LAHAD DATU - Keluarga seorang daripada anggota polis yang cedera dalam
insiden tembakan membabitkan kumpulan penceroboh di Kampung Tanduo di
sini hari ini, kesal dengan laporan media yang mengatakan anggota polis
berkenaan terbunuh dalam kejadian itu.
Madun Buyung, 57, dari Kampung Tabanak, Lahad Datu, keluarga terdekat
kepada Kpl Azman Ampong, meminta media massa supaya lebih berhati-hati
sebelum
menyiarkan laporan mereka.
menyiarkan laporan mereka.
"Semua media mesti pastikan maklumat mereka tepat. Dapatkan pengesahan
daripada pihak doktor terlebih dahulu sebelum menyiarkan laporan,"
katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Lahad Datu di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah media elekronik
kononnya Azman terbunuh dalam insiden itu sedangkan anggota berkenaan
cuma
cedera di tangan dan kaki.
cedera di tangan dan kaki.
Azman adalah antara tiga anggota polis yang cedera dan menerima rawatan di hospital di sini.
Madun berkata laporan tidak tepat itu telah meresahkan anggota keluarganya.
"Setelah mendengar laporan itu di televisyen, saya bergegas ke hospital
(Lahad Datu) dan apabila tiba di sini saya dapati anak saudara saya ini
dalam
keadaan stabil," katanya.
keadaan stabil," katanya.
-----------------------------------------------------------------
Isteri komando pengsan terima berita suami terbunuh
IPOH - Noraziah Nor, 29, isteri kepada anggota komando Insp Zulkifli
Mamat, 30, tidak dapat menahan sebak dan pengsan sejurus menerima berita
kematian suaminya.
"Nak balik, Azi nak balik, tolong bawa Azi balik, tolonglah sesiapa
hantar Azi balik...," begitulah rintihan Noraziah yang dilihat tidak
berhenti-henti menangis ketika ditemui di kediaman bapa angkat pasangan
itu di Bandar Baru Putra, Bercham di sini.
Noraziah yang merupakan guru di sebuah sekolah di Tanjung Rambutan
terpaksa dipimpin beberapa jiran dan anggota keluarga kerana pengsan
sebelum dihantar ke klinik berhampiran. Pasangan yang menetap di Bandar Baru Putra, Bercham itu mempunyai dua
cahaya mata iaitu Mohammad Akmaluddin, 5, dan Mohammad Akhil, setahun
dan Noraziah kini mengandung anak ketiga.
Zulkifli, adalah antara dua anggota komando yang terkorban dalam
insiden tembakan membabitkan kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan
Filipina di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah hari ini.
Sementara itu, bapa angkat pasangan itu, Sjn Hussain Harun, 53, yang
merupakan jurulatih pusat latihan Pasukan Gerakan Am (PGA), Hulu Kinta
berkata beliau menerima berita itu selepas solat Jumaat sebaik sahaja Noraziah datang ke rumahnya."Saya cukup terkejut apabila mengetahui berita ini dan Aziah terus pengsan sebaik memberitahu kami.
"Saya mengenali arwah pada tahun 2004 semasa dia menyertai Kor
Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Suksis) UUM dan saya merupakan pengajar
untuk pandu arah peta," katanya sambil memberitahu kali terakhir beliau bertemu arwah ialah minggu lepas sebelum bertolak ke Lahad Datu.
Ibu angkat Allahyarham Noor Ainita Mohamad, 49, berkata Allahyarham seorang yang baik hati dan peramah.
"Arwah memang rapat dengan suami saya...sekiranya ada masalah arwah
akan datang rumah dan cerita masalah dia pada kami. Kehilangannya sangat
dirasai,"katanya.
---------------------------------------------------------------------
Jenazah anggota polis komando terkorban tiba di Subang esok
KUALA LUMPUR - Jenazah dua anggota polis komando VAT 69 yang terkorban
dalam insiden tembakan membabitkan kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina di Lahad Datu, Sabah, hari ini, dijadual diterbangkan ke ibu negara pagi esok.
Penerbangan itu pada asalnya dijadual tiba lewat malam ini.Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli
Mohamed Yusoff memberitahu Bernama jenazah dijadual tiba di Pangkalan
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada kira-kira 9 pagi esok.
Anggota yang terkorban dari Kem Ulu Kinta itu ialah Insp Zulkifli Mamat, 29, dan Kpl Sabarudin Daud, 46.
Allahyarham Zulkifli, yang berasal dari Kampung Kubang Ikan, Besut,
Terengganu, meninggalkan seorang balu, Noraziah Noor dan dua anak lelaki
berusia empat dan satu tahun.
Allahyarham Sabarudin yang berasal dari Sungai Besar, Sabak Bernam,
Selangor pula meninggalkan balu, Nurunisa Abu Bakar dan tiga anak -- dua
lelaki dan
seorang perempuan
seorang perempuan
No comments:
Post a Comment