Search This Blog

Friday, December 21, 2012

Saman bekas KPN RM100 juta

KUALA LUMPUR: Pengerusi Yayasan Kebajikan Sosial, Tan Sri Robert Phang, akan memfailkan saman sebanyak RM100 juta terhadap bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan, selewat-lewatnya Isnin depan kerana merasakan dirinya difitnah individu terbabit.

Robert Phang, 73, dalam satu sidang media di ibu negara semalam berkata, satu laporan polis berhubung kenyataan media memfitnah dirinya yang dibuat bekas pemimpin tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 10 Disember lalu juga sudah dibuat di Balai Polis Jalan Tun Razak, di sini, kira-kira jam 11 malam kelmarin.
Menurutnya, Musa mendakwa dia berperanan menyebabkan seorang pegawai polis ditukar dalam tempoh 24 jam kerana tidak mahu meluluskan satu projek sistem komunikasi PDRM yang diperolehnya.

“Dakwaan itu tidak benar sama sekali dan ini adalah satu pertuduhan yang serius terhadap diri saya selain pasukan PDRM sendiri.
“Saya harap perkara ini disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah dan saya bersedia disiasat polis serta dihadapkan ke mahkamah berhubung dakwaan yang dibuat oleh Musa itu,” katanya.
Katanya, dia tidak faham kenapa Musa membuat dakwaan sedemikian yang seolah-olah ingin menjatuhkan intergritinya dan PDRM.

“Saya tidak tahu apa motif sebenar beliau membuat pelbagai tuduhan serta kritikan terutama terhadap PDRM, hanya selepas dia bersara dan pada pandangan saya mungkin dia mempunyai niat tertentu.
“Surat tuntutan supaya beliau memohon maaf secara terbuka juga sudah diserahkan kepadanya dan saya memberi tempoh tujuh hari untuk dia berbuat demikian, namun saya tetap akan memfailkan saman di mahkamah selewat-lewatnya Isnin depan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, ketika ditanya mengenai laporan polis berkenaan, memberi jaminan akan menjalankan siasatan lanjut.
“Jika benar ada laporan polis dibuat, kita akan siasat perkara itu,” katanya
Sumber : Metro Online
 ---------------------
Biodata Musa Hassan
Tan Sri Musa Tan Sri Dato' Hj Hassan merupakan Ketua Polis Negara Malaysia yang ketujuh dan berkhidmat bermula 12 November 2006 hingga 12 September 2010. Beliau menggantikan Tan Sri Mohd. Bakri Hj. Omar yang telah tamat tempoh perkhidmatannya sebagai polis. Pada 13 September 2010, Tan Sri Ismail Omar akan menggantikan beliau sebagai Ketua Polis Negara Malaysia.

Keluarga

Musa Hassan merupakan anak sulung kepada , Tan Sri Dato' Hassan Azhari, seorang guru al-Quran dan Qiraati yang terkenal di Malaysia. Beliau dipelihara oleh neneknya dan menerima pendidikan di Kuala Lumpur. Adiknya, Mohammad Izzat Hassan megikuti jejak langkah beliau di dalam bidang kepolisan.[2] Adik-adik yang lain terutamanya Dato' Fuad Hassan adadalh seorang ahli perniagaan, pemimpin belia dan ahli politik serta pernah menjadi ADUN kawasan Ulu Klang serta Dato' Jalaluddin Hassan merupakan pelakon terkenal di Malaysia.

Perkhidmatan

Rekod Perkhidmatan YDH Tan Sri Musa Bin Tan Sri Dato' Hj. Hassan.

    1969 -Insp. Pelatih (Maktab PDRM, Kuala Kubu Baru)
    1970 -Insp. Siasatan Khas (IPD Melaka Tengah, Kontinjen Melaka) / Inspektor Percubaan
    1973 -Pegawai Pendakwa (IPD Alor Gajah, Kontinjen Malaka) / Inspektor
    1975 -PT Rekod / Perangkaan CAD (Cawangan Anti Dadah, JSJ Bukit Aman) / Inspektor
    1981 -PPP Bah. 'A' CAD (Cawangan Anti Dadah, JSJ Bukit Aman) / ASP
    1985 -PPP Pakar Bantuan Teknik CAD (Cawangan Anti Dadah, JSJ Bukit Aman) / ASP
    1986 -Pensyarah Undang-Undang (Maktab PDRM, Kuala Kubu Baru) / ASP
    1988 -Timbalan Ketua Sekolah Perundangan (Maktab PDRM, Kuala Kubu Baru) / DSP
    1991 -TPP Latihan B1 (Cawangan Latihan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman) / DSP
    1992 -PP Latihan (Peperiksaan)(Cawangan Latihan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman) / SP
    1995 -Penolong Pengarah Pendakwaan/Undang-Undang)(JSJ Bukit Aman) / ACP & SAC II
    2000 -Timbalan Pengarah II (JSJ Bukit Aman) / SAC I
    2001 -Timbalan Pengarah I (JSJ Bukit Aman) / DCP
    2003 -Ketua Polis Johor / DCP
    2004 -Pengarah JSJ (JSJ Bukit Aman) / CP
    2005 -Timbalan Ketua Polis Negara / DIGP
    2006 -Ketua Polis Negara / IGP


Ijazah atau diploma

Pada 25 Mac 2010, Ahli Parlimen Subang R Sivarasa membuat laporan di Balai Polis Damansara Utama bagi menentukan kesahihan ijazah atau diploma milik Musa Hassan.Keterangan palsu semasa perbicaraan di Mahkamah tertakluk kepada Seksyen 191 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 193 Kanun yang sama.

Dalam Perbicaraan Kes No: 45-48-98 dan 48-49-98 pada 14 Disember 1998, Musa mendakwa memiliki ijazah undang-undang ketika memberi keterangan bersumpah. Tapi keterangan lain pada 25 Jun 2009, semasa kes Pendakwa Raya melawan Datuk Ramli Yusuf di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Sabah . Semasa disoal balas oleh peguam James Tsai, peguambela Datuk Ramli, Musa Hassan hanya memiliki ‘Diploma in Law and Management Studies’.

 
ber IKLAN PERCUMA DI 
 www.jomlahiklan.com



Subscribe in a reader
 
Sila Lawat Page services Untuk Melihat Promosi Terbaru Daripada Syarikat Kami

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Lain Yang Menarik

Terima Kasih Kerana Melawat Blog Ammar Zahraa

Labels

1000 bulan (1) 2 storey (1) 8A (1) acheh (3) adam lanza (1) ads (1) AES (1) aghanistan (1) Agong (1) aiskrim (1) akaun semasa. (1) alcohol overdose (1) alternative medecine (1) amah indonesia (1) amah kena bunuh (2) amerika (2) ammar zahraa nursery (2) anak ayam (3) apple (2) asparagus (1) ayam kampung (1) ayam panggang (1) azhar idrus (1) bahrom (1) bakar (1) bandar seri putra (1) bangkang dari longkang (1) barack obama (1) bas (1) basuh baju (1) Batal PTPTN (2) batang pisang (1) batuk (1) bawaku pergi (2) bawani (1) bayi (1) bayi dibuang (1) bebola ikan (1) Becoming A King (1) bekas air (1) bengkak gusi (1) berbuka (1) berkebun (1) berniagaan (3) bersih hati (1) betik (1) bisnes ayam (2) blogging (3) boeing (1) bolasepak malaysia (1) bomoh (1) buah ajaib (1) buang bayi (1) buat blong (1) bukan wanita (2) bulu pusi (1) buluh madu (1) bunuh (2) business (2) busniss (1) cagu (1) cara masak nasi arab (1) cara membuat nasi arab (1) cctv (1) Cemerlang. (2) cenderamata (1) ceo (1) ceramah agama (1) charles (1) cia (1) cibotium barometz (1) CIMB click (3) cirit birit (1) cocktail (1) cory monteith dead (2) cream o (1) culik (1) current account (2) daftar perniagaan (5) Demo (2) dengki dan dendam (1) dera (1) diekori harimau (1) diesel subsidi (1) dobi (1) DPMM (1) drone (1) drug overdose (1) dunia (1) eidulfitri (1) enterprise (2) fakta (2) farhan hadi (1) Fatimah Syarha (1) finn hudson (2) free advertising (1) funny (1) gadis meninggal (1) gadis tiang (2) gaduh (2) gardening (1) GDL (1) gempa bumi (4) gendong bayi (1) genetik (1) glee (2) goncang (1) google tranlate (1) gulf war (1) habbatus sauda (1) hadiah online (2) halal (1) haram (3) harimau (1) harimau malaya (1) hati bersih (1) hilang (1) home made aiskrim (1) how to attract traffic (1) hulk (1) Humood Al-Khudher (1) Humood AlKhudher (1) hztours (1) I Luv Islam (1) ibu (1) ibu bapa (2) iklan percuma (2) inai. cekam kuku (1) info (1) internet (4) internet business (3) invisible folder (1) ipad (1) ipad baru (1) iphone 5 (1) IPTA (1) IRAN (1) irihati (1) ironman (1) islam (2) Islamic Song (1) isteri (1) jawatan dalam enterprise (1) jenayah (1) jesus (1) john brennan (1) jom gelak (1) jomlahiklan (1) JPJ (1) jual kereta (1) jual organ (1) jual rumah (1) justice league (1) kambing (1) Kate Middleton (1) kebaikan bulan ramadhan (1) kedah (2) kedai acceseries (1) kejam. china (1) kelahiran (1) kemboja (1) kenderaan (1) keperluan bayi (1) kereta (1) kereta terpakai (2) kerete nasional (1) kerja gomen (2) kerja kerajaan (3) kerja kosong (2) kerja swasta (1) King (1) kisah mahkamah (2) klon (1) konvensyen (1) kosmo (1) kotoran degil (1) krismas (1) kucing (1) kuliah (1) Kun Anta (2) kurang sopan (1) kursus (1) kursus asas dobi (1) kursus perniagaan (3) kursus ternak (1) kurus pernigaan (1) labu sayong (1) lagu (1) lailatul qadar (1) lama web (1) laman web (1) lari rumah (3) lautan hindi (1) lawak bodoh (1) lea (1) lebat rambut (1) lesen memandu (1) lirik lagu (1) listen (1) lori (1) luka (2) lynas (1) maher zain (1) mahkamah. syariah (1) Maklumat palsu (1) malaysian airlines (1) Mansuh (1) marketing (3) mary (1) maryam (1) MAS (1) mc donald (1) memborong ke china (1) Men In Black (1) mencuri (1) merahkan muka (1) metro (1) mh370 (1) MIB (1) minuman air buah (1) miracle fruit (1) MJ fatonah (1) mocktail (1) modal (1) model baru (1) mohon jawatan (2) monosodium (1) msg (1) mudah (1) my blog (2) nabi isa (1) nabil (1) nadir bumi (1) nasi arab (1) nasi mandy (1) Nasyeed (1) newton (1) number one for me (1) online booking (1) pah1m (1) palestin (1) panau (1) pangkat (1) parenting (1) PDRM (1) penawar (1) penawar bisa (1) penawar jambi (1) penawar luka (1) penggalak pertumbuhan (1) penjara (1) percutian (1) perkahwinan (1) perlis (2) Pertabalan (1) pertanian (1) pertenakan (1) petrol naik (1) petua (20) PICC (1) pinjam bank (2) Pinjaman Perniagaan (2) pokok (1) pokok ajaib (1) pokok kapal terbang (1) pokok paku emas (1) pokok paku. burkill 1935 (1) polis (1) portal iklan (1) pray4mh370 (1) Prince William (1) proton (1) proton preve (1) PSV (1) PTPTN (1) puasa (2) pulau pinang (2) puspakom (2) queem elizabeth (1) rachel (1) Raja (1) ramadhan (2) ranking fifa (1) rape (1) rapping (1) rare earth (1) real estate (1) rebung madu (1) remaja (1) resdung (1) resepi nasi arab (1) resepi nasi arab ayam (1) resepi nasi mandhi (1) resepi nasi mandi ayam (1) resipi nasi arab (1) rogol (2) royal family (1) sabah (1) sakit hati (1) sakit mata. bunga melati (1) salih yaakob (1) saman (2) sayur (1) sayur itu ubat (1) SDN BHD (1) selesema (1) seminar (2) sewa lori (1) share is caring (1) sharifah zohra (1) simple (1) Sinar (2) SMM (1) sms (1) sms daoat duit (1) sosej (1) SPM (2) sponsore ads (1) sri wani choo (1) steve job (2) suami (1) sungai petani (2) susu kangkang (1) Synsepalum dulcificum (1) tanam sayur (1) tanaman (1) teknik menjual (1) telefon pintar (1) telefon terpakai (1) tembikai (1) tempah online (2) ternak ayam kampung (4) ternak kucing (1) thailand (1) the avengers (1) thor (1) tip (4) Tips Pinjam (1) tommy lee Jones (1) traffic (2) trauma (1) tsunami (4) UAI (1) ubahsuai genetik (1) uban. hitamkan rambut (1) ubat kucing (2) ubat luka (1) ubat tradisional (15) ulang tahun (1) umrah (1) USA (2) usim (1) ustaz azhar idrus (1) Ustaz Don (1) vacancy (1) Whatapps (1) Will smith (1) yahudi (2) zionis (1) zizan (2)
NOTIS & PENAFIAN
Artikel yang disiarkan merupakan pandangan/pendapat peribadi penulis dan tiada berkaitan dengan mana-mana pihak ataupun organisasi tertentu. Pengunjung blog ini perlu untuk menggunakan kebijaksaaan, pengetahuan dan rujukan dari mana-mana pihak lain yang lebih utama sebelum membuat sesuatu keputusan berdasarkan maklumat awal dari blog ini dan pengunjung juga harus sedar jika berlaku sebarang kerugian, kecederaan atau kecelaruan emosi ketika membaca artikel, gambar dan bahan yang dipaparkan di laman ini ianya di luar tanggungjawab penulis.