Search This Blog

Thursday, August 21, 2014

TIPS: 6 perkara yang boleh anda lakukan dengan telefon pintar lama.


 
 
1.E-Book
 
Jika anda mempunyai tablet lama atau phablet sudah tidak digunakan, salah satu daripada banyak perkara yang boleh anda lakukan adalah untuk mengubahnya menjadi sebuah E-Book atau tablet membaca.
Beberapa aplikasi yang menawarkan bahan bacaan menarik termasuk Play Google Books, Flipboard dan Zinio.
 
 
 
 
 
 2. Modem Hotspot

Adakah anda mempunyai SIM tambahan dengan langganan data? Gunakan peranti anda sebagai modem mudah alih untuk berkongsi akses internet bersama-sama dengan peranti lain.
 
 
  
3. CCTV

Telefon pintar Android hari ini dilengkapi dengan fungsi kamera yang sangat berguna. Tukarkan peranti Android anda
kepada sistem  CCTV cloud-based.

Untuk melakukannya anda boleh gunakan applikasi yang sangat mudah di kendali seperti
IP Webcam. Setelah anda selesai tetapkan applikasi tersebut untuk peranti anda dan dengan menggunakan pelayar web pada komputer anda untuk mengaktifkan webcam bagi melihat hasilnya .
 


4. GPS

Terdapat beberapa aplikasi peta dalam Android yang boleh dimuat turun dan digunakan di luar talian. Ini adalah sangat bagus kerana anda boleh menggunakan telefon pintar lama anda seperti GPS semasa memandu. Anda tidak perlu bimbang tentang hayat bateri kerana pengecas handfon kereta sentiasa ada untuk anda gunakan.
 
 
 
 
 5. Jam Meja Digital

Tidak pasti apa yang perlu dilakukan dengan telefon lama anda? Letakkanya di atas "stand" dan biarkan antara muka yang memaparkan masa dan jadilah ia sebuah jam meja yang cantik.
 
 
 
 
6. Jual  
Apakah cara yang lebih baik untuk membuat wang saku tambahan daripada menjual perkara yang anda tidak perlu? Tetapi petuanya janganlah menjualnya pada harga yang tinggi.
Laman web popular seperti Mudah.com.my merupakan platform yang baik untuk anda mengiklankan dan menjual barangan terpakai. Ada juga laman Facebook seperti ‘Handphone Lelong dan lain-lain lagi. Walaupun mudah untuk mendapat pembeli TETAPI dengan amaran : Jangan menipu dan jangan tertipu
 
 
 
Sila Lawat Page services Untuk Melihat Promosi Terbaru Daripada Syarikat Kami

Saturday, August 9, 2014

PETUA 17: Khasiat tidak mementingkan diri sendiri.


BELON
Sekumpulan 100 orang dewasa mendaftarkan diri ke seminar 'Senyumlah' bersama Ustaz Rahim.
 
Sebelum menamatkan kuliah, Ustaz Rahim memberikan seorang setiap belon dan meminta para peserta untuk menulis nama mereka di atas belon.
 
 
Belon yang ditiup besarkan dan diberikan kepada Ustaz Rahim.
 
Ustaz Rahim melepaskan 100 belon tersebut ke dalam sebuah bilik.
 
100 peserta ini disuruh mencari belon yang tertulis nama mereka secara serentak dalam masa 5 minit tanpa memecahkan sebarang belon.
 
5 orang pertama akan mendapat hadiah.
 
Keadaan di dalam bilik terus menjadi kelam kabut.
 
Para peserta berebut2, menolak antara satu sama lain untuk mencari belon masing-masing.
 
Suasana cukup melemaskan.
 
5 minit berakhir, tiada seorang pun dapat mencari belon mereka.
 
Ustaz Rahim tersenyum dan meminta para peserta untuk mengambil satu belon seorang dan memberikan kepada pemiliknya berdasarkan nama di atas belon.
 
Dalam masa 3 minit sahaja, semua mendapat kembali belon masing-masing.
 
Ustaz Rahim tersenyum lagi.
 
Wahai anakku.. Inilah yang berlaku di dalam kehidupan manusia.
 
Semua orang sibuk mencari kegembiraan sendiri, tapi tidak tahu di mana dan bagaimana.
 
Walhal, wahai anak kesayanganku, kegembiraan kamu bersangkut paut dengan kegembiraan orang lain.
 
Buat orang lain gembira, kamu akan mendapat kegembiraan.
 
Seperti kisah di atas, jika para peserta tidak pentingkan diri sendiri kerana tamakkan hadiah, mereka akan terfikir untuk mencari belon untuk orang lain dan bukan diri sendiri.
 
Akhirnya belon milik sendiri akan datang daripada orang lain.
 
Jika semua berebut, suasana akan menjadi kelam-kabut dan akhirnya semua orang rugi.
Gembirakah org sekeliling kita bersama diri kita? Musahabah untuk diri...
 
Sila Lawat Page services Untuk Melihat Promosi Terbaru Daripada Syarikat Kami

Bahan-bahan ramuan roti yang bahaya untuk kesihatan


Roti sememangnya sudah menjadi makanan harian ketika bersarapan ataupun pada waktu malam bagi anda yang berdiet. Namun tahukah anda bahawa terdapat beberapa jenis roti yang boleh menjejaskan kesihatan anda?



Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda mengenai bahan-bahan yang terdapat dalam roti dibawah yang perlu anda elakkan dari membeli yang dipetik dari majalah Wanita.
 
L-eysteine
Sejenis zat penghalus yang ditambah pada roti bagi mempercepatkan proses pembuatan. Walaupun zat ini dihasilkan di makmal, namun bahan ini diperoleh daripada sumber semula jadi. Bunyi tidak membimbangkan kerana bahan semula jadi tetapi semula jadi yang dimaksudkan ialah rambut manusia, bulu ayam, tanduk lembu dan macam-macam lagi.

Potassium Bromate
Zat ini digunakan untuk memendekkan roti selain mempercepatkan adunan menjadi keras. Kebanyakan syarikat pengilang roti cukup menggemari bahan ini kerana banyak kos dapat dijimatkan. Tetapi, apabila dilihat dari aspek kesihatan, nyata penggunaanya cukup membahayakan. Hal ini kerana zat ini boleh menyebabkan penyakit kanser ginjal dan tiroid! Beberapa negara seperti Brazil, Eropah, Peru, Korea Selatan dan China, Potassium Bromate ini sudah diharamkan penggunaannya lantaran bahan ini mejadi molekul kepada pembentukan kanser yang sangat menakutkan!

Bijirin yang diproses
Meskipun dicampurkan ke dalam roti tetapi bijirin ini langsung tidak memberi apa-apa kebaikan sekalipun, Bijirin ini kemudiannya dipecahkan menjadi gula pada kadar yang sangat cepat sehingga menyebabkan paras darah naik mendadak. Keadaan ini berkait rapat dengan penyakit tekanan darah tinggi, penyekatan insulin serta meningkatkan risiko serangan jantung sebanyak 30 peratus. Sebab itulah jangan sekali-sekali biarkan diri tertipu dengan kandungan bahan-bahan yang digunakan sekalipun dikatakan berasal dari bijirin yang kaya nutrisi.

Azodicarbonamide
Digunakan untuk melembutkan tekstur roti malah di Amerika Syarikat sendiri, kebanyakan roti burgernya dihasilkan menggunakan bahan tersebut. Di Singapura, penggunaan bahan ini telah dilarang kerana banyak kajian yang dijalankan mendapati zat ini membawa bahaya kepada sistem pernafasan, asma serta masalah alergi kepada sesetengah manusia.

Fruktosa
Dikenali juga sebagai sirap jagung yang mana fungsinya adalah untuk mengembang dan memberi warna keperang-perangan pada roti. Kebanyakan pengilang gemar menggunakan gula ini lantaran harganya yang murah dan menguntungkan. Tetapi, kesan kepada kesihatan manusia pula adalah seperti masalah obesiti selain tekanan darah tinggi, sindrom metabolisme, penyakit hati dan lain-lain lagi.
 
Anda diingatkan memeriksa label ataupun membuat pertanyaan berkenaan bahan2 yang digunakan dalam pembuatan roti sebelum membeli produk roti. 

 
 
Sila Lawat Page services Untuk Melihat Promosi Terbaru Daripada Syarikat Kami
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Lain Yang Menarik

Terima Kasih Kerana Melawat Blog Ammar Zahraa

Labels

1000 bulan (1) 2 storey (1) 8A (1) acheh (3) adam lanza (1) ads (1) AES (1) aghanistan (1) Agong (1) aiskrim (1) akaun semasa. (1) alcohol overdose (1) alternative medecine (1) amah indonesia (1) amah kena bunuh (2) amerika (2) ammar zahraa nursery (2) anak ayam (3) apple (2) asparagus (1) ayam kampung (1) ayam panggang (1) azhar idrus (1) bahrom (1) bakar (1) bandar seri putra (1) bangkang dari longkang (1) barack obama (1) bas (1) basuh baju (1) Batal PTPTN (2) batang pisang (1) batuk (1) bawaku pergi (2) bawani (1) bayi (1) bayi dibuang (1) bebola ikan (1) Becoming A King (1) bekas air (1) bengkak gusi (1) berbuka (1) berkebun (1) berniagaan (3) bersih hati (1) betik (1) bisnes ayam (2) blogging (3) boeing (1) bolasepak malaysia (1) bomoh (1) buah ajaib (1) buang bayi (1) buat blong (1) bukan wanita (2) bulu pusi (1) buluh madu (1) bunuh (2) business (2) busniss (1) cagu (1) cara masak nasi arab (1) cara membuat nasi arab (1) cctv (1) Cemerlang. (2) cenderamata (1) ceo (1) ceramah agama (1) charles (1) cia (1) cibotium barometz (1) CIMB click (3) cirit birit (1) cocktail (1) cory monteith dead (2) cream o (1) culik (1) current account (2) daftar perniagaan (5) Demo (2) dengki dan dendam (1) dera (1) diekori harimau (1) diesel subsidi (1) dobi (1) DPMM (1) drone (1) drug overdose (1) dunia (1) eidulfitri (1) enterprise (2) fakta (2) farhan hadi (1) Fatimah Syarha (1) finn hudson (2) free advertising (1) funny (1) gadis meninggal (1) gadis tiang (2) gaduh (2) gardening (1) GDL (1) gempa bumi (4) gendong bayi (1) genetik (1) glee (2) goncang (1) google tranlate (1) gulf war (1) habbatus sauda (1) hadiah online (2) halal (1) haram (3) harimau (1) harimau malaya (1) hati bersih (1) hilang (1) home made aiskrim (1) how to attract traffic (1) hulk (1) Humood Al-Khudher (1) Humood AlKhudher (1) hztours (1) I Luv Islam (1) ibu (1) ibu bapa (2) iklan percuma (2) inai. cekam kuku (1) info (1) internet (4) internet business (3) invisible folder (1) ipad (1) ipad baru (1) iphone 5 (1) IPTA (1) IRAN (1) irihati (1) ironman (1) islam (2) Islamic Song (1) isteri (1) jawatan dalam enterprise (1) jenayah (1) jesus (1) john brennan (1) jom gelak (1) jomlahiklan (1) JPJ (1) jual kereta (1) jual organ (1) jual rumah (1) justice league (1) kambing (1) Kate Middleton (1) kebaikan bulan ramadhan (1) kedah (2) kedai acceseries (1) kejam. china (1) kelahiran (1) kemboja (1) kenderaan (1) keperluan bayi (1) kereta (1) kereta terpakai (2) kerete nasional (1) kerja gomen (2) kerja kerajaan (3) kerja kosong (2) kerja swasta (1) King (1) kisah mahkamah (2) klon (1) konvensyen (1) kosmo (1) kotoran degil (1) krismas (1) kucing (1) kuliah (1) Kun Anta (2) kurang sopan (1) kursus (1) kursus asas dobi (1) kursus perniagaan (3) kursus ternak (1) kurus pernigaan (1) labu sayong (1) lagu (1) lailatul qadar (1) lama web (1) laman web (1) lari rumah (3) lautan hindi (1) lawak bodoh (1) lea (1) lebat rambut (1) lesen memandu (1) lirik lagu (1) listen (1) lori (1) luka (2) lynas (1) maher zain (1) mahkamah. syariah (1) Maklumat palsu (1) malaysian airlines (1) Mansuh (1) marketing (3) mary (1) maryam (1) MAS (1) mc donald (1) memborong ke china (1) Men In Black (1) mencuri (1) merahkan muka (1) metro (1) mh370 (1) MIB (1) minuman air buah (1) miracle fruit (1) MJ fatonah (1) mocktail (1) modal (1) model baru (1) mohon jawatan (2) monosodium (1) msg (1) mudah (1) my blog (2) nabi isa (1) nabil (1) nadir bumi (1) nasi arab (1) nasi mandy (1) Nasyeed (1) newton (1) number one for me (1) online booking (1) pah1m (1) palestin (1) panau (1) pangkat (1) parenting (1) PDRM (1) penawar (1) penawar bisa (1) penawar jambi (1) penawar luka (1) penggalak pertumbuhan (1) penjara (1) percutian (1) perkahwinan (1) perlis (2) Pertabalan (1) pertanian (1) pertenakan (1) petrol naik (1) petua (20) PICC (1) pinjam bank (2) Pinjaman Perniagaan (2) pokok (1) pokok ajaib (1) pokok kapal terbang (1) pokok paku emas (1) pokok paku. burkill 1935 (1) polis (1) portal iklan (1) pray4mh370 (1) Prince William (1) proton (1) proton preve (1) PSV (1) PTPTN (1) puasa (2) pulau pinang (2) puspakom (2) queem elizabeth (1) rachel (1) Raja (1) ramadhan (2) ranking fifa (1) rape (1) rapping (1) rare earth (1) real estate (1) rebung madu (1) remaja (1) resdung (1) resepi nasi arab (1) resepi nasi arab ayam (1) resepi nasi mandhi (1) resepi nasi mandi ayam (1) resipi nasi arab (1) rogol (2) royal family (1) sabah (1) sakit hati (1) sakit mata. bunga melati (1) salih yaakob (1) saman (2) sayur (1) sayur itu ubat (1) SDN BHD (1) selesema (1) seminar (2) sewa lori (1) share is caring (1) sharifah zohra (1) simple (1) Sinar (2) SMM (1) sms (1) sms daoat duit (1) sosej (1) SPM (2) sponsore ads (1) sri wani choo (1) steve job (2) suami (1) sungai petani (2) susu kangkang (1) Synsepalum dulcificum (1) tanam sayur (1) tanaman (1) teknik menjual (1) telefon pintar (1) telefon terpakai (1) tembikai (1) tempah online (2) ternak ayam kampung (4) ternak kucing (1) thailand (1) the avengers (1) thor (1) tip (4) Tips Pinjam (1) tommy lee Jones (1) traffic (2) trauma (1) tsunami (4) UAI (1) ubahsuai genetik (1) uban. hitamkan rambut (1) ubat kucing (2) ubat luka (1) ubat tradisional (15) ulang tahun (1) umrah (1) USA (2) usim (1) ustaz azhar idrus (1) Ustaz Don (1) vacancy (1) Whatapps (1) Will smith (1) yahudi (2) zionis (1) zizan (2)
NOTIS & PENAFIAN
Artikel yang disiarkan merupakan pandangan/pendapat peribadi penulis dan tiada berkaitan dengan mana-mana pihak ataupun organisasi tertentu. Pengunjung blog ini perlu untuk menggunakan kebijaksaaan, pengetahuan dan rujukan dari mana-mana pihak lain yang lebih utama sebelum membuat sesuatu keputusan berdasarkan maklumat awal dari blog ini dan pengunjung juga harus sedar jika berlaku sebarang kerugian, kecederaan atau kecelaruan emosi ketika membaca artikel, gambar dan bahan yang dipaparkan di laman ini ianya di luar tanggungjawab penulis.