Majistret Zaki Asyraf Zubir memerintahkan K.Surendran, 37, menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap Rabu lepas.
Sekadar Gambar Hiasan |
Surendran mengaku salah mencuri dulang jenis “stainless steel” berkenaan bernilai RM280 dan pasu hiasan bernilai RM400 milik Bankers Club di Bankers Club, Tingkat 21 dan 22, Bangunan Amoda, Jalan Imbi, Dang Wangi di sini pada pukul 10.15 malam, 2 Mei lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.Terdahulu, Surendran memohon hukuman terhadapnya diringankan atas alasan dia perlu menyara anak serta ibunya yang berusia 68 tahun.
"Saya mencuri kerana saya perlukan duit untuk menyara perubatan anak saya sebab pada masa itu saya tiada kerja dan sedang menunggu proses untuk bekerja di tempat baru,” katanya yang tidak diwakili peguam.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wong Chai Sia. - BERNAMA
SumberKosmo! Online - Terkini
ber IKLAN PERCUMA DI www.jomlahiklan.com (click banner dibawah)
No comments:
Post a Comment