Search This Blog

Sunday, July 11, 2021

Jawapan kenapa Suntikan Vaksin Guna Picagari Kosong ???




Tengok Video lebih Jelas



Tuesday, January 26, 2021

Kisah Lelaki Belanjakan RM1,080 wang i-Sinar (KWSP) Bina bonggol Jalan ..

BESUT – Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di tepi rumahnya di Kampung Padang Luas, Jertih, di sini Isnin lepas, memohon maaf atas perbuatannya.

Nor Muhamad Roslam Harun, 40, mengakui kesilapannya membina bonggol sebanyak itu dalam jarak tidak sampai 40 meter sehingga menyusahkan penduduk untuk keluar masuk ke jalan utama.



“Pagi semalam (Rabu) ada pegawai polis datang jumpa saya. Beliau menasihati saya dengan elok supaya membuang semua bonggol tersebut.

“Jadi semalam juga saya upah sebuah jentolak untuk meratakan semua 13 bonggol termasuk dua bonggol asal yang ada di situ,” katanya kepada Bernama.



Baru-baru ini tular di laman sosial mengenai seorang invididu berkongsi gambar jalan masuk ke rumahnya yang dibina 11 bonggol baharu menggunakan tar dan menyatakan bonggol tersebut dibina oleh jirannya.

Nor Muhamad Roslam berkata, dia membina bonggol tersebut kerana terganggu dengan bunyi kenderaan disebabkan ada segelintir pemandu yang memandu laju di kawasan itu tanpa mengira masa.

“Bilik tidur saya berada di bahagian tepi yang berdekatan dengan jalan itu menyebabkan bunyi bising kereta dan motosikal mengganggu tidur. Saya tertekan sangat dengan masalah ini tambahan pula saya mempunyai masalah kesihatan (gangguan mental) tetapi belum lagi mendapatkan rawatan.

“Sebenarnya saya mahu membina bonggol yang landai sahaja tetapi tar itu cepat mengeras menyebabkan ia menjadi bonggol tinggi sehingga tidak boleh dilalui semua kereta kecuali pacuan empat roda,” katanya sambil memberitahu membelanjakan RM1,080 daripada pengeluaran RM5,000 wang i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membina bonggol-bonggol tersebut

– Bernama

https://kedahdaily.wordpress.com/2021/01/14/kisah-lelaki-belanjakan-rm1080-wang-i-sinar-kwsp-bina-bonggol-jalan/

Sila Lawat Page services Untuk Melihat Promosi Terbaru Daripada Syarikat Kami

Monday, May 9, 2016

Semburan MSG Meningkatkan Hasil Tanaman


Semburan MSG Meningkatkan Hasil Tanaman

Asid glutamik bebas terdapat banyak dalam aditif makanan. Bahasa terkenalnya adalah MSG (monosodium glutamate). MSG dikatakan sebagai salah satu penyedap rasa yang kelima.

Tapi di sini bukanlah saya nak bercerita tentang kesedapan perasa MSG. Masih tertakluk kepada cerita tanaman.

Hal ini berkaitan penggunaan MSG sebagai salah satu penggalak tanaman. Penggalak tanaman berfungsi memberi ‘booster‘ kesuburan pokok selepas baja.

Cuma ada satu isu berkenaan MSG yang berlegar di ruang Internet yang perlu kita ketahui.

Penggalak Tanaman – AuxiGro

Pada tahun 1998, sebuah syarikat Amerika telah mengeluarkan sebuah produk pertanian berasaskan MSG (monosodium glutamate) sebagai bahan utama. Produk itu dinamakanAuxiGro dan dilabelkan sebagai ‘plant booster’ (penggalak tanaman). Tumbuhan yang disembur AuxiGro akan membesar dua hingga lima kali ganda berbanding tumbuhan yang tidak disembur AuxiGro .

MSG dalam AuxiGro menjadikan tumbuhan yang disembur signal palsu yang ia dalam keadaan ‘stres’. Tumbuhan bertindak balas dengan menyerap dan mengeluarkan nutrien tambahan di dalam tanah. Kesannya ia mengeluarkan pucuk baru, dan saiz batang, daun dan buahnya menjadi berganda besar.
Jenama Alternatif – Ajinomoto

Walaupun kita tidak dapat membeli AuxiGro, kita boleh menggunakan jenama alternatif iaitu Ajinomoto. Ajinomoto memang terkenal di kalangan rakyat Malaysia sebagai bahan kaya dengan MSG sebagai penyedap rasa.

Bagaimanakah menggunakan MSG untuk tanaman kita?

Terdapat dua kaedah.

Kaedah pertama, setiap pasu pokok dibubuh satu sudu teh Ajinomoto. Tabur sahaja di atas tanah. Kemudian disiram. MSG akan diserap oleh akar.

Kaedah kedua, satu sudu makan dicampurkan dengan 5 L air. Gaul dan kemudian sembur serta siram pada tanaman.

Kesannya biasa dapat dilihat seminggu selepas penyiraman atau semburan dibuat. Pucuk baru akan mula muncul. Pokok yang tak pernah berbunga akan mula berbunga. Pokok yang hidup segan mati pun segan, pun akan mula menampakkan kecerahan hidupnya.



Eksperimen semburan MSG pada anak pokok delima.
Gambar kiri – anak pokok disembur MSG. Gambar kanan – anak pokok tidak disembur MSG.

Ah, bukankah itu memang bagus? Walaupun kita tak makan MSG, sekurangnya ia dapat membantu kita di kebun.

Kesan Buruk MSG Pada Manusia

Namun begitu, MSG seperti makanan tetap ada isu apabila disembur pada tumbuhan. Jika ditelusuri isu ini, banyak telah dibahaskan di dunia Amerika. Isu ini dibangkitkan oleh kempen ‘Truth In Labelling’.

Persoalannya, apakah salah guna asid glumatik pada tumbuhan? Bukankah asid glutamik ini sejenis asid amino yang juga boleh dijumpai dalam protein? Ini antara jawapan yang dijumpai di website Truth In Labelling.

1. Dalam protein, asid amino berada dalam keadaan seimbang. Apabila disembur asid glutamik bebas menyebabkan ketidakseimbangan asid amino dalam tanaman.

2. Yang disembur bukanlah asid glutamik yang dijumpai di dalam protein tetapi produk sintetik (buatan). Selain daripada ‘asid glutamik bebas’ atau ‘asid glutamik-L’ terdapat juga asid glutamik-D, asid pairoglutamik, dan pelbagai bahan kimia lain dilabelkan sebagai ‘pencemar’ oleh industri. Penghasilan asid glutamik bebas di dalam MSG melalui proses kilang yang banyak. Ini berbeza dangan asid glutamik bebas yang dijumpai secara semula jadi di dalam protein yang tiada langsung kandungan tercemar.

3. Sehingga sekarang tiada siapa tahu kesan panjang penyemburan asid glutamik bebas pada tanaman.
4. Penyerapan MSG oleh tumbuhan tak dapat disangkal lagi. Jika tidak masakan tumbuhan boleh membesar dua tiga kali ganda selepas disembur MSG.

5. Sisa lebihan semburan MSG pada tumbuhan tidak dikaji. Kita tidak tahu berapa banyak MSG yang masih kekal pada tanaman selepas disembur. Didapati hanya sedikit MSG dalam masakan sahaja sudah memberi kesan, inikan pula tumbuhan?

6. Asid glutamik bebas diketahui beracun pada sistem saraf. Namun tiada kajian bebas terhadap hawain berkaitan kesan memakan tanaman yang disembur MSG.

Oleh itu, lebih baik kita mengambil langkah selamat. Saya sarankan pekebun bandar untuk tidak menyembur atau menyiram air bancuhan ajinomoto pada tumbuhan yang kita makan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Hanya sembur pada tanaman hiasan seperti bunga ros, adenium, ros jepun, bunga kertas dan lain-lain.

Sumber posting asal : kebun bandar

Sila Lawat Page services Untuk Melihat Promosi Terbaru Daripada Syarikat Kami

Friday, May 22, 2015

Sedikit Info berkenaan Humood Alkhudher penyanyi lagu Kun Anta..






sumber :https://www.facebook.com/HumoodAlkhudher/notes
My name is Humood Alkhudher. I was born in Kuwait in 1989. I was blessed with an educated, wise, and friendly father and a lovely mother. My father is a professor in psychology. He received his PhD degree from Great Britain, which is where I spent most of my childhood. My mother is an educated, friendly, creative person. I always love being around her and listening to her touching advice. She always pushes me ahead to achieve my goals and is a great influence and support throughout my life.
I’ve always given great attention to beauty and Art. I feel that I’m addicted to anything beautiful in this world. That’s why when I look at my best interest; music comes first. I’ve always believed that every person in this world is powerful. Smart people are those who implement all their potentials in something beneficial.

I feel that Allah has blessed me with a beautiful voice and great talent. I have tried my best since I was ten-years-old to improve my skills and contribute something useful to this world. I was blessed with an uncle who was already a well-known artist. I followed him into the studios and watched every step he made. I watched the way he wrote the lyrics, set up the rhythm, assembled the vocals, and performed on stage. I learned from his experience, which resulted in the reduction of the steps to my success. Afterwards, I had several offers from other artists to join them in their albums. I did not miss any opportunity and gave my ultimate effort to sing my best. My first auditions were very successful -Alhamdulillah; and the positive reaction of the audience was and will always be the inspiration to improve, to contribute more and more songs.

“What’s your goal in entering this field?” A random question I’ve always been asked. Most people think that artists are only seeking recognition or fame, but why circulate this theory onto all artists! I would lie if I said that fame was never in my mind, but it was never a primary goal for me. I believe that the greater the fame that you earn in this life, the greater the responsibility that comes with it. I believe that it’s my duty to express and defend my religion, country, and society. I believe that Allah will ask me on the Day of Judgment how I used the tools he has provided me with; and I'm working hard to be able to provide an honorable answer for that day. That’s why I spread the words of peace, love, morality, and Islamic spirituality in all my songs and performances. 
Sila Lawat Page services Untuk Melihat Promosi Terbaru Daripada Syarikat Kami

Perbandingan Kelajuan Internet antara negara2 di Asia.



Sila Lawat Page services Untuk Melihat Promosi Terbaru Daripada Syarikat Kami

Thursday, May 21, 2015

Humood AlKhudher - Kun Anta | حمود الخضر - كن أنت




Artist : Humood AlKhudher - Kun Anta (Be Yourself).
From the new album Aseer Ahsan |
Produced by © Awakening Records 2015


Arabic

  لأجاريهم، قلدت ظاهر ما فيهم
فبدوتُ شخصاً آخر، كي أتفاخر

و ظننتُ أنا، أنّي بذلك حُزْت غنى
فوجدتُ أنّي خاسر، فتلك مظاهر

لا لا
لا نحتاج المال
كي نزداد جمالا
جوهرنا هنا
في القلب تلالا

لا لا
نرضي الناس بما لا
نرضاه لنا حالا
ذاك جمالنا
يسمو يتعالى

Oh wo oh... Oh wo oooh...Oh wo oh... Oh wo oooh...Oh wo oh... Oh wo oooh...
كن أنت تزدد جمالاً

Oh wo oh... Oh wo oooh...Oh wo oh... Oh wo oooh...Oh wo oh... Oh wo oooh...
كن أنت تزدد جمالاً

لا لا لا لا لا لا لا لا
أتقبّلهم، الناس لست أقلّدهم
إلا بما يرضيني، كي أرضيني


سأكون أنا، مثلي تماما هذا أنا
فقناعتي تكفيني، ذاك يقيني

لا لا
لا نحتاج المال
كي نزداد جمالا
جوهرنا هنا
في القلب تلالا

لا لا
نرضي الناس بما لا
نرضاه لنا حالا،
ذاك جمالنا
يسمو يتعالى

Oh wo oh... Oh wo oooh...Oh wo oh... Oh wo oooh...Oh wo oh... Oh wo oooh...
كن أنت تزدد جمالاً

Oh wo oh... Oh wo oooh...Oh wo oh... Oh wo oooh...Oh wo oh... Oh wo oooh...

سأكون أنا، من أرضى أنا، لن أسعى لا لرضاهم
وأكون أنا، ما أهوى أنا، مالي وما لرضاهم

سأكون أنا، من أرضى أنا، لن أسعى لا لرضاهم
وأكون أنا، ما أهوى أنا، لن أرضى أنا برضاهم

لا لا
لا نحتاج المال
كي نزداد جمالا
جوهرنا هنا
في القلب تلالا

لا لا
نرضي الناس بما لا
نرضاه لنا حالا
ذاك جمالنا
يسمو يتعالى

Oh wo oh... Oh wo oooh...Oh wo oh... Oh wo oooh...Oh wo oh... Oh wo oooh...
كن أنت تزدد جمالاً

Oh wo oh... Oh wo oooh...Oh wo oh... Oh wo oooh...Oh wo oh... Oh wo oooh...
كن أنت تزدد جمالاً


Rumi Translation

Liujarihim, qoldat tu zohiru ma fihim
Pabadautu shakhson a-khar, kai atafa-khar

Wa zonan tu ana, anni bizalika huztu ghina
Fawajad tu anni kha-sir, fatilka mazohir

La la
La nahtajul ma la
Kai nazdada jama la
Jauharna huna
Fi qalbi talala

La la
Nurdhin nasi bima la
Nardhohu la na ha la
Za ka jamaluna
Yasmu yataa’la

Oh wo oh... Oh wo oooh...Oh wo oh... Oh wo oooh...Oh wo oh... Oh wo oooh...
Kun anta tazdada jamala

Oh wo oh... Oh wo oooh...Oh wo oh... Oh wo oooh...Oh wo oh... Oh wo oooh...
Kun anta tazdada jamala

La la la la la la la la
Attaqabbalhum, anna-su lastu qalliduhum
Illa bima yurdhi-ni, kai urdhi ni

Sa akunu ana, mithli tamaman hazana
Fakona a’ti takfini, za ka yaqi ni

La la
La nahtajul ma la
Kai nazdada jama la
Jauharna huna
Fi qalbi talala

La la
Nurdhin nasi bima-la
Nardhohu la na ha-la
Za-ka jamaluna
Yasmu yataa’la

Oh wo oh... Oh wo oooh...Oh wo oh... Oh wo oooh...Oh wo oh... Oh wo oooh...
Kun anta tazdada jamala

Oh wo oh... Oh wo oooh...Oh wo oh... Oh wo oooh...Oh wo oh... Oh wo oooh...

Saakunu ana, man ardho ana, lan asa’ la liridhohum
Waakunu ana, ma ahwa ana, ma-li wama liridhohum

Saakunu ana, man ardho ana, lan asa’ la liridhohum
Waakunu ana, ma ahwa ana, lan ardho ana biridhohum

La la
La nahtajul ma la
Kai nazdada jama la
Jauharna huna
Fi qalbi talala

La la
Nurdhin nasi bima-la
Nardhohu la na ha-la
Za-ka jamaluna
Yasmu yataa’la

Oh wo oh... Oh wo oooh...Oh wo oh... Oh wo oooh...Oh wo oh... Oh wo oooh...
Kun anta tazdada jamala


Oh wo oh... Oh wo oooh...Oh wo oh... Oh wo oooh...Oh wo oh... Oh wo oooh...
Kun anta tazdada jamala


 


English Translation

In order to keep up with them
I imitated their looks and exterior

So I became someone else just to boast
And I thought that through that I gained a fortune

But I found that I'd lost, for these are mere appearances

No no
We don't need wealth in order to increase in beauty
Our essence is here, in our hearts it shines

No no
We will not seek to please others with that which we deem unbefitting for ourselves
That is our beauty, rising and ascending above

Oh wo oh... Oh wo oooh...Oh wo oh... Oh wo oooh...wo oh... Oh wo oooh...

Be yourself and you will increase in beauty

Oh wo oh... Oh wo oooh...Oh wo oh... Oh wo oooh...Oh wo oh... Oh wo oooh...

Be yourself and you will increase in beauty

La la la la la la la la
I accept people but I don't imitate them
Except for what I agree with, to satify myself

I will just be myself, just the way I am, this is me
My conviction suffices, this is my certainty

No no
We don't need wealth in order to increase in beauty
Our essence is here, in our hearts it shines

No no
We will not seek to please others with that which we deem unbefitting for ourselves
That is our beauty, rising and ascending above

Oh wo oh... Oh wo oooh...Oh wo oh... Oh wo oooh...Oh wo oh... Oh wo oooh...

Be yourself and you will increase in beauty

Oh wo oh... Oh wo oooh...Oh wo oh... Oh wo oooh...Oh wo oh... Oh wo oooh...

I'll be what I please to be
I won't seek their acceptance
I'll be whom I love to be
Why would I care about their acceptance

I'll be what I please to be
I won't seek their acceptance
I'll be whom I love to be
Why would I care about their acceptance

No no
We don't need wealth in order to increase in beauty
Our essence is here, in our hearts it shines

No no
We will not seek to please others with that which we deem unbefitting for ourselves
That is our beauty, rising and ascending above

Oh wo oh... Oh wo oooh...Oh wo oh... Oh wo oooh...Oh wo oh... Oh wo oooh...

Be yourself and you will increase in beauty

Oh wo oh... Oh wo oooh...Oh wo oh... Oh wo oooh...Oh wo oh... Oh wo oooh...

Be yourself and you will increase in beauty

Malay Translation

Ketika bersama mereka
Aku meniru rupa dan apa yang dizahirkan mereka
Jadi aku menjadi seorang yang berbeza
Hanya untuk berbangga

Dan aku sangka jika aku lakukan seperti itu
Aku akan dapat kelebihan
Tetapi apa yang aku perolehi hanyalah kerugian
Kerana ia adalah luaran semata-mata

Tidak... tidak...
Kita tidak memerlukan harta untuk menambahkan kecantikan
Kecantikan dalaman (jauhari) ada di sini di dalam hati ia bersinar

Tidak... tidak...
Kita tidak perlu memandang pandangan orang lain untuk apa yang kita tidak ada
Itulah kecantikan kita semakin bertambah hingga ke atas

Oh wo oh... Oh wo oooh...Oh wo oh... Oh wo oooh...Oh wo oh... Oh wo oooh...
Jadilah dirimu sendiri pasti akan bertambah kecantikan yang sedia ada

Oh wo oh... Oh wo oooh...Oh wo oh... Oh wo oooh...Oh wo oh... Oh wo oooh...
Jadilah dirimu sendiri pasti akan bertambah kecantikan yang sedia ada

Sungguhpun aku menerima mereka tetapi tidak pula aku meniru perwatakan mereka Melainkan apa yang aku terima itu aku redha
Aku ingin menjadi diriku sendiri seperti diriku sendiri
Inilah aku
Kepuasanku mencukupi untuk diriku
Inilah keyakinanku

Tidak... tidak...
Kita tidak memerlukan harta untuk menambahkan kecantikan
Kecantikan dalaman (jauhari) ada di sini di dalam hati ia bersinar

Tidak... tidak...
Kita tidak perlu memandang pandangan orang lain untuk apa yang kita tidak ada
Itulah kecantikan kita semakin bertambah hingga ke atas

Oh wo oh... Oh wo oooh...Oh wo oh... Oh wo oooh...Oh wo oh... Oh wo oooh...
Jadilah dirimu sendiri pasti akan bertambah kecantikan yang sedia ada 

Oh wo oh... Oh wo oooh...Oh wo oh... Oh wo oooh...Oh wo oh... Oh wo oooh...

Aku akan mengikut kemampuan diriku 
Aku tidak perlukan orang lain menerimaku
Aku akan jadi apa yang aku cintai
Kenapa aku perlu peduli tentang penerimaan mereka terhadapku?

Aku akan mengikut kemampuan diriku 
Aku tidak perlukan orang lain menerimaku
Aku akan jadi apa yang aku cintai
Kenapa aku perlu peduli tentang penerimaan mereka terhadapku?

Tidak... tidak...
Kita tidak memerlukan harta untuk menambahkan kecantikan
Kecantikan dalaman (jauhari) ada di sini di dalam hati ia bersinar

Tidak... tidak...
Kita tidak perlu memandang pandangan orang lain untuk apa yang kita tidak ada
Itulah kecantikan kita semakin bertambah hingga ke atas

Oh wo oh... Oh wo oooh...Oh wo oh... Oh wo oooh...Oh wo oh... Oh wo oooh...

Jadilah dirimu sendiri pasti akan bertambah kecantikan yang sedia ada

Oh wo oh... Oh wo oooh...Oh wo oh... Oh wo oooh...Oh wo oh... Oh wo oooh...

Jadilah dirimu sendiri pasti akan bertambah kecantikan yang sedia ada



Saturday, May 16, 2015

Tanam Sayuran Dalam Batang Pisang ???




OK...ni cara2 nya nak tanam sayur dalam batang pisang..

Kegunaan batang pisang untuk tanam sayur sendiri. Kandungan dalam batang pisang yang berair menjadikan ia sesuai untuk tanam sayur organik. Pokok pisang sudah berbuah dan dituai? Selalunya pokok akan ditebang kerana tidak elok biarkan pokok pisang berbuah dua kali.
Tetapi tunggu kejap! Jangan buang batangnya lagi. Gunakan untuk bercucuk tanam sayur. Tebuk beberapa lubang pada batang pokok pisang. Isikan kompos dan kemudian semai biji benih sayur seperti kangkung, sawi, salad (lettuce), dan pelbagai lagi.
Batang pisang ini dapat membekalkan air semulajadi kepada tanaman sayur yang tumbuh di atasnya
.
 
 
Antara kaedah tebuk lubang pada batang pisang:

1. Boleh guna tin sardin kosong saiz besar atau mana-mana tin keras.
2. Buang penutup dan gerigi hujungnya dengan pisau agar ia menjadi tajam.
3. Kemudian tekap pada batang pisang sehingga ia membenam masuk.
4. Seterusnya ambil pisau dan cungkil bulatan yang terbentuk.
5. Kemudian masukkan kompos atau tanah atas sebagai medium.
6. Semai biji benih.
7. Dalam masa 1-2 bulan, tanaman boleh dituai dan batang pisang sudah reput dan boleh dibuat kompos.

sumber Ammar Zahraa Nursery

Sila Lawat Page services Untuk Melihat Promosi Terbaru Daripada Syarikat Kami

Khasiat Pokok Ajaib/ Buah Ajaib/Synsepalum dulcificum


Pokok Ajaib/ Buah Ajaib/Synsepalum dulcificum

Anak pokok tinggi 1 kaki >>>>RM 12 hanya di Ammar Zahraa Nursery



(Nama Botani :Synsepalum dulcificum

◊ Famili : Sapotaceae
◊ Negara asal : Ghana, Afrika
◊ Keperluan air : Banyak
◊ Tahap pH : 4.5 hingga 5.8
◊ Ketinggian pokok : 10 hingga 15 kaki
◊ Bunga : Warna putih
◊ Buah : Berwarna merah dan sebesar buah kopi. Sekira dimakan, semua makanan masam yang dimakan selepas itu akan berasa manis.Pokok berbuah selepas 2 hingga 3 tahun
◊ Bahan aktif (Dari buah) 
i. Glycoprotein
ii. Miraculin (Taste altering chemical)

Pokok Ajaib – Apa Ajaibnya?.



 
Tumbuhan ini mempunyai 5 spesies yang berbeza dari segi bentuk daunnya. Pokok ajaib atau disebut juga pokok 1000 manis dan pelbagai nama dalam bahasa Inggeris seperti miracle fruit, miracle berry, magic berry atau miraculous berry. Pokok ini merupakan sejenis pokok yang mengeluarkan buah berbentuk beri yang bertindak meneutralkan sebarang kesan asid. Buahnya berasa tawar namun selepas memakan buah ajaib ini, setiap benda yang dimakan akan berasa manis.
Sebagai contoh, apabila memakan buah dari pokok ajaib ini, kemudian minum air kosong, air kosong akan dirasa manis atau jika memakan buah mangga masam, rasa masamnya akan bertukar rasa manis.
Keadaan ini berlaku disebabkan oleh kandungan sejenis protein yang terdapat pada buahnya yang dipanggil miraculin yang berkesan sebagai sumber yang memberikan rasa manis secara semula jadi. Pokok ajaib yang dikatakan berasal dari Afrika Barat dan bagi masyarakat di kawasan beriklim tropika ini kerap menggunakan buah dari pokok ajaib ini untuk membaiki rasa makanan yang telah rosak atau basi.
 
Pokok ajaib atau nama saintifiknya Synsepalum dulcificum dari keluarga Sapotaceae ini adalah tumbuhan renek rimbun dan boleh ditanam dalam pasu besar atau di atas tanah dan boleh mencapai ketinggian diantara 2 – 5 meter. Mula berbuah selepas 3 – 4 tahun ditanam dan mengeluarkan buah sepanjang tahun. Bunganya kecil berwarna putih. buahnya yang berbentuk beri berwarna hijau ketika muda dan akan berubah menjadi merah terang apabila matang.

Terdapat lapisan yang menyaluti biji yang hanya sebiji. Walaupun buahnya tidak mempunyai rasa manis, tetapi akan menghilangkan semua rasa masam pada benda yang dimakan dan menggantikannya dengan rasa manis.Kesan ini akan dirasakan selama sejam atau lebih.
Pokok ajaib hidup subur di tanah yang agak berasid pada pH antara 3.5 hingga 5.8 dan memerlukan air yang mencukupi tetapi tidak berlebihan. Dibiakkan melalui biji atau keratan batang.
Selain dari menukar rasa masam pada makanan lain kepada manis, buah ajaib ini dikatakan juga mampu mengawal penyakit kencing manis, darah tinggi dan mengurangkan kolestrol. Ianya juga mampu menahan kesakitan luka pada usus, kerana buahnya mampu menukar rembesan asid dari perut yang luka kepada alkali.

Daun pokok ajaib juga boleh menyembuhkan sakit gigi dengan mengunyahnya, selain dari itu amalan meminum air rebusan dari daunnya setiap hari baik untuk mereka yang menghidapi penyakit kencing manis dan darah tinggi. Dikatakan juga mampu mengurangkan bisa gigitan serangga dan penyakit gatal kulit dan juga mamapu mengurangkan resdung, jerawat dan jeragat.



Antara Khasiat Pokok Ajaib

>>>Pucuk muda berwarna merah tua digunakan utk sakit gigi (rasa kebas).

>>>Daun tua dan akarnya diracik dan dijemur kering digunakan sebagai teh bagi membantu mengubati penyakit Kencing Manis dan Darah Tinggi. Keistimewaan buahnya ialah bila seseorang memakan buahnya yang masak (buah sebesar buah Kemunting, merah) dan memakan pula buah limau kasturi, mempelam muda, jambu air atau apa saja buah yang bersifat masam, rasanya akan manis.

>>>Bijinya pula boleh dijadikan campuran kopi bagi digunakan untuk meningkatkan Tenaga Batin
.
>>>Daun tuanya juga boleh digunakan sebagai ubat sapu untuk melegakan sakit urat, lenguh-lenguh dan sakit sendi dengan mencampurkan bersama Menthol dan minyak kayu putih.
Kini pokok ini telah menjadi sebahagian daripada pokok hiasan laman atau lanscape kerana ia sesuai dijadikan bonsai. Tumbuhan ini banyak terdapat di Kelantan dan buahnya yang masak menjadi kesukaan kanak-kanak. Daun dan buahnya boleh dijadikan gula-gula herba jika dicampurkan bersama gandum, jelly, perasa contohnya cengkih atau pudina, pewarna makanan dan sebagainya.
“Spesis pokok ajaib ini memang banyak. Pokok ajaib sememangnya mempunyai nilai yang tinggi dalam perubatan apabila dapat menyembuhkan beberapa penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, gout, asid dalam badan, gastrik, sembelit, sakit gigi, merawat jantung dan kanser.
Khasiat pada buah menandingi khasiat dalam daun. Ini kerana, apabila dimakan buahnya boleh menawarkan cuka dan mengurangkan rasa masam pada limau yang paling masam..Pokok ajaib itu hanya sesuai bagi individu yang betul-betul menghidap penyakit di mana khasiat yang ada pada pokok berkenaan akan bertindak terhadap penyakit, seterusnya akan dapat dirasai sama ada berkesan atau tidak dalam beberapa jam kemudian..Daun pokok tersebut tidak hanya direbus untuk mendapatkan airnya, malah daunnya boleh dimakan begitu sahaja.Lebih baik daun ini diamalkan segar dari diproses untuk dijadikan pil yang tentunya telah kehilangan banyak khasiatnya.


Sila Lawat Page services Untuk Melihat Promosi Terbaru Daripada Syarikat Kami

Thursday, August 21, 2014

TIPS: 6 perkara yang boleh anda lakukan dengan telefon pintar lama.


 
 
1.E-Book
 
Jika anda mempunyai tablet lama atau phablet sudah tidak digunakan, salah satu daripada banyak perkara yang boleh anda lakukan adalah untuk mengubahnya menjadi sebuah E-Book atau tablet membaca.
Beberapa aplikasi yang menawarkan bahan bacaan menarik termasuk Play Google Books, Flipboard dan Zinio.
 
 
 
 
 
 2. Modem Hotspot

Adakah anda mempunyai SIM tambahan dengan langganan data? Gunakan peranti anda sebagai modem mudah alih untuk berkongsi akses internet bersama-sama dengan peranti lain.
 
 
  
3. CCTV

Telefon pintar Android hari ini dilengkapi dengan fungsi kamera yang sangat berguna. Tukarkan peranti Android anda
kepada sistem  CCTV cloud-based.

Untuk melakukannya anda boleh gunakan applikasi yang sangat mudah di kendali seperti
IP Webcam. Setelah anda selesai tetapkan applikasi tersebut untuk peranti anda dan dengan menggunakan pelayar web pada komputer anda untuk mengaktifkan webcam bagi melihat hasilnya .
 


4. GPS

Terdapat beberapa aplikasi peta dalam Android yang boleh dimuat turun dan digunakan di luar talian. Ini adalah sangat bagus kerana anda boleh menggunakan telefon pintar lama anda seperti GPS semasa memandu. Anda tidak perlu bimbang tentang hayat bateri kerana pengecas handfon kereta sentiasa ada untuk anda gunakan.
 
 
 
 
 5. Jam Meja Digital

Tidak pasti apa yang perlu dilakukan dengan telefon lama anda? Letakkanya di atas "stand" dan biarkan antara muka yang memaparkan masa dan jadilah ia sebuah jam meja yang cantik.
 
 
 
 
6. Jual  
Apakah cara yang lebih baik untuk membuat wang saku tambahan daripada menjual perkara yang anda tidak perlu? Tetapi petuanya janganlah menjualnya pada harga yang tinggi.
Laman web popular seperti Mudah.com.my merupakan platform yang baik untuk anda mengiklankan dan menjual barangan terpakai. Ada juga laman Facebook seperti ‘Handphone Lelong dan lain-lain lagi. Walaupun mudah untuk mendapat pembeli TETAPI dengan amaran : Jangan menipu dan jangan tertipu
 
 
 
Sila Lawat Page services Untuk Melihat Promosi Terbaru Daripada Syarikat Kami

Saturday, August 9, 2014

PETUA 17: Khasiat tidak mementingkan diri sendiri.


BELON
Sekumpulan 100 orang dewasa mendaftarkan diri ke seminar 'Senyumlah' bersama Ustaz Rahim.
 
Sebelum menamatkan kuliah, Ustaz Rahim memberikan seorang setiap belon dan meminta para peserta untuk menulis nama mereka di atas belon.
 
 
Belon yang ditiup besarkan dan diberikan kepada Ustaz Rahim.
 
Ustaz Rahim melepaskan 100 belon tersebut ke dalam sebuah bilik.
 
100 peserta ini disuruh mencari belon yang tertulis nama mereka secara serentak dalam masa 5 minit tanpa memecahkan sebarang belon.
 
5 orang pertama akan mendapat hadiah.
 
Keadaan di dalam bilik terus menjadi kelam kabut.
 
Para peserta berebut2, menolak antara satu sama lain untuk mencari belon masing-masing.
 
Suasana cukup melemaskan.
 
5 minit berakhir, tiada seorang pun dapat mencari belon mereka.
 
Ustaz Rahim tersenyum dan meminta para peserta untuk mengambil satu belon seorang dan memberikan kepada pemiliknya berdasarkan nama di atas belon.
 
Dalam masa 3 minit sahaja, semua mendapat kembali belon masing-masing.
 
Ustaz Rahim tersenyum lagi.
 
Wahai anakku.. Inilah yang berlaku di dalam kehidupan manusia.
 
Semua orang sibuk mencari kegembiraan sendiri, tapi tidak tahu di mana dan bagaimana.
 
Walhal, wahai anak kesayanganku, kegembiraan kamu bersangkut paut dengan kegembiraan orang lain.
 
Buat orang lain gembira, kamu akan mendapat kegembiraan.
 
Seperti kisah di atas, jika para peserta tidak pentingkan diri sendiri kerana tamakkan hadiah, mereka akan terfikir untuk mencari belon untuk orang lain dan bukan diri sendiri.
 
Akhirnya belon milik sendiri akan datang daripada orang lain.
 
Jika semua berebut, suasana akan menjadi kelam-kabut dan akhirnya semua orang rugi.
Gembirakah org sekeliling kita bersama diri kita? Musahabah untuk diri...
 
Sila Lawat Page services Untuk Melihat Promosi Terbaru Daripada Syarikat Kami

Bahan-bahan ramuan roti yang bahaya untuk kesihatan


Roti sememangnya sudah menjadi makanan harian ketika bersarapan ataupun pada waktu malam bagi anda yang berdiet. Namun tahukah anda bahawa terdapat beberapa jenis roti yang boleh menjejaskan kesihatan anda?



Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda mengenai bahan-bahan yang terdapat dalam roti dibawah yang perlu anda elakkan dari membeli yang dipetik dari majalah Wanita.
 
L-eysteine
Sejenis zat penghalus yang ditambah pada roti bagi mempercepatkan proses pembuatan. Walaupun zat ini dihasilkan di makmal, namun bahan ini diperoleh daripada sumber semula jadi. Bunyi tidak membimbangkan kerana bahan semula jadi tetapi semula jadi yang dimaksudkan ialah rambut manusia, bulu ayam, tanduk lembu dan macam-macam lagi.

Potassium Bromate
Zat ini digunakan untuk memendekkan roti selain mempercepatkan adunan menjadi keras. Kebanyakan syarikat pengilang roti cukup menggemari bahan ini kerana banyak kos dapat dijimatkan. Tetapi, apabila dilihat dari aspek kesihatan, nyata penggunaanya cukup membahayakan. Hal ini kerana zat ini boleh menyebabkan penyakit kanser ginjal dan tiroid! Beberapa negara seperti Brazil, Eropah, Peru, Korea Selatan dan China, Potassium Bromate ini sudah diharamkan penggunaannya lantaran bahan ini mejadi molekul kepada pembentukan kanser yang sangat menakutkan!

Bijirin yang diproses
Meskipun dicampurkan ke dalam roti tetapi bijirin ini langsung tidak memberi apa-apa kebaikan sekalipun, Bijirin ini kemudiannya dipecahkan menjadi gula pada kadar yang sangat cepat sehingga menyebabkan paras darah naik mendadak. Keadaan ini berkait rapat dengan penyakit tekanan darah tinggi, penyekatan insulin serta meningkatkan risiko serangan jantung sebanyak 30 peratus. Sebab itulah jangan sekali-sekali biarkan diri tertipu dengan kandungan bahan-bahan yang digunakan sekalipun dikatakan berasal dari bijirin yang kaya nutrisi.

Azodicarbonamide
Digunakan untuk melembutkan tekstur roti malah di Amerika Syarikat sendiri, kebanyakan roti burgernya dihasilkan menggunakan bahan tersebut. Di Singapura, penggunaan bahan ini telah dilarang kerana banyak kajian yang dijalankan mendapati zat ini membawa bahaya kepada sistem pernafasan, asma serta masalah alergi kepada sesetengah manusia.

Fruktosa
Dikenali juga sebagai sirap jagung yang mana fungsinya adalah untuk mengembang dan memberi warna keperang-perangan pada roti. Kebanyakan pengilang gemar menggunakan gula ini lantaran harganya yang murah dan menguntungkan. Tetapi, kesan kepada kesihatan manusia pula adalah seperti masalah obesiti selain tekanan darah tinggi, sindrom metabolisme, penyakit hati dan lain-lain lagi.
 
Anda diingatkan memeriksa label ataupun membuat pertanyaan berkenaan bahan2 yang digunakan dalam pembuatan roti sebelum membeli produk roti. 

 
 
Sila Lawat Page services Untuk Melihat Promosi Terbaru Daripada Syarikat Kami

Thursday, July 3, 2014

Resepi Air Buah Mocktail (Koktel) Berkastard yang sedap dan ringkas



Selamat Menyambut Ramadhan dan selamat menunaikan ibadah puasa...Sedar tak sedar dah masuk hari kelima umat Islam di Malaysia berpuasa...syukur alhamdullilah kita dipertemukan dengan Ramadhan buat sekian kalinya... diharapkan semua dapat manfaatkan bulan seribu berkat ni dengan perkara2 yang mendatangkan faedah sesama kita. ok...

Hari ni aku nak kongsikan satu resepi mudah iaitu Resepi Air Buah mocktail (koktel) yang sedap dan ringkas malah sangat mudah nak disediakan... resepi ni aku dapat kat internet setelah wife minta tolong google resepinya..dia nak buat mocktail ni untuk berbuka petang ni..... nampak mudah dan sedap... bagus untuk buat berbuka.... minum mocktal ni segar...rasanya...apatah lagi sewaktu berbuka.... ok...
sebelum tu... hasil pembacaan juga ..depa kata tak boleh guna perkataan koktel kerana..perkataan koktel tu dalam istilah industri hospitaliti bermaksud minuman yang ada campuran wine.... jadi perkataan sebenar adalah mocktail iaitu air buah yang tidak di campur wine..ok...clear ye...
berikut aku persembahkan resepi nya yang sedap, segar dan ringkas



Resepi Air Buah Mocktail Berkastard 
1 tin buah-buahan campuran (fruit cocktail)
1 tin susu cair
2 tin air (guna tin susu cair untuk mengukur jumlah air yang tepat)
3 sudu besar tepung kastard (sebelum tu bancuh dengan sedikit air)
1 cawan gula
Agar-agar laici (dipotong dadu kecil) ataupun boleh juga guna nata de coco (ikut citarasa)
Air batu kiub (ikut citarasa juga)

*Untuk menambah seri mocktail anda boleh tambah 1 sudu kecil perasa yang anda suka wife guna esen vanila bagi rasa dan bau wangi

dah siap bahan-bahanya...ok...berikut adalah cara penyediannya...
 1. Campurkan bahan2 seperti air, susu, kastard dan gula kemudiannya masak bahan2 tersebut sehingga mendidih. Kacau perlahan-lahan sehingga mendidih supaya kastard tidak melekat pada dasar periuk. **jika ingin air kastard nampak menarik lagi, boleh masukkan sedikit pewarna kuning.

2. Apabila semua bahan sudah sebati, tutup api dan masukkan dalam peti sejuk bagi menyejukkanya.

3. Apabila dah betul-betul sejuk, masukkan pula agar-agar laici dan buah-buahan koktail ke dalam adunan kastard.

4. Masukkan ketulan ais secukupnya dan siap untuk dihidangkan.


Selamat mencuba Resepi Air Buah Berkoktail Kastard Mudah dan Sedap!



Sila Lawat Page services Untuk Melihat Promosi Terbaru Daripada Syarikat Kami

Monday, June 16, 2014

Rebung Madu - Rebung dan Pokok Buluh


Tanaman rebung madu di Ammar Zahraa Nursery.
Dapatkan rebung yang siap diproses di premis kami.
Tempahan 0192566614
Rebung yang sudah siap dipotong. Kemudianya akan direbus dan dibungkus
Buluh madu atau nama saintifiknya "Gigantochloa albociliata", merupakan sejenis pokok Buluh. Buluhnya sesuai dijadikan produk kraftangan, perabot, batang pengepit makanan, pencungkil gigi, atau pencucuk makanan. Ia juga boleh dijadikan sebagai pokok hiasan, tetapi hasil buluh madu yang paling penting adalah penghasilan rebung madu yang enak.

Permintaan terhadap rebung madu dikalangan masyarakat Melayu juga amat menggalakkan kerana ia adalah makanan kesukaan ramai terutamanya dalam masakan tradisional Melayu. Rebung madu merupakan antara pilihan yang dicampurkan bersama kari dan kebiasaannya dihidangkan pada majlis-majlis kenduri.

Penanaman.
Tanaman pokok buluh tidak susah dijaga kerana ia ditanam sekali saja kerana buluh merupakan tumbuhan yang lasak, dan tanpa memerlukan penanaman semula, dengan dibaja setahun sekali. 

Bagaimanapun pokok buluh memerlukan kawasan yang mendapat jumlah air yang mencukupi, kerana ia tidak boleh ditanam di kawasan tanah yang terlalu kering atau tanah yang terendam yang menjejaskan pertumbuhan akar.

Pokok buluh yang ditanam bagi penghasilan rebung memerlukan tempoh matang yang singkat iaitu kira-kira seminimum 8 bulan manakala untuk batang buluh 6 tahun. Ia juga tidak sukar dijaga kerana pokok buluh tidak mempunyai musuh daripada haiwan.

Jarak tanaman antara rumpun adalah antara 15 kaki dan 20 kaki yang membolehkan kira-kira 350 rumpun buluh boleh ditanam bagi keluasan 0.4 hektar. Buluh boleh ditanam melalui keratan dahan yang berakar, keratan batang dan melalui kaedah tisu kultur.
Rebung muda menunggu masa untuk dituai.

Suasana kawasan tanaman rebung madu di ammarzahraa nursery.
maklumat lanjut di http://nurserypokokbunga.blogspot.com/

Sila Lawat Page services Untuk Melihat Promosi Terbaru Daripada Syarikat Kami
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Lain Yang Menarik

Terima Kasih Kerana Melawat Blog Ammar Zahraa

Labels

1000 bulan (1) 2 storey (1) 8A (1) acheh (3) adam lanza (1) ads (1) AES (1) aghanistan (1) Agong (1) aiskrim (1) akaun semasa. (1) alcohol overdose (1) alternative medecine (1) amah indonesia (1) amah kena bunuh (2) amerika (2) ammar zahraa nursery (2) anak ayam (3) apple (2) asparagus (1) ayam kampung (1) ayam panggang (1) azhar idrus (1) bahrom (1) bakar (1) bandar seri putra (1) bangkang dari longkang (1) barack obama (1) bas (1) basuh baju (1) Batal PTPTN (2) batang pisang (1) batuk (1) bawaku pergi (2) bawani (1) bayi (1) bayi dibuang (1) bebola ikan (1) Becoming A King (1) bekas air (1) bengkak gusi (1) berbuka (1) berkebun (1) berniagaan (3) bersih hati (1) betik (1) bisnes ayam (2) blogging (3) boeing (1) bolasepak malaysia (1) bomoh (1) buah ajaib (1) buang bayi (1) buat blong (1) bukan wanita (2) bulu pusi (1) buluh madu (1) bunuh (2) business (2) busniss (1) cagu (1) cara masak nasi arab (1) cara membuat nasi arab (1) cctv (1) Cemerlang. (2) cenderamata (1) ceo (1) ceramah agama (1) charles (1) cia (1) cibotium barometz (1) CIMB click (3) cirit birit (1) cocktail (1) cory monteith dead (2) cream o (1) culik (1) current account (2) daftar perniagaan (5) Demo (2) dengki dan dendam (1) dera (1) diekori harimau (1) diesel subsidi (1) dobi (1) DPMM (1) drone (1) drug overdose (1) dunia (1) eidulfitri (1) enterprise (2) fakta (2) farhan hadi (1) Fatimah Syarha (1) finn hudson (2) free advertising (1) funny (1) gadis meninggal (1) gadis tiang (2) gaduh (2) gardening (1) GDL (1) gempa bumi (4) gendong bayi (1) genetik (1) glee (2) goncang (1) google tranlate (1) gulf war (1) habbatus sauda (1) hadiah online (2) halal (1) haram (3) harimau (1) harimau malaya (1) hati bersih (1) hilang (1) home made aiskrim (1) how to attract traffic (1) hulk (1) Humood Al-Khudher (1) Humood AlKhudher (1) hztours (1) I Luv Islam (1) ibu (1) ibu bapa (2) iklan percuma (2) inai. cekam kuku (1) info (1) internet (4) internet business (3) invisible folder (1) ipad (1) ipad baru (1) iphone 5 (1) IPTA (1) IRAN (1) irihati (1) ironman (1) islam (2) Islamic Song (1) isteri (1) jawatan dalam enterprise (1) jenayah (1) jesus (1) john brennan (1) jom gelak (1) jomlahiklan (1) JPJ (1) jual kereta (1) jual organ (1) jual rumah (1) justice league (1) kambing (1) Kate Middleton (1) kebaikan bulan ramadhan (1) kedah (2) kedai acceseries (1) kejam. china (1) kelahiran (1) kemboja (1) kenderaan (1) keperluan bayi (1) kereta (1) kereta terpakai (2) kerete nasional (1) kerja gomen (2) kerja kerajaan (3) kerja kosong (2) kerja swasta (1) King (1) kisah mahkamah (2) klon (1) konvensyen (1) kosmo (1) kotoran degil (1) krismas (1) kucing (1) kuliah (1) Kun Anta (2) kurang sopan (1) kursus (1) kursus asas dobi (1) kursus perniagaan (3) kursus ternak (1) kurus pernigaan (1) labu sayong (1) lagu (1) lailatul qadar (1) lama web (1) laman web (1) lari rumah (3) lautan hindi (1) lawak bodoh (1) lea (1) lebat rambut (1) lesen memandu (1) lirik lagu (1) listen (1) lori (1) luka (2) lynas (1) maher zain (1) mahkamah. syariah (1) Maklumat palsu (1) malaysian airlines (1) Mansuh (1) marketing (3) mary (1) maryam (1) MAS (1) mc donald (1) memborong ke china (1) Men In Black (1) mencuri (1) merahkan muka (1) metro (1) mh370 (1) MIB (1) minuman air buah (1) miracle fruit (1) MJ fatonah (1) mocktail (1) modal (1) model baru (1) mohon jawatan (2) monosodium (1) msg (1) mudah (1) my blog (2) nabi isa (1) nabil (1) nadir bumi (1) nasi arab (1) nasi mandy (1) Nasyeed (1) newton (1) number one for me (1) online booking (1) pah1m (1) palestin (1) panau (1) pangkat (1) parenting (1) PDRM (1) penawar (1) penawar bisa (1) penawar jambi (1) penawar luka (1) penggalak pertumbuhan (1) penjara (1) percutian (1) perkahwinan (1) perlis (2) Pertabalan (1) pertanian (1) pertenakan (1) petrol naik (1) petua (20) PICC (1) pinjam bank (2) Pinjaman Perniagaan (2) pokok (1) pokok ajaib (1) pokok kapal terbang (1) pokok paku emas (1) pokok paku. burkill 1935 (1) polis (1) portal iklan (1) pray4mh370 (1) Prince William (1) proton (1) proton preve (1) PSV (1) PTPTN (1) puasa (2) pulau pinang (2) puspakom (2) queem elizabeth (1) rachel (1) Raja (1) ramadhan (2) ranking fifa (1) rape (1) rapping (1) rare earth (1) real estate (1) rebung madu (1) remaja (1) resdung (1) resepi nasi arab (1) resepi nasi arab ayam (1) resepi nasi mandhi (1) resepi nasi mandi ayam (1) resipi nasi arab (1) rogol (2) royal family (1) sabah (1) sakit hati (1) sakit mata. bunga melati (1) salih yaakob (1) saman (2) sayur (1) sayur itu ubat (1) SDN BHD (1) selesema (1) seminar (2) sewa lori (1) share is caring (1) sharifah zohra (1) simple (1) Sinar (2) SMM (1) sms (1) sms daoat duit (1) sosej (1) SPM (2) sponsore ads (1) sri wani choo (1) steve job (2) suami (1) sungai petani (2) susu kangkang (1) Synsepalum dulcificum (1) tanam sayur (1) tanaman (1) teknik menjual (1) telefon pintar (1) telefon terpakai (1) tembikai (1) tempah online (2) ternak ayam kampung (4) ternak kucing (1) thailand (1) the avengers (1) thor (1) tip (4) Tips Pinjam (1) tommy lee Jones (1) traffic (2) trauma (1) tsunami (4) UAI (1) ubahsuai genetik (1) uban. hitamkan rambut (1) ubat kucing (2) ubat luka (1) ubat tradisional (15) ulang tahun (1) umrah (1) USA (2) usim (1) ustaz azhar idrus (1) Ustaz Don (1) vacancy (1) Whatapps (1) Will smith (1) yahudi (2) zionis (1) zizan (2)
NOTIS & PENAFIAN
Artikel yang disiarkan merupakan pandangan/pendapat peribadi penulis dan tiada berkaitan dengan mana-mana pihak ataupun organisasi tertentu. Pengunjung blog ini perlu untuk menggunakan kebijaksaaan, pengetahuan dan rujukan dari mana-mana pihak lain yang lebih utama sebelum membuat sesuatu keputusan berdasarkan maklumat awal dari blog ini dan pengunjung juga harus sedar jika berlaku sebarang kerugian, kecederaan atau kecelaruan emosi ketika membaca artikel, gambar dan bahan yang dipaparkan di laman ini ianya di luar tanggungjawab penulis.