Menurut Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar
berkata, mangsa itu berada di tempat duduk pemandu kereta Kelisa yang masih belum dapat dikeluarkan kerana operasi masih dijalankan.
Penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di Batu Maung, Pulau Pinang runtuh pada kira-kira pukul 7.15 malam tadi.
Pihak polis juga tidak dapat menyatakan sama ada terdapat mangsa lain di bawah runtuhan tersebut.
Sementara itu, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telah mengeluarkan arahan berhenti kerja pembinaan Jambatan Pulau Pinang Kedua berikutan kejadian kejatuhan bahagian yang sedang dibina malam tadi.
Pengarah kejuruteraan MPPP, Adnan Mohd Razali menyerahkan arahan itu kepada pengurus projek kontraktor utama Jambatan Kedua Sdn Bhd dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) hari ini.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan yang melawat tempat kejadian itu hari ini berkata arahan henti kerja itu akan berkuatkuasa sehingga kontraktor memastikan projek tersebut selamat.
Katanya, kontraktor terlibat juga diarah mengambil langkah untuk membaik pulih keadaan di tapak berlaku runtuhan berkenaan.
"Struktur landasan tersebut telah runtuh ke atas jalan awam malam tadi dan ia membahayakan keselamatan orang awam," katanya dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media di tempat kejadian hari ini.
Sementara itu, Guan Eng pula berkata, tragedi itu berlaku atas masalah kejuruteraan dan "kita harus mempunyai seorang jurutera yang boleh mengetuai kerja-kerja mencari dan menyelamat.
"Tetapi sehingga hari ini, usaha menyelamat mangsa telah gagal dan setakat ini hanya kerja pembersihan kerana usaha untuk menyelamatkan mangsa amat tipis," katanya.
No comments:
Post a Comment