Search This Blog

Saturday, March 23, 2013

RESEPI HOME MADE AIS KRIM CREAM-O


Ok....aku rasa semua minat airkrim kan.... apa kata kita buat sendiri aiskrim... kat rumah....kalau korang nak tahu senang je buat aiskrim ni dan bahan2 nye pulak bukan banyak pun.... ok kar sini aku sharekan resipi macammana nak buat aiskriim....


Bahan-bahannya.
1) Satu packet kecil Coffee Mate
2) 1 kotak besar Susu Krim atau Segar Dutch Lady
3) 1 bungkus biskut cream o atau oreo

Cara membuat:

1. Masukkan coffee mate dan susu ke dalam bekas plastik ataupun tupperware, bancuhkan dan kacau sehingga sebati.
2. Simpan bancuhan tadi ke dalam freezer selama 2 jam.
3. Selepas 2 jam, keluarkan bancuhan dan pukul.bancuhan tersebut.
4. Pecahkan biskut cream o atau oreo ke dalam bancuhan dan kemudiannya kacau.
5. Letakkan campuran bancuhan yang siap ke dalam bekas-bekas kecil yang bertutup.
6. Hias dengan coklat rice di atas permukaan ais krim.
7. Simpan bekas-bekas tersebut ke dalam freezer semalaman.
8. Pastikan suhu freeze di tahap 1 agar tidak terlalu keras.


Selamat mencuba...
-->
ber IKLAN PERCUMA DI 
 www.jomlahiklan.com



Subscribe in a reader
 
Sila Lawat Page services Untuk Melihat Promosi Terbaru Daripada Syarikat Kami

Friday, March 22, 2013

GEMPAR !! Malaysia guna Spyware dan Pintas Email Untuk Intip Rakyat Sendiri

Malaysia guna 'Spyware' untuk intip rakyat sendiri lapor New York Times.


Menurut Pengarah Urusan Gamma Group, Martin J. Muench, syarikat penjual FinSpy, Gamma Group telah menjual teknologi berkenaan kepada kerajaan untuk mengawasi penjenayah, dan banyak digunakan bagi memerhatikan pergerakan “fidofil”, pengganas, jenayah terancang, penculikan, dan pemerdagangan manusia.

Tetapi Malaysia adalah antara 25 negara yang menggunakan perisian “spyware” bagi mengintip rakyatnya dengan mengambil gambar mereka menggunakan skrin komputer, merekod perbualan Skype, kamera dan mikrofon komputer, lapor akhbar Amerika Syarikat (AS) The New York Times (NYT) hari ini.


admin: ingatkan perompak pencuri data peribadi je guna spyware untuk curi data orang, goverment pun guna....ni dah langgar privasi.
---------------------------------------------------
Surat MKN (Majlis Keselamatan Negara) kepada PM mengenai laporan membuat pintasan email untuk merisik strategi pilihanraya pembangkang.

 
ber IKLAN PERCUMA DI 
 www.jomlahiklan.com



Subscribe in a reader
 
Sila Lawat Page services Untuk Melihat Promosi Terbaru Daripada Syarikat Kami

Thursday, March 7, 2013

POLIS: Mayat anggota di Semporna diperlaku dengan kejam OLEH PENGANAS SULU

Enam anggota polis yang terbunuh di Kampung Simunul di Semporna pada 2 Mac lalu, ditemui dalam keadaan diperlakukan dengan kejam, kata polis dalam Facebook lewat malam tadi.

semporna simunul 040313 bloodMenceritakan kronologi peristiwa krisis Sabah itu, polis juga mendedahkan mereka terpaksa menghantar pasukan penyelamat ke kampung tersebut sehari kemudian untuk menyelamatkan anggota yang cedera dan mengambil mayat rakan mereka yang maut dalam serangan hendap sekumpulan penceroboh dari selatan Filipina.

Menurut posting Facebook tersebut, polis menghantar satu pasukan ke Kampung Simunul dan Kampung Sri Jaya untuk menyiasat laporan mengenai kehadiran penceroboh Filipina."Apabila tiba di Kampung Simunul, pasukan polis itu telah diserang hendap oleh penceroboh. Enam anggota polis terkorban manakala dua yang lain cedera. Enam penceroboh bersenjata telah dibunuh oleh pihak polis.

"Pihak polis dihantar pasukan penyelamat untuk mengambil mayat wira-wira kita terkorban dan menyelamatkan anggota yang terperangkap di Kampung Simunul, Semporna. Pasukan itu berjaya melaksanakan misi tersebut.

"Mayat anggota polis yang terkorban itu ditemui dalam keadaan diperlakukan dengan kejam oleh penceroboh bersenjata tersebut," tambahnya..

Polis menamakan enam anggota yang terkorban sebagai Supt Ibrahim Lebar, ASP Michael padel, Sarjan Baharin Hamit, Sarjan Abdul Aziz Sarikon, Koperal Salam Togiran dan Lans Korporal Mohd Azrul Tukiran.Ketua Polis Negara , Tan Sri Ismail Omar sebelum ini enggan mengesahkan laporan bahawa ada mangsa dipenggal dan juga mata mereka dikorek keluar.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merujuk kepada insiden tersebut dalam satu sidang akhbar pada hari Selasa dan menyifatkan tindakan penceroboh itu 'sebagai tidak Islamik'.Insiden mengerikan itu juga dibangkitkan pada mesyuarat tengah malam antara Setiausaha Luar, Albert del Rosario dan Menteri Luar, Datuk Anifah Aman pada hari Isnin di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina mengeluarkan satu penjelasan semalam, bahawa del Rosario tidak melabelkan kumpulan Filipina itu sebagai "pengganas", tetapi mengakui kekejaman tersebut, jika benar, dianggap sebagai perbuatan "pengganas".

"Di Semporna, terdapat dakwaan tindakan keganasan. Seperti yang dilaporkan oleh menteri luar Malaysia, selepas pasukan polis terjebak dalam satu serangan hendap dan dibunuh, mayat mereka dipelakukan dengan kejam.

"Jika benar kekejaman ini dilakukan seperti yang dilaporkan kepadanya, kedua-dua setiausaha luar dan menteri luar itu bersetuju bahawa ini adalah tindakan keganasan," kata kenyataan itu
-->
ber IKLAN PERCUMA DI 
 www.jomlahiklan.com



Subscribe in a reader
 
Sila Lawat Page services Untuk Melihat Promosi Terbaru Daripada Syarikat Kami

Monday, March 4, 2013

Penceroboh Sabah ibarat isytihar perang - Lagi 6 anggota Polis Terkorban.


Anggota Tambahan ATM di bawa masuk.
SHAH ALAM - Pasukan keselamatan negara perlu bertindak tegas terhadap sekumpulan penceroboh di Lahad Datu yang dilihat mengancam keselamatan negara.Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Eh-wal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, Sabah adalah sebuah wilayah Malaysia.

Oleh itu, pasukan keselamatan mesti mempertahankan kedaulatan negara daripada sebarang ancaman pihak asing.Katanya, pencerobohan sekumpulan orang yang dikatakan sebagai tentera kerajaan kesultanan Sulu itu adalah satu pencabulan ke atas Malaysia.

“Kerajaan dan pasukan keselamatan negara sudah beri amaran, masa dan peluang berunding agar berundur, tetapi berlaku ketegangan hingga korbankan anggota keselamatan kita.
“Mereka ini ibarat isytiharkan perang ke atas negara kita. Justeru kita tidak boleh biarkan keselamatan, nyawa dan negara berada dalam situasi bahaya,” katanya

ATM bersiap sedia
 ---------------------------------------------------------------------
 6 polis maut, 6 anggota kumpulan bersenjata terbunuh

5 pegawai dan anggota PDRM TELAH terkorban dalam satu serang hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Semporna. Mereka yang terkorban adalah:

1. Supt Ibrahim bin Lebar, Caw Khas, Bukit Aman.
2. ASP Micheal Padel, Caw Khas, IPD Semporna
3. Sjn/D Baharin bin Hamit, Caw Khas, IPK Sabah
4. Sjn Aziz bin Sarikun, BN 14 PGA Tawau
5. Kpl/S Salam bin Togiran, IPD Tawau
6. L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, BN 14 PGA Tawau

Al-fatihah.Semoga roh wira-wira negara ini ditempatkan di kalangan orang beriman dan dicucuri rahmat.

Kepada ahli keluarga mendiang, diharap bersabar menerima kehilangan ini dan sesungguhnya seluruh NEGARA turut menangisi pemergian beliau.

SEMENTARA ITU DEWAN ULAMAK PAS PUSAT mengarahkan semua Dewan Ulamak PAS Negeri dan Urusan Ulamak Kawasan mengadakan "solat hajat dan munajat perdana" di surau dan masjid memohon keselamatan untuk Umat Islam dan rakyat Sabah khususnya dan Malaysia umumnya.
 
-->
ber IKLAN PERCUMA DI 
 www.jomlahiklan.com



Subscribe in a reader
 
Sila Lawat Page services Untuk Melihat Promosi Terbaru Daripada Syarikat Kami

Saturday, March 2, 2013

Nasib Kpl Azman Ampong - Laporan Berlainan Antara Sinar Online dengan Versi Cetakan.

laporan Sinar Online :  



Laporan - Sinar versi cetakan



UPDATE 
http://www.sinarharian.com.my/nasional/ralat-sinar-harian-memohon-maaf-1.136037


->
ber IKLAN PERCUMA DI 
 www.jomlahiklan.com



Subscribe in a reader
 
Sila Lawat Page services Untuk Melihat Promosi Terbaru Daripada Syarikat Kami

TERKINI: 2 ORANG POLIS TERKORBAN, Kpl Azman hanya cedera.

Anggota tentera bersiap ke Kampung Tanduo untuk menghadapi penceroboh yang berkubu di kampung itu, hari ini. -

Kpl Azman hanya cedera, keluarga kesal laporan media.

LAHAD DATU - Keluarga seorang daripada anggota polis yang cedera dalam insiden tembakan membabitkan kumpulan penceroboh di Kampung Tanduo di sini hari ini, kesal dengan laporan media yang mengatakan anggota polis berkenaan terbunuh dalam kejadian itu.

Madun Buyung, 57, dari Kampung Tabanak, Lahad Datu, keluarga terdekat kepada Kpl Azman Ampong, meminta media massa supaya lebih berhati-hati sebelum
menyiarkan laporan mereka.

"Semua media mesti pastikan maklumat mereka tepat. Dapatkan pengesahan daripada pihak doktor terlebih dahulu sebelum menyiarkan laporan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Lahad Datu di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah media elekronik kononnya Azman terbunuh dalam insiden itu sedangkan anggota berkenaan cuma
cedera di tangan dan kaki.

Azman adalah antara tiga anggota polis yang cedera dan menerima rawatan di hospital di sini.
Madun berkata laporan tidak tepat itu telah meresahkan anggota keluarganya.

"Setelah mendengar laporan itu di televisyen, saya bergegas ke hospital (Lahad Datu) dan apabila tiba di sini saya dapati anak saudara saya ini dalam
keadaan stabil," katanya. 

----------------------------------------------------------------- 
 Isteri komando pengsan terima berita suami terbunuh

 IPOH - Noraziah Nor, 29, isteri kepada anggota komando Insp Zulkifli Mamat, 30, tidak dapat menahan sebak dan pengsan sejurus menerima berita kematian suaminya.

 "Nak balik, Azi nak balik, tolong bawa Azi balik, tolonglah sesiapa hantar Azi balik...," begitulah rintihan Noraziah yang dilihat tidak berhenti-henti menangis ketika ditemui di kediaman bapa angkat pasangan itu di Bandar Baru Putra, Bercham di sini.

Noraziah yang merupakan guru di sebuah sekolah di Tanjung Rambutan terpaksa dipimpin beberapa jiran dan anggota keluarga kerana pengsan sebelum dihantar ke klinik berhampiran. Pasangan yang menetap di Bandar Baru Putra, Bercham itu mempunyai dua cahaya mata iaitu Mohammad Akmaluddin, 5, dan Mohammad Akhil, setahun dan Noraziah kini mengandung anak ketiga.
Zulkifli, adalah antara dua anggota komando yang terkorban dalam insiden tembakan membabitkan kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah hari ini.

Sementara itu, bapa angkat pasangan itu, Sjn Hussain Harun, 53, yang merupakan jurulatih pusat latihan Pasukan Gerakan Am (PGA), Hulu Kinta berkata beliau menerima berita itu selepas solat Jumaat sebaik sahaja Noraziah datang ke rumahnya."Saya cukup terkejut apabila mengetahui berita ini dan Aziah terus pengsan sebaik memberitahu kami.

"Saya mengenali arwah pada tahun 2004 semasa dia menyertai Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Suksis) UUM dan saya merupakan pengajar untuk pandu arah peta," katanya sambil memberitahu kali terakhir beliau bertemu arwah ialah minggu lepas sebelum bertolak ke Lahad Datu.
Ibu angkat Allahyarham Noor Ainita Mohamad, 49, berkata Allahyarham seorang yang baik hati dan peramah.

"Arwah memang rapat dengan suami saya...sekiranya ada masalah arwah akan datang rumah dan cerita masalah dia pada kami. Kehilangannya sangat dirasai,"katanya.

---------------------------------------------------------------------
Jenazah anggota polis komando terkorban tiba di Subang esok

KUALA LUMPUR - Jenazah dua anggota polis komando VAT 69 yang terkorban dalam insiden tembakan membabitkan kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina di Lahad Datu, Sabah, hari ini, dijadual diterbangkan ke ibu negara pagi esok.

Penerbangan itu pada asalnya dijadual tiba lewat malam ini.Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yusoff memberitahu Bernama jenazah dijadual tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada kira-kira 9 pagi esok.
Anggota yang terkorban dari Kem Ulu Kinta itu ialah Insp Zulkifli Mamat, 29, dan Kpl Sabarudin Daud, 46.

Allahyarham Zulkifli, yang berasal dari Kampung Kubang Ikan, Besut, Terengganu, meninggalkan seorang balu, Noraziah Noor dan dua anak lelaki berusia empat dan satu tahun.

Allahyarham Sabarudin yang berasal dari Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor pula meninggalkan balu, Nurunisa Abu Bakar dan tiga anak -- dua lelaki dan
seorang perempuan

-->
ber IKLAN PERCUMA DI 
 www.jomlahiklan.com



Subscribe in a reader
 
Sila Lawat Page services Untuk Melihat Promosi Terbaru Daripada Syarikat Kami

Friday, March 1, 2013

UPDATE: IDENTITI POLIS YANG TERKORBAN



UDATE

3 termasuk DUA komando polis terbunuh dalam usaha pihak berkuasa Malaysia menamatkan pencerobohan membabitkan sekumpulan rakyat negara itu hari ini.
Pemilik rumah di mana kumpulan penceroboh tinggal sejak 12 Februari lalu juga terbunuh, demikian menurut jurucakap Jabatan Luar Filipina, Raul Hernandez di sin, hari ini.

Sementara itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut mengucapkan takziah kepada keluarga dua anggota keselamatan negara, Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 Komando yang terkorban dalam insiden bersenjata di Lahad Datu, Sabah hari ini.

12 anggota penceroboh maut
LAHAD DATU - Polis mengesahkan DUA anggota komando dan 12 ahli kumpulan penceroboh dari Filipina terbunuh dalam pertempuran pagi tadi - hampir tiga minggu selepas mereka menceroboh wilayah Malaysia.

Tiga anggota keselamatan turut disahkan tercedera
Polis turut merampas beberapa senjata antaranya M-16 dan pelancar roket.

-->
ber IKLAN PERCUMA DI 
 www.jomlahiklan.com



Subscribe in a reader
 
Sila Lawat Page services Untuk Melihat Promosi Terbaru Daripada Syarikat Kami

GAMBAR TERKINI INSIDEN LAHAD DATU - 2 POLIS TERKOBAN



suasana di hospital lahad datu

Ceroboh Sabah: 2 komando polis maut terkena mortar

LAHAD DATU - Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini hari ini.
  
Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.
  
"Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut," katanya yang terpaksa keluar dari kawasan Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa.
  
Pada 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku.
  
Setakat ini, tiada pihak berkuasa boleh mengesahkan identiti anggota yang maut. - Bernama


Ceroboh Sabah: Dua anggota tentera cedera, dibawa ke hospital

LAHAD DATU - Dua anggota tentera Malaysia yang cedera dalam insiden tembakan di Kampung Tanduo, tempat kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina berkubu, diterbangkan ke Hospital Lahad Datu di sini.

Mereka dibawa dengan sebuah helikopter tentera pada pukul 1.50 tengah hari ini.

Sebaik tiba, seorang daripada mereka diusung dengan katil bergerak manakala seorang lagi dibawa dengan kerusi roda menuju ke wad kecemasan hospital berkenaan.

Kedua-dua mereka dilihat mempunyai kesan darah pada pakaian celoreng mereka dengan wajah menahan kesakitan, menurut wartawan Bernama di hospital itu. - Bernama
-->
ber IKLAN PERCUMA DI 
 www.jomlahiklan.com



Subscribe in a reader
 
Sila Lawat Page services Untuk Melihat Promosi Terbaru Daripada Syarikat Kami
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Lain Yang Menarik

Terima Kasih Kerana Melawat Blog Ammar Zahraa

Labels

1000 bulan (1) 2 storey (1) 8A (1) acheh (3) adam lanza (1) ads (1) AES (1) aghanistan (1) Agong (1) aiskrim (1) akaun semasa. (1) alcohol overdose (1) alternative medecine (1) amah indonesia (1) amah kena bunuh (2) amerika (2) ammar zahraa nursery (2) anak ayam (3) apple (2) asparagus (1) ayam kampung (1) ayam panggang (1) azhar idrus (1) bahrom (1) bakar (1) bandar seri putra (1) bangkang dari longkang (1) barack obama (1) bas (1) basuh baju (1) Batal PTPTN (2) batang pisang (1) batuk (1) bawaku pergi (2) bawani (1) bayi (1) bayi dibuang (1) bebola ikan (1) Becoming A King (1) bekas air (1) bengkak gusi (1) berbuka (1) berkebun (1) berniagaan (3) bersih hati (1) betik (1) bisnes ayam (2) blogging (3) boeing (1) bolasepak malaysia (1) bomoh (1) buah ajaib (1) buang bayi (1) buat blong (1) bukan wanita (2) bulu pusi (1) buluh madu (1) bunuh (2) business (2) busniss (1) cagu (1) cara masak nasi arab (1) cara membuat nasi arab (1) cctv (1) Cemerlang. (2) cenderamata (1) ceo (1) ceramah agama (1) charles (1) cia (1) cibotium barometz (1) CIMB click (3) cirit birit (1) cocktail (1) cory monteith dead (2) cream o (1) culik (1) current account (2) daftar perniagaan (5) Demo (2) dengki dan dendam (1) dera (1) diekori harimau (1) diesel subsidi (1) dobi (1) DPMM (1) drone (1) drug overdose (1) dunia (1) eidulfitri (1) enterprise (2) fakta (2) farhan hadi (1) Fatimah Syarha (1) finn hudson (2) free advertising (1) funny (1) gadis meninggal (1) gadis tiang (2) gaduh (2) gardening (1) GDL (1) gempa bumi (4) gendong bayi (1) genetik (1) glee (2) goncang (1) google tranlate (1) gulf war (1) habbatus sauda (1) hadiah online (2) halal (1) haram (3) harimau (1) harimau malaya (1) hati bersih (1) hilang (1) home made aiskrim (1) how to attract traffic (1) hulk (1) Humood Al-Khudher (1) Humood AlKhudher (1) hztours (1) I Luv Islam (1) ibu (1) ibu bapa (2) iklan percuma (2) inai. cekam kuku (1) info (1) internet (4) internet business (3) invisible folder (1) ipad (1) ipad baru (1) iphone 5 (1) IPTA (1) IRAN (1) irihati (1) ironman (1) islam (2) Islamic Song (1) isteri (1) jawatan dalam enterprise (1) jenayah (1) jesus (1) john brennan (1) jom gelak (1) jomlahiklan (1) JPJ (1) jual kereta (1) jual organ (1) jual rumah (1) justice league (1) kambing (1) Kate Middleton (1) kebaikan bulan ramadhan (1) kedah (2) kedai acceseries (1) kejam. china (1) kelahiran (1) kemboja (1) kenderaan (1) keperluan bayi (1) kereta (1) kereta terpakai (2) kerete nasional (1) kerja gomen (2) kerja kerajaan (3) kerja kosong (2) kerja swasta (1) King (1) kisah mahkamah (2) klon (1) konvensyen (1) kosmo (1) kotoran degil (1) krismas (1) kucing (1) kuliah (1) Kun Anta (2) kurang sopan (1) kursus (1) kursus asas dobi (1) kursus perniagaan (3) kursus ternak (1) kurus pernigaan (1) labu sayong (1) lagu (1) lailatul qadar (1) lama web (1) laman web (1) lari rumah (3) lautan hindi (1) lawak bodoh (1) lea (1) lebat rambut (1) lesen memandu (1) lirik lagu (1) listen (1) lori (1) luka (2) lynas (1) maher zain (1) mahkamah. syariah (1) Maklumat palsu (1) malaysian airlines (1) Mansuh (1) marketing (3) mary (1) maryam (1) MAS (1) mc donald (1) memborong ke china (1) Men In Black (1) mencuri (1) merahkan muka (1) metro (1) mh370 (1) MIB (1) minuman air buah (1) miracle fruit (1) MJ fatonah (1) mocktail (1) modal (1) model baru (1) mohon jawatan (2) monosodium (1) msg (1) mudah (1) my blog (2) nabi isa (1) nabil (1) nadir bumi (1) nasi arab (1) nasi mandy (1) Nasyeed (1) newton (1) number one for me (1) online booking (1) pah1m (1) palestin (1) panau (1) pangkat (1) parenting (1) PDRM (1) penawar (1) penawar bisa (1) penawar jambi (1) penawar luka (1) penggalak pertumbuhan (1) penjara (1) percutian (1) perkahwinan (1) perlis (2) Pertabalan (1) pertanian (1) pertenakan (1) petrol naik (1) petua (20) PICC (1) pinjam bank (2) Pinjaman Perniagaan (2) pokok (1) pokok ajaib (1) pokok kapal terbang (1) pokok paku emas (1) pokok paku. burkill 1935 (1) polis (1) portal iklan (1) pray4mh370 (1) Prince William (1) proton (1) proton preve (1) PSV (1) PTPTN (1) puasa (2) pulau pinang (2) puspakom (2) queem elizabeth (1) rachel (1) Raja (1) ramadhan (2) ranking fifa (1) rape (1) rapping (1) rare earth (1) real estate (1) rebung madu (1) remaja (1) resdung (1) resepi nasi arab (1) resepi nasi arab ayam (1) resepi nasi mandhi (1) resepi nasi mandi ayam (1) resipi nasi arab (1) rogol (2) royal family (1) sabah (1) sakit hati (1) sakit mata. bunga melati (1) salih yaakob (1) saman (2) sayur (1) sayur itu ubat (1) SDN BHD (1) selesema (1) seminar (2) sewa lori (1) share is caring (1) sharifah zohra (1) simple (1) Sinar (2) SMM (1) sms (1) sms daoat duit (1) sosej (1) SPM (2) sponsore ads (1) sri wani choo (1) steve job (2) suami (1) sungai petani (2) susu kangkang (1) Synsepalum dulcificum (1) tanam sayur (1) tanaman (1) teknik menjual (1) telefon pintar (1) telefon terpakai (1) tembikai (1) tempah online (2) ternak ayam kampung (4) ternak kucing (1) thailand (1) the avengers (1) thor (1) tip (4) Tips Pinjam (1) tommy lee Jones (1) traffic (2) trauma (1) tsunami (4) UAI (1) ubahsuai genetik (1) uban. hitamkan rambut (1) ubat kucing (2) ubat luka (1) ubat tradisional (15) ulang tahun (1) umrah (1) USA (2) usim (1) ustaz azhar idrus (1) Ustaz Don (1) vacancy (1) Whatapps (1) Will smith (1) yahudi (2) zionis (1) zizan (2)
NOTIS & PENAFIAN
Artikel yang disiarkan merupakan pandangan/pendapat peribadi penulis dan tiada berkaitan dengan mana-mana pihak ataupun organisasi tertentu. Pengunjung blog ini perlu untuk menggunakan kebijaksaaan, pengetahuan dan rujukan dari mana-mana pihak lain yang lebih utama sebelum membuat sesuatu keputusan berdasarkan maklumat awal dari blog ini dan pengunjung juga harus sedar jika berlaku sebarang kerugian, kecederaan atau kecelaruan emosi ketika membaca artikel, gambar dan bahan yang dipaparkan di laman ini ianya di luar tanggungjawab penulis.