OK...ni cara2 nya nak tanam sayur dalam batang pisang..
Kegunaan batang pisang untuk tanam sayur sendiri. Kandungan dalam batang
pisang yang berair menjadikan ia sesuai untuk tanam sayur organik.
Pokok pisang sudah berbuah dan dituai? Selalunya pokok akan ditebang
kerana tidak elok biarkan pokok pisang berbuah dua kali.
Tetapi tunggu kejap! Jangan buang batangnya lagi. Gunakan untuk bercucuk tanam sayur. Tebuk beberapa lubang pada batang pokok pisang. Isikan kompos dan kemudian semai biji benih sayur seperti kangkung, sawi, salad (lettuce), dan pelbagai lagi.
Batang pisang ini dapat membekalkan air semulajadi kepada tanaman sayur yang tumbuh di atasnya

.
Antara kaedah tebuk lubang pada batang pisang:
1. Boleh guna tin sardin kosong saiz besar atau mana-mana tin keras.
2. Buang penutup dan gerigi hujungnya dengan pisau agar ia menjadi tajam.
3. Kemudian tekap pada batang pisang sehingga ia membenam masuk.
4. Seterusnya ambil pisau dan cungkil bulatan yang terbentuk.
5. Kemudian masukkan kompos atau tanah atas sebagai medium.
6. Semai biji benih.
7. Dalam masa 1-2 bulan, tanaman boleh dituai dan batang pisang sudah reput dan boleh dibuat kompos.
sumber Ammar Zahraa Nursery
No comments:
Post a Comment