Ekoran dari sebaran maklumat palsu melalui
aplikasi whatsapp yang mendakwa bahawa wujud kegiatan menjual organ
manusia dan perogol bersiri bernama Mohd Faris Farhan
bin Akhlaken Ahmad, pihak Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) Polis
Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil tindakan awal untuk mengenal
pasti sama ada sebarang laporan polis diterima mengenainya.
Malangnya, berita tersebut telah dimanipulasi dan disebarkan seolah-olah pihak Urusetia KPN(Komunikasi Korporat) atas nama ACP Datin Asmawati Ahmad telah mengesahkan bahawa kejadian sedemikian benar-benar berlaku.
Adalah dengan ini disahkan bahawa PDRM tidak menerima sebarang maklumat yang mengesahkan bahawa kejadian tersebut benar-benar berlaku dan ACP Datin Asmawati Ahmad tidak pernah mengeluarkan sebarang pengesahan mengenainya.
Orang awam dinasihatkan untuk tidak mudah terpedaya dengan maklumat yang tidak disahkan kesahihannya. Jika timbul sebarang keraguan, bolehlah menyalurkan pertanyaan tersebut kepada pihak Polis melalui facebook rasmi PDRM di www.facebook.com/polisdirajamalaysia.

(DATIN ASMAWATI BINTI AHMAD) ACP
PEN. KETUA URUS SETIA KPN (KOMUNIKASI KORPORAT)
POLIS DIRAJA MALAYSIA
BUKIT AMAN
No comments:
Post a Comment