Search This Blog

Monday, June 16, 2014

Rebung Madu - Rebung dan Pokok Buluh


Tanaman rebung madu di Ammar Zahraa Nursery.
Dapatkan rebung yang siap diproses di premis kami.
Tempahan 0192566614
Rebung yang sudah siap dipotong. Kemudianya akan direbus dan dibungkus
Buluh madu atau nama saintifiknya "Gigantochloa albociliata", merupakan sejenis pokok Buluh. Buluhnya sesuai dijadikan produk kraftangan, perabot, batang pengepit makanan, pencungkil gigi, atau pencucuk makanan. Ia juga boleh dijadikan sebagai pokok hiasan, tetapi hasil buluh madu yang paling penting adalah penghasilan rebung madu yang enak.

Permintaan terhadap rebung madu dikalangan masyarakat Melayu juga amat menggalakkan kerana ia adalah makanan kesukaan ramai terutamanya dalam masakan tradisional Melayu. Rebung madu merupakan antara pilihan yang dicampurkan bersama kari dan kebiasaannya dihidangkan pada majlis-majlis kenduri.

Penanaman.
Tanaman pokok buluh tidak susah dijaga kerana ia ditanam sekali saja kerana buluh merupakan tumbuhan yang lasak, dan tanpa memerlukan penanaman semula, dengan dibaja setahun sekali. 

Bagaimanapun pokok buluh memerlukan kawasan yang mendapat jumlah air yang mencukupi, kerana ia tidak boleh ditanam di kawasan tanah yang terlalu kering atau tanah yang terendam yang menjejaskan pertumbuhan akar.

Pokok buluh yang ditanam bagi penghasilan rebung memerlukan tempoh matang yang singkat iaitu kira-kira seminimum 8 bulan manakala untuk batang buluh 6 tahun. Ia juga tidak sukar dijaga kerana pokok buluh tidak mempunyai musuh daripada haiwan.

Jarak tanaman antara rumpun adalah antara 15 kaki dan 20 kaki yang membolehkan kira-kira 350 rumpun buluh boleh ditanam bagi keluasan 0.4 hektar. Buluh boleh ditanam melalui keratan dahan yang berakar, keratan batang dan melalui kaedah tisu kultur.
Rebung muda menunggu masa untuk dituai.

Suasana kawasan tanaman rebung madu di ammarzahraa nursery.
maklumat lanjut di http://nurserypokokbunga.blogspot.com/

Sila Lawat Page services Untuk Melihat Promosi Terbaru Daripada Syarikat Kami

Thursday, June 12, 2014

MH370: Setiap waris terima bayaran awal USD50,000


PUTRAJAYA - Pengerusi Jawatankuasa Waris Penumpang MH370, Datuk Hamzah Zainuddin hari ini memaklumkan bahawa setiap waris penumpang MH370 akan menerima sebanyak USD50,000 sebagai wang pembayaran awal.

Hamzah yang juga merupakan Timbalan Luar Negeri berkata, setakat ini seramai tujuh keluarga waris penumpang sudah mendapat wang pembayaran awal tersebut.

"Enam  keluarga waris telah menerima wang tersebut iaitu keluarga waris dari Malaysia, sementara seorang lagi keluarga waris penumpang di China," katanya ketika sidang media di Kementerian Luar di Putrajaya, hari ini.

Dalam perkembangan yang sama, Hamzah menjelaskan bahawa kesemua bayaran akan dibuat selepas kes kehilangan pesawat itu diisytiharkan berakhir.

"Bayaran seterusnya akan dibuat selepas isu ini berakhir," katanya.

Sementara itu, beliau menggesa waris penumpang yang menghantar surat untuk mengetahui perkembangan terkini pesawat MH370 supaya berdepan sendiri dengannya, sama ada secara berkumpulan atau individu.

"Saya sebagai pengerusi jawatankuasa ini bersedia untuk membantu mereka.

"Saya juga mewakili kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib dan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Husein sentiasa telus memberi informasi sejak hari pertama kejadian lagi," katanya.

Pesawat Boeing 777-200ER itu hilang dari radar pada 8 Mac lalu selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Beijing, China.

Ia membawa 227 penumpang termasuk dua kanak-kanak dan 12 anak kapal.

Namun sehingga, pesawat MH370 masih belum ditemui.
 
 
Sila Lawat Page services Untuk Melihat Promosi Terbaru Daripada Syarikat Kami

SEBARAN MAKLUMAT PALSU BERHUBUNG PENJUALAN ORGAN MANUSIA DAN PEROGOL BERSIRI


Ekoran dari sebaran maklumat palsu melalui aplikasi whatsapp yang mendakwa bahawa wujud kegiatan menjual organ manusia dan perogol bersiri bernama Mohd Faris Farhan bin Akhlaken Ahmad, pihak Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil tindakan awal untuk mengenal pasti sama ada sebarang laporan polis diterima mengenainya.

Malangnya, berita tersebut telah dimanipulasi dan disebarkan seolah-olah pihak Urusetia KPN(Komunikasi Korporat) atas nama ACP Datin Asmawati Ahmad telah mengesahkan bahawa kejadian sedemikian benar-benar berlaku.

Adalah dengan ini disahkan bahawa PDRM tidak menerima sebarang maklumat yang mengesahkan bahawa kejadian tersebut benar-benar berlaku dan ACP Datin Asmawati Ahmad tidak pernah mengeluarkan sebarang pengesahan mengenainya.

Orang awam dinasihatkan untuk tidak mudah terpedaya dengan maklumat yang tidak disahkan kesahihannya. Jika timbul sebarang keraguan, bolehlah menyalurkan pertanyaan tersebut kepada pihak Polis melalui facebook rasmi PDRM di www.facebook.com/polisdirajamalaysia.

(DATIN ASMAWATI BINTI AHMAD) ACP
PEN. KETUA URUS SETIA KPN (KOMUNIKASI KORPORAT)
POLIS DIRAJA MALAYSIA
BUKIT AMAN
Sila Lawat Page services Untuk Melihat Promosi Terbaru Daripada Syarikat Kami
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Lain Yang Menarik

Terima Kasih Kerana Melawat Blog Ammar Zahraa

Labels

1000 bulan (1) 2 storey (1) 8A (1) acheh (3) adam lanza (1) ads (1) AES (1) aghanistan (1) Agong (1) aiskrim (1) akaun semasa. (1) alcohol overdose (1) alternative medecine (1) amah indonesia (1) amah kena bunuh (2) amerika (2) ammar zahraa nursery (2) anak ayam (3) apple (2) asparagus (1) ayam kampung (1) ayam panggang (1) azhar idrus (1) bahrom (1) bakar (1) bandar seri putra (1) bangkang dari longkang (1) barack obama (1) bas (1) basuh baju (1) Batal PTPTN (2) batang pisang (1) batuk (1) bawaku pergi (2) bawani (1) bayi (1) bayi dibuang (1) bebola ikan (1) Becoming A King (1) bekas air (1) bengkak gusi (1) berbuka (1) berkebun (1) berniagaan (3) bersih hati (1) betik (1) bisnes ayam (2) blogging (3) boeing (1) bolasepak malaysia (1) bomoh (1) buah ajaib (1) buang bayi (1) buat blong (1) bukan wanita (2) bulu pusi (1) buluh madu (1) bunuh (2) business (2) busniss (1) cagu (1) cara masak nasi arab (1) cara membuat nasi arab (1) cctv (1) Cemerlang. (2) cenderamata (1) ceo (1) ceramah agama (1) charles (1) cia (1) cibotium barometz (1) CIMB click (3) cirit birit (1) cocktail (1) cory monteith dead (2) cream o (1) culik (1) current account (2) daftar perniagaan (5) Demo (2) dengki dan dendam (1) dera (1) diekori harimau (1) diesel subsidi (1) dobi (1) DPMM (1) drone (1) drug overdose (1) dunia (1) eidulfitri (1) enterprise (2) fakta (2) farhan hadi (1) Fatimah Syarha (1) finn hudson (2) free advertising (1) funny (1) gadis meninggal (1) gadis tiang (2) gaduh (2) gardening (1) GDL (1) gempa bumi (4) gendong bayi (1) genetik (1) glee (2) goncang (1) google tranlate (1) gulf war (1) habbatus sauda (1) hadiah online (2) halal (1) haram (3) harimau (1) harimau malaya (1) hati bersih (1) hilang (1) home made aiskrim (1) how to attract traffic (1) hulk (1) Humood Al-Khudher (1) Humood AlKhudher (1) hztours (1) I Luv Islam (1) ibu (1) ibu bapa (2) iklan percuma (2) inai. cekam kuku (1) info (1) internet (4) internet business (3) invisible folder (1) ipad (1) ipad baru (1) iphone 5 (1) IPTA (1) IRAN (1) irihati (1) ironman (1) islam (2) Islamic Song (1) isteri (1) jawatan dalam enterprise (1) jenayah (1) jesus (1) john brennan (1) jom gelak (1) jomlahiklan (1) JPJ (1) jual kereta (1) jual organ (1) jual rumah (1) justice league (1) kambing (1) Kate Middleton (1) kebaikan bulan ramadhan (1) kedah (2) kedai acceseries (1) kejam. china (1) kelahiran (1) kemboja (1) kenderaan (1) keperluan bayi (1) kereta (1) kereta terpakai (2) kerete nasional (1) kerja gomen (2) kerja kerajaan (3) kerja kosong (2) kerja swasta (1) King (1) kisah mahkamah (2) klon (1) konvensyen (1) kosmo (1) kotoran degil (1) krismas (1) kucing (1) kuliah (1) Kun Anta (2) kurang sopan (1) kursus (1) kursus asas dobi (1) kursus perniagaan (3) kursus ternak (1) kurus pernigaan (1) labu sayong (1) lagu (1) lailatul qadar (1) lama web (1) laman web (1) lari rumah (3) lautan hindi (1) lawak bodoh (1) lea (1) lebat rambut (1) lesen memandu (1) lirik lagu (1) listen (1) lori (1) luka (2) lynas (1) maher zain (1) mahkamah. syariah (1) Maklumat palsu (1) malaysian airlines (1) Mansuh (1) marketing (3) mary (1) maryam (1) MAS (1) mc donald (1) memborong ke china (1) Men In Black (1) mencuri (1) merahkan muka (1) metro (1) mh370 (1) MIB (1) minuman air buah (1) miracle fruit (1) MJ fatonah (1) mocktail (1) modal (1) model baru (1) mohon jawatan (2) monosodium (1) msg (1) mudah (1) my blog (2) nabi isa (1) nabil (1) nadir bumi (1) nasi arab (1) nasi mandy (1) Nasyeed (1) newton (1) number one for me (1) online booking (1) pah1m (1) palestin (1) panau (1) pangkat (1) parenting (1) PDRM (1) penawar (1) penawar bisa (1) penawar jambi (1) penawar luka (1) penggalak pertumbuhan (1) penjara (1) percutian (1) perkahwinan (1) perlis (2) Pertabalan (1) pertanian (1) pertenakan (1) petrol naik (1) petua (20) PICC (1) pinjam bank (2) Pinjaman Perniagaan (2) pokok (1) pokok ajaib (1) pokok kapal terbang (1) pokok paku emas (1) pokok paku. burkill 1935 (1) polis (1) portal iklan (1) pray4mh370 (1) Prince William (1) proton (1) proton preve (1) PSV (1) PTPTN (1) puasa (2) pulau pinang (2) puspakom (2) queem elizabeth (1) rachel (1) Raja (1) ramadhan (2) ranking fifa (1) rape (1) rapping (1) rare earth (1) real estate (1) rebung madu (1) remaja (1) resdung (1) resepi nasi arab (1) resepi nasi arab ayam (1) resepi nasi mandhi (1) resepi nasi mandi ayam (1) resipi nasi arab (1) rogol (2) royal family (1) sabah (1) sakit hati (1) sakit mata. bunga melati (1) salih yaakob (1) saman (2) sayur (1) sayur itu ubat (1) SDN BHD (1) selesema (1) seminar (2) sewa lori (1) share is caring (1) sharifah zohra (1) simple (1) Sinar (2) SMM (1) sms (1) sms daoat duit (1) sosej (1) SPM (2) sponsore ads (1) sri wani choo (1) steve job (2) suami (1) sungai petani (2) susu kangkang (1) Synsepalum dulcificum (1) tanam sayur (1) tanaman (1) teknik menjual (1) telefon pintar (1) telefon terpakai (1) tembikai (1) tempah online (2) ternak ayam kampung (4) ternak kucing (1) thailand (1) the avengers (1) thor (1) tip (4) Tips Pinjam (1) tommy lee Jones (1) traffic (2) trauma (1) tsunami (4) UAI (1) ubahsuai genetik (1) uban. hitamkan rambut (1) ubat kucing (2) ubat luka (1) ubat tradisional (15) ulang tahun (1) umrah (1) USA (2) usim (1) ustaz azhar idrus (1) Ustaz Don (1) vacancy (1) Whatapps (1) Will smith (1) yahudi (2) zionis (1) zizan (2)
NOTIS & PENAFIAN
Artikel yang disiarkan merupakan pandangan/pendapat peribadi penulis dan tiada berkaitan dengan mana-mana pihak ataupun organisasi tertentu. Pengunjung blog ini perlu untuk menggunakan kebijaksaaan, pengetahuan dan rujukan dari mana-mana pihak lain yang lebih utama sebelum membuat sesuatu keputusan berdasarkan maklumat awal dari blog ini dan pengunjung juga harus sedar jika berlaku sebarang kerugian, kecederaan atau kecelaruan emosi ketika membaca artikel, gambar dan bahan yang dipaparkan di laman ini ianya di luar tanggungjawab penulis.