia (1) bomoh (1) buah ajaib (1) buang bayi (1) buat blong (1) bukan wanita (2) bulu pusi (1) buluh madu (1) bunuh (2) business (2) busniss (1) cagu (1) cara masak nasi arab (1) cara membuat nasi arab (1) cctv (1) Cemerlang. (2) cenderamata (1) ceo (1) ceramah agama (1) charles (1) cia (1) cibotium barometz (1) CIMB click (3) cirit birit (1) cocktail (1) cory monteith dead (2) cream o (1) culik (1) current account (2) daftar perniagaan (5) Demo (2) dengki dan dendam (1) dera (1) diekori harimau (1) diesel subsidi (1) dobi (1) DPMM (1) drone (1) drug overdose (1) dunia (1) eidulfitri (1) enterprise (2) fakta (2) farhan hadi (1) Fatimah Syarha (1) finn hudson (2) free advertising (1) funny (1) gadis meninggal (1) gadis tiang (2) gaduh (2) gardening (1) GDL (1) gempa bumi (4) gendong bayi (1) genetik (1) glee (2) goncang (1) google tranlate (1) gulf war (1) habbatus sauda (1) hadiah online (2) halal (1) haram (3) harimau (1) harimau malaya (1) hati bersih (1) hilang (1) home made aiskrim (1) how to attract traffic (1) hulk (1) Humood Al-Khudher (1) Humood AlKhudher (1) hztours (1) I Luv Islam (1) ibu (1) ibu bapa (2) iklan percuma (2) inai. cekam kuku (1) info (1) internet (4) internet business (3) invisible folder (1) ipad (1) ipad baru (1) iphone 5 (1) IPTA (1) IRAN (1) irihati (1) ironman (1) islam (2) Islamic Song (1) isteri (1) jawatan dalam enterprise (1) jenayah (1) jesus (1) john brennan (1) jom gelak (1) jomlahiklan (1) JPJ (1) jual kereta (1) jual organ (1) jual rumah (1) justice league (1) kambing (1) Kate Middleton (1) kebaikan bulan ramadhan (1) kedah (2) kedai acceseries (1) kejam. china (1) kelahiran (1) kemboja (1) kenderaan (1) keperluan bayi (1) kereta (1) kereta terpakai (2) kerete nasional (1) kerja gomen (2) kerja kerajaan (3) kerja kosong (2) kerja swasta (1) King (1) kisah mahkamah (2) klon (1) konvensyen (1) kosmo (1) kotoran degil (1) krismas (1) kucing (1) kuliah (1) Kun Anta (2) kurang sopan (1) kursus (1) kursus asas dobi (1) kursus perniagaan (3) kursus ternak (1) kurus pernigaan (1) labu sayong (1) lagu (1) lailatul qadar (1) lama web (1) laman web (1) lari rumah (3) lautan hindi (1) lawak bodoh (1) lea (1) lebat rambut (1) lesen memandu (1) lirik lagu (1) listen (1) lori (1) luka (2) lynas (1) maher zain (1) mahkamah. syariah (1) Maklumat palsu (1) malaysian airlines (1) Mansuh (1) marketing (3) mary (1) maryam (1) MAS (1) mc donald (1) memborong ke china (1) Men In Black (1) mencuri (1) merahkan muka (1) metro (1) mh370 (1) MIB (1) minuman air buah (1) miracle fruit (1) MJ fatonah (1) mocktail (1) modal (1) model baru (1) mohon jawatan (2) monosodium (1) msg (1) mudah (1) my blog (2) nabi isa (1) nabil (1) nadir bumi (1) nasi arab (1) nasi mandy (1) Nasyeed (1) newton (1) number one for me (1) online booking (1) pah1m (1) palestin (1) panau (1) pangkat (1) parenting (1) PDRM (1) penawar (1) penawar bisa (1) penawar jambi (1) penawar luka (1) penggalak pertumbuhan (1) penjara (1) percutian (1) perkahwinan (1) perlis (2) Pertabalan (1) pertanian (1) pertenakan (1) petrol naik (1) petua (20) PICC (1) pinjam bank (2) Pinjaman Perniagaan (2) pokok (1) pokok ajaib (1) pokok kapal terbang (1) pokok paku emas (1) pokok paku. burkill 1935 (1) polis (1) portal iklan (1) pray4mh370 (1) Prince William (1) proton (1) proton preve (1) PSV (1) PTPTN (1) puasa (2) pulau pinang (2) puspakom (2) queem elizabeth (1) rachel (1) Raja (1) ramadhan (2) ranking fifa (1) rape (1) rapping (1) rare earth (1) real estate (1) rebung madu (1) remaja (1) resdung (1) resepi nasi arab (1) resepi nasi arab ayam (1) resepi nasi mandhi (1) resepi nasi mandi ayam (1) resipi nasi arab (1) rogol (2) royal family (1) sabah (1) sakit hati (1) sakit mata. bunga melati (1) salih yaakob (1) saman (2) sayur (1) sayur itu ubat (1) SDN BHD (1) selesema (1) seminar (2) sewa lori (1) share is caring (1) sharifah zohra (1) simple (1) Sinar (2) SMM (1) sms (1) sms daoat duit (1) sosej (1) SPM (2) sponsore ads (1) sri wani choo (1) steve job (2) suami (1) sungai petani (2) susu kangkang (1) Synsepalum dulcificum (1) tanam sayur (1) tanaman (1) teknik menjual (1) telefon pintar (1) telefon terpakai (1) tembikai (1) tempah online (2) ternak ayam kampung (4) ternak kucing (1) thailand (1) the avengers (1) thor (1) tip (4) Tips Pinjam (1) tommy lee Jones (1) traffic (2) trauma (1) tsunami (4) UAI (1) ubahsuai genetik (1) uban. hitamkan rambut (1) ubat kucing (2) ubat luka (1) ubat tradisional (15) ulang tahun (1) umrah (1) USA (2) usim (1) ustaz azhar idrus (1) Ustaz Don (1) vacancy (1) Whatapps (1) Will smith (1) yahudi (2) zionis (1) zizan (2)
NOTIS & PENAFIAN
Artikel yang disiarkan merupakan pandangan/pendapat peribadi penulis dan tiada berkaitan dengan mana-mana pihak ataupun organisasi tertentu. Pengunjung blog ini perlu untuk menggunakan kebijaksaaan, pengetahuan dan rujukan dari mana-mana pihak lain yang lebih utama sebelum membuat sesuatu keputusan berdasarkan maklumat awal dari blog ini dan pengunjung juga harus sedar jika berlaku sebarang kerugian, kecederaan atau kecelaruan emosi ketika membaca artikel, gambar dan bahan yang dipaparkan di laman ini ianya di luar tanggungjawab penulis.