Di bawah merupakan pintu-pintu kebaikan yang boleh kita laksanakan semasa bulan Ramadhan:-
1- Ikhlas dalam setiap perbuatan
2- Bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benarnya
3- Berdoa ketika melihat anak bulan
4- Qiam semasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan
5- Mendirikan qiam semasa malam lailatul qadar dengan penuh keimanan dan pengharapan
6- Bersungguh-sungguh beribadah dalam 10 malam terakhir
7- Iktikaf di masjid
8- Memberi makanan pada orang yang berbuka
9- Membaca Al-Quran
10-Banyakkan berzikir mengingati Allah
11-Lazimi istighfar
12-Mengambil wudu’ dan mengekalkannya
13-Solat sunat 2 rakaat selepas berwuduk (solat sunat wuduk)
14-Doa selepas azan
15-Berdoa antara azan dan iqamah (doa yg tidak tertolak)
16-Menjaga solat subuh dan Solat Asar
17-Membaca Surah Al-Kahfi paada hari Jumaat
18-Menjaga solat jemaah 5 waktu di masjid
19-Iltizam dengan saf pertama di masjid
20-Menjaga solat sunat rawatib (sebelum dan selepas solat fardhu)
21-Menunaikan solat sunat di rumah
22-Berusaha membiasakan anak-anak kita yang kecil dalam melazimi solat (ajarlah solat ketika mereka 7 tahun dan pukullah mereka apabila mereka 10 tahun jika tidak mahu solat)
23-Menjaga solat sunat terawih
24-Mensegerakan berbuka bila azan bergema
25-Berdoa sebelum waktu iftar
26-Berdoa ketika berbuka
27-Menunaikan zakat fitrah
28-Infaq di atas jalan Allah
29-Menghilangkan gangguan/halangan di atas jalan (kayu,batu besar dll yang menghalang laluan)
30-Berbuat baik kepada ibu bapa dan mentaati mereka
31-Berbuat baik kepada anak yatim
32-Membantu menyelesaikan hajat orang lain
33-Ziarah saudara, sahabat dan rakan2
34-Ziarah orang sakit
35-Menyambung kembali silaturrahim jika terputus
36-Bergembira dengan kegembiraan saudara semuslim
37-Membetulkan kesalahan orang lain
38-Lemah lembut dengan manusia
39-Duduk dengan orang yang soleh dan baik
40-Menjaga lisan dan kemaluan
41-Banyakkan bertahlil(Lailahaillah) dan bertasbih (subhanallah)
42-Banyakkan berselawat ke atas Nabi
43-Bersedaqah jariah
44-Bantu orang muslimin
45-Menjalin silaturrahim dengan kawan ibubapa kita dan berbuat baik kepada mereka
46-Berbuat baik pada jiran
47-Mendoakan untuk ibu bapa
48-Mendoakan saudara semuslim tanpa pengetahuannya
49-Berdoa untuk kaum muslimin dan meminta pengampunan untuk mereka
SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN DARI AMMAR ZAHRAA ENTERPRISE
No comments:
Post a Comment