Search This Blog

Thursday, April 12, 2012

UPDATE 9.30 PAGI Malaysia Tarik Balik Amaran Tsunami

KUALA LUMPUR — Amaran tsunami yang dikeluarkan bagi negeri Perlis, Kedah termasuk Langkawi, Pulau Pinang dan Perak telah ditarik balik pada pukul 10 semalam, kata Jabatan Mateorologi Malaysia (JMM). 

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, JMM memaklumkan bahawa nasihat itu dikeluarkan pada pukul 6.55 malam berikutan gempa bumi berukuran 8.7 pada skala Richter yang melanda wilayah Aceh, Indonesia. Terdahulu, beberapa negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia merasai gegaran pada pukul 4.50 petang Rabu berikutan kejadian gempa bumi itu. 


JMM turut mengeluarkan amaran kepada penduduk di negeri berkenaan supaya menjauhi kawasan pantai ekoran kemungkinan gempa bumi itu mengakibatkan tsunami.

LANGKAWI — Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) semalam menghentikan serta merta semua aktiviti dan latihan membabitkan 40 pelayarnya di sini dan di beberapa tempat lain berikutan gempa bumi kuat melanda Acheh, Indonesia.

Naib Presiden MYA, Datuk Mansor Ismail berkata, latihan dihentikan sebagai langkah untuk mengelak kejadian tidak diingini berlaku ke atas atlet MYA.
Laihan akan disambung semula apabila keadaan disahkan pulih seperti sediakala, katanya kepada ketika dihubungi pemberita.

Mansor berkata, pelayar skuad elit, skuad kebangsaan dan pelayar negeri Kedah sedang giat menjalani latihan di Kompleks Latihan MYA di sini sebagai persedaiaan menghadapi beberapa kejohanan sepanjang tahun ini.

PENGALAMAN DIGONCANG GEMPA

SEBERANG JAYA: “Tiba-tiba saya rasa bangunan bergegar dan lihat semua pengunjung lari selamatkan diri,” kata Nurul Nadiha Kasim, 28, yang turut bergegas menyelamatkan diri ketika berada di Kompleks Sunway Carnival, di sini, selepas berasa gegaran akibat gempa bumi yang melanda Aceh, Indonesia.
Menurutnya, ketika itu dia bersama rakannya sedang memilih barang di sebuah kedai di dalam kompleks membeli-belah itu.

“Selepas berasa bergoyang, saya segera mencampak barang dan menarik kawan saya keluar dari bangunan berkenaan,” katanya yang pertama kali berdepan pengalaman kejadian seperti itu.

Seorang lagi pengunjung, Mohd Hafiz Najmi Soaid, 23, berkata, ketika kejadian dia bersama dua rakannya sedang menonton wayang di kompleks berkenaan.

“Sedang asyik menonton, saya berasa pening dan bangunan seakan bergoyang,” katanya yang berasal dari Baling, Kedah.
Menurutnya, dia dan kawannya tanpa berlengah segera berlari keluar untuk menyelamatkan diri, begitu juga pengunjung yang lain.




Subscribe in a reader
 

Sila Klik Page SERVICES Untuk Melihat Promosi Terbaru Daripada Syarikat Kami

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Lain Yang Menarik

Terima Kasih Kerana Melawat Blog Ammar Zahraa

Labels

1000 bulan (1) 2 storey (1) 8A (1) acheh (3) adam lanza (1) ads (1) AES (1) aghanistan (1) Agong (1) aiskrim (1) akaun semasa. (1) alcohol overdose (1) alternative medecine (1) amah indonesia (1) amah kena bunuh (2) amerika (2) ammar zahraa nursery (2) anak ayam (3) apple (2) asparagus (1) ayam kampung (1) ayam panggang (1) azhar idrus (1) bahrom (1) bakar (1) bandar seri putra (1) bangkang dari longkang (1) barack obama (1) bas (1) basuh baju (1) Batal PTPTN (2) batang pisang (1) batuk (1) bawaku pergi (2) bawani (1) bayi (1) bayi dibuang (1) bebola ikan (1) Becoming A King (1) bekas air (1) bengkak gusi (1) berbuka (1) berkebun (1) berniagaan (3) bersih hati (1) betik (1) bisnes ayam (2) blogging (3) boeing (1) bolasepak malaysia (1) bomoh (1) buah ajaib (1) buang bayi (1) buat blong (1) bukan wanita (2) bulu pusi (1) buluh madu (1) bunuh (2) business (2) busniss (1) cagu (1) cara masak nasi arab (1) cara membuat nasi arab (1) cctv (1) Cemerlang. (2) cenderamata (1) ceo (1) ceramah agama (1) charles (1) cia (1) cibotium barometz (1) CIMB click (3) cirit birit (1) cocktail (1) cory monteith dead (2) cream o (1) culik (1) current account (2) daftar perniagaan (5) Demo (2) dengki dan dendam (1) dera (1) diekori harimau (1) diesel subsidi (1) dobi (1) DPMM (1) drone (1) drug overdose (1) dunia (1) eidulfitri (1) enterprise (2) fakta (2) farhan hadi (1) Fatimah Syarha (1) finn hudson (2) free advertising (1) funny (1) gadis meninggal (1) gadis tiang (2) gaduh (2) gardening (1) GDL (1) gempa bumi (4) gendong bayi (1) genetik (1) glee (2) goncang (1) google tranlate (1) gulf war (1) habbatus sauda (1) hadiah online (2) halal (1) haram (3) harimau (1) harimau malaya (1) hati bersih (1) hilang (1) home made aiskrim (1) how to attract traffic (1) hulk (1) Humood Al-Khudher (1) Humood AlKhudher (1) hztours (1) I Luv Islam (1) ibu (1) ibu bapa (2) iklan percuma (2) inai. cekam kuku (1) info (1) internet (4) internet business (3) invisible folder (1) ipad (1) ipad baru (1) iphone 5 (1) IPTA (1) IRAN (1) irihati (1) ironman (1) islam (2) Islamic Song (1) isteri (1) jawatan dalam enterprise (1) jenayah (1) jesus (1) john brennan (1) jom gelak (1) jomlahiklan (1) JPJ (1) jual kereta (1) jual organ (1) jual rumah (1) justice league (1) kambing (1) Kate Middleton (1) kebaikan bulan ramadhan (1) kedah (2) kedai acceseries (1) kejam. china (1) kelahiran (1) kemboja (1) kenderaan (1) keperluan bayi (1) kereta (1) kereta terpakai (2) kerete nasional (1) kerja gomen (2) kerja kerajaan (3) kerja kosong (2) kerja swasta (1) King (1) kisah mahkamah (2) klon (1) konvensyen (1) kosmo (1) kotoran degil (1) krismas (1) kucing (1) kuliah (1) Kun Anta (2) kurang sopan (1) kursus (1) kursus asas dobi (1) kursus perniagaan (3) kursus ternak (1) kurus pernigaan (1) labu sayong (1) lagu (1) lailatul qadar (1) lama web (1) laman web (1) lari rumah (3) lautan hindi (1) lawak bodoh (1) lea (1) lebat rambut (1) lesen memandu (1) lirik lagu (1) listen (1) lori (1) luka (2) lynas (1) maher zain (1) mahkamah. syariah (1) Maklumat palsu (1) malaysian airlines (1) Mansuh (1) marketing (3) mary (1) maryam (1) MAS (1) mc donald (1) memborong ke china (1) Men In Black (1) mencuri (1) merahkan muka (1) metro (1) mh370 (1) MIB (1) minuman air buah (1) miracle fruit (1) MJ fatonah (1) mocktail (1) modal (1) model baru (1) mohon jawatan (2) monosodium (1) msg (1) mudah (1) my blog (2) nabi isa (1) nabil (1) nadir bumi (1) nasi arab (1) nasi mandy (1) Nasyeed (1) newton (1) number one for me (1) online booking (1) pah1m (1) palestin (1) panau (1) pangkat (1) parenting (1) PDRM (1) penawar (1) penawar bisa (1) penawar jambi (1) penawar luka (1) penggalak pertumbuhan (1) penjara (1) percutian (1) perkahwinan (1) perlis (2) Pertabalan (1) pertanian (1) pertenakan (1) petrol naik (1) petua (20) PICC (1) pinjam bank (2) Pinjaman Perniagaan (2) pokok (1) pokok ajaib (1) pokok kapal terbang (1) pokok paku emas (1) pokok paku. burkill 1935 (1) polis (1) portal iklan (1) pray4mh370 (1) Prince William (1) proton (1) proton preve (1) PSV (1) PTPTN (1) puasa (2) pulau pinang (2) puspakom (2) queem elizabeth (1) rachel (1) Raja (1) ramadhan (2) ranking fifa (1) rape (1) rapping (1) rare earth (1) real estate (1) rebung madu (1) remaja (1) resdung (1) resepi nasi arab (1) resepi nasi arab ayam (1) resepi nasi mandhi (1) resepi nasi mandi ayam (1) resipi nasi arab (1) rogol (2) royal family (1) sabah (1) sakit hati (1) sakit mata. bunga melati (1) salih yaakob (1) saman (2) sayur (1) sayur itu ubat (1) SDN BHD (1) selesema (1) seminar (2) sewa lori (1) share is caring (1) sharifah zohra (1) simple (1) Sinar (2) SMM (1) sms (1) sms daoat duit (1) sosej (1) SPM (2) sponsore ads (1) sri wani choo (1) steve job (2) suami (1) sungai petani (2) susu kangkang (1) Synsepalum dulcificum (1) tanam sayur (1) tanaman (1) teknik menjual (1) telefon pintar (1) telefon terpakai (1) tembikai (1) tempah online (2) ternak ayam kampung (4) ternak kucing (1) thailand (1) the avengers (1) thor (1) tip (4) Tips Pinjam (1) tommy lee Jones (1) traffic (2) trauma (1) tsunami (4) UAI (1) ubahsuai genetik (1) uban. hitamkan rambut (1) ubat kucing (2) ubat luka (1) ubat tradisional (15) ulang tahun (1) umrah (1) USA (2) usim (1) ustaz azhar idrus (1) Ustaz Don (1) vacancy (1) Whatapps (1) Will smith (1) yahudi (2) zionis (1) zizan (2)
NOTIS & PENAFIAN
Artikel yang disiarkan merupakan pandangan/pendapat peribadi penulis dan tiada berkaitan dengan mana-mana pihak ataupun organisasi tertentu. Pengunjung blog ini perlu untuk menggunakan kebijaksaaan, pengetahuan dan rujukan dari mana-mana pihak lain yang lebih utama sebelum membuat sesuatu keputusan berdasarkan maklumat awal dari blog ini dan pengunjung juga harus sedar jika berlaku sebarang kerugian, kecederaan atau kecelaruan emosi ketika membaca artikel, gambar dan bahan yang dipaparkan di laman ini ianya di luar tanggungjawab penulis.