Guandolo mendedahkan, Brennan, 57, memeluk Islam di Arab Saudi dan telah melawat Makkah dan Madinah ketika musim haji bersama pegawai kerajaan Saudi.Perkara itu didedahkan Guandolo ketika temu bual radio US Trento di Washington.
Dua minggu lalu, Al Arabiya News turut melaporkan, Brennam memeluk agama Islam ketika beliau bertugas sebagai ketua CIA di Riyadh antara 1996 hingga 1999 dan membuat amalan yang dilakukan oleh seorang Muslim.Guandolo yang bersara dari FBI sejak 2008 itu mendedahkan perkara berkenaan dengan tujuan untuk menyatakan bahawa Brennan tidak layak mengetuai CIA kerana beliau beragama Islam.
“Brennan tidak layak menjawat jawatan di CIA dan penukaran agama itu sudah pasti melibatkan pengaruh seseorang ketika beliau berkhidmat di Saudi,” katanya.Guandolo yang dikenali sebagai anti-Islam menambah, sekiranya Brennan menerajui CIA maka usaha AS dalam menghapuskan militan Al- Qaeda menjadi sukar kerana faktor pegangan agama masing-masing
.
“Saya harap pelantikan beliau ditentang Senat dan Obama perlu meneliti semula pelantikan tersebut kerana seperti ada agenda tersembunyi dalam pelantikan yang tergesa-gesa itu,” katanya.Brennan pernah menjawat beberapa jawatan penting termasuk Timbalan Penasihat Keselamatan untuk keselamatan domestik dan anti-pengganas selama tiga dekad.Beliau dicalonkan sebagai ketua baru CIA pada 7 Januari lalu oleh Obama bagi menggantikan Jeneral David Petraeus yang bersara susulan skandal dengan penulis biografinya.
Bekas calon Presiden AS, Senator John McCain juga dipercayai tidak akan menyokong pelantikan Brennan sehingga laporan serangan ke atas Konsulat AS di Benghazi, Libya, September lalu diperoleh.“Kami mahukan laporan penuh berhubung kejadian itu. Obama seolah menganggap kesemua kejadian menimpa pegawai AS di luar negara seperti tidak pernah terjadi,” katanya.
Menurutnya, pelantikan ini seperti satu permainan yang memperjudikan keselamatan AS. -
sumber: sinar online
No comments:
Post a Comment