Nasi Arab ermmm kecur lidah aku ..bila teringatkan nasi mandy di Half Moon Cafe dekat Seri Kembangan. Mula2 aku makan kat situ rasanya tahun 2008, jamuan hari jadi jabatan ke apa...tak ingat dah...start dari hari tu aku jadi gila nasi arab...aduss...ada 2 tiga tempat yang aku selalu makan, selain Half Moon Cafe Sri Kembangan, dekat Bandar Baru Bangi ada satu restoren nasi arab berdekatan dengan Bangi Kopitiam dan Restoren Pak Hamid kedai makan berhadapan dengan Pangsapuri Melati, Bandar Seri Putra.
![]() |
Nasi mandy kat resepi asal |
Tapi bila dah balik kampung ni susah sikitlah nak rasa nasi arab ni, di Guar Chempedak ada sebuah restoren nasi arab tapi mahal. Lagipun takde roti besar mcm kat half moon.
Akhirnya aku ambil keputusan nak cuba sendiri masak nasi arab...kodek punye kodek kat internet aku terjumpa satu resepi yang aku rasa bagus dan boleh dicuba...
Setelah dicuba dua kali masak aku rasa puas hati.... tapi macam kata orang putih "practice make perfect" aku kena lah cuba dan cuba lagi masak nasi ni...sampai perfect.
Ok Kat bawah ni aku kongsikan resepi Nasi Arab Mandy.
![]() |
Nasi Mandy yg aku masak. |
(Stok Ayam nanti akan diguna utk masak nasi)
1 ekor ayam saiz sederhana- dipotong 4
2 inci halia - diketuk
1/2 sudu kecil serbuk zafran (ganti kunyit je)
1 sudu kecil lada hitam biji
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu kecil buah pelaga
1/2 sudu kecil cengkih
2 helai daun Bay
garam secukup rasa
air secukupnya (supaya ayam tenggelam)
Cara membuat:
- Rebus ayam selama 45 minit bersama bahan2 diatas.
- Kemudian angkat dan toskan ayam.
- Tapiskan air rebusan utk masak nasi.
- Ayam yang direbus stok tu akan digunakan untuk buat ayam panggang.
(2)Nasi Arab @ Nasi Mandhi
Bahan-bahan Untuk Masak Nasi:
3 cawan beras basmathi
4.5 cawan air rebusan/stok ayam (yang disediakan di atas)
Garam jika perlu sbb stok/rebusan ayam dah letak garam
Sedikit zaffran - (boleh guna pewarna kuning)
Bahan utk menumis:
1 sudu besar minyak sapi
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 ulas bawang merah - dimayang halus
1 ulas bawang putih- dimayang halus
Cara membuat:
- Beras dicuci kemudian ditoskan (dicuci dan direndam selama 20 min)
- Panaskan minyak sapi dlm periuk. Masukkan bahan tumis
- Goreng hingga naik bau/kekuningan
- Masukkan stok ayam, apabila didih masukkan beras.
- Tanak hingga kering, kemudian masukkan pewarna kuning. Biarkan seketika
- Kemudian gemburkan nasi guna garpu
(3) HomeMade Rempah Kabsah - Sebagai salah satu bahan untuk buat ayam panggang
Bahan - bahan:
1 sudu makan bunga cengkih **
1 sudu makan lada hitam **
1 sudu makan jintan manis **
1 sudu makan jintan putih **
2 sudu makan biji ketumbar **
1 sudu makan buah pelaga **
1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods) **
1 sudu makan serbuk cili*
1 sudu teh kunyit*
Cara penyediaan:
- Goreng tanpa minyak bahan2 yg bertanda ** sehingga naik bau dan angkat.
- Kemudian kisar bahan ** yang digoreng dgn bahan * sehingga hancur.
- Simpan rempah yg telah dikisar didalam bekas yg kedap udara.
----------------------------------------------------------------------------------------
(4)Ayam Panggang
Bahan Perapan:
1 sudu teh zaffran - boleh ganti dgn skit serbuk kunyit
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk homemade rempah kabsah (lihat atas utk resepi dan cara buat)
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu kecil garam
Aluminium foil utk balut/bungkus
Cara membuat:
- Ayam yg telah direbus tadi dilumurkan dgn bahan perapan.
- Letakkan atas aluminium foil, balut kemas2.
- Bakar dlm oven selama 1 jam pd suhu 180C utk menghasilkan ayam yg lembut.
(5) Sos Salata:
Bahan-bahan:
2 biji tomato
1/2 biji bawang besar
2 biji cili besar
5 tangkai cili padi
sedikit daun ketumbar
sedikit garam
Jus dari buah lemon.
Cara penyediaan:
- Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja.
- Jangan sampai terlalu hancur.
SELAMAT MENCUBA..............
ENTRY LAIN YANG MENARIK
[Nursery Pokok] Ammar Zahraa Nursery dibuka dengan rasminya
[Nursery Pokok] Rebung Madu - Rebung dan Pokok Buluh
[Nursery Pokok] Rebung Madu - Rebung dan Pokok Buluh
[Perniagaan] buka current account/akaun semasa
[Kerja kosong] Nak Mohon / Cari Kerja/Jawatan Kosong Kerajaan
[PETUA 1]: hilangkan cirit birit/sakit perut
PETUA 3: Macammana nak hilangkan kotoran degil di baju
[PETUA 1]: hilangkan cirit birit/sakit perut
PETUA 3: Macammana nak hilangkan kotoran degil di baju
6 comments:
Terima kasih tuan atas resepi yg diberikn saya akan cuba buat utk kluarga
yeay! dpt resepi nasi arab..boleh cuba utk raya..nak tanya..kalau ayam tukar dgn daging sama je ke resepinya..? harap dpt membantu..tq! ^_^
stok ayam tetap kena buat untuk masak nasi...
daging perlu rebus dan kemudian ikut resepi macam biasa
Saya pernah makan nasi mandy kambing di area kangar, perlis..rasa sedap juga..dan harga tak mahal mana
melelh air liur tengok..saya masak jugak tapi tak la mampu nak masak cam resepi ni , tapi saya pki pes segera nasi arab jenama al-bayt..seng siap ngan beras basmathy dan rempah sekali, alhamdullilah suami suka itu yang penting... jemput singgah http://dalilayusof.blogspot.com/2014/06/mudahnya-memasak-nasi-arab-hanya-di.html
salam....nak nyelit jap,nasi arab ni kalo nak sedap lagi saya cadangkan pakai basmati pusa 1121 cream,market kat luar harga RM13.50 per kg,tapi saya bekalkan anda basmati jenis pusa 1121 ni hanya RM9.50...hubungi saya untuk dapatkan beras basmati pusa 1121 cream dgn harga yang lebih murah dari pasaran di talian 012-9727136 (hafiz)....tiada min order,sekilo pun saya hantar sampai depan umah...selamat mencuba... :)
Post a Comment