Search This Blog

Monday, June 4, 2012

Badminton: Chong Wei mula jalani latihan

KUALA LUMPUR - Kecederaan yang dialami perseorangan badminton nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei tidak menghalang beliau daripada menjalani latihan di Stadium Juara Bukit Kiara pagi ini. Bagaimanapun, jurulatih Tey Siu Bock berkata Chong Wei hanya akan mengikuti latihan ringan setiap hari, iaitu 50 peratus daripada tahap latihan yang biasa dilakukan atlet itu.


"Buat masa ini fokus utama beliau (Chong Wei) adalah pada 'rehab' (proses pemulihan). "Beliau hanya akan menjalani latihan ringan iaitu menumpukan pada tangan saja. Tak boleh terlalu berat kerana takut akan menjejaskan lagi kecederaan beliau," katanya kepada pemberita selepas sesi latihan.


Atlet berusia 30 tahun itu mengalami kecederaan buku lali kanan ketika Kejohanan Piala Thomas di Wuhan, China bulan lepas. Beliau yang dijadualkan beraksi di Olimpik London pada Julai, kini menjalani rawatan fisio di bawah kendalian Institut Sukan Negara (ISN). Tinjauan Bernama mendapati jaguh badminton negara itu kelihatan bersemangat serta masih mampu melakukan pukulan kencang meskipun tidak banyak melakukan gerakan kaki dan lompatan.

Beliau berlatih lebih kurang 30 minit bersama Tey sebaik sahaja selesai sesi terapi fisio. Tey berkata beliau akan sentiasa memantau proses pemulihan anak buahnya itu menerusi maklum balas yang diterima setiap minggu daripada ISN. "Kita pun tak tahu berapa cepat proses pemulihan beliau. Mungkin ambil masa empat hingga lima minggu lagi, bagaimanapun kita akan sentiasa mendapatkan maklum balas daripada doktor yang merawat beliau," katanya. -- Bernama
ber IKLAN PERCUMA DI 
 www.jomlahiklan.com









Subscribe in a reader
 
Sila Lawat Page services Untuk Melihat Promosi Terbaru Daripada Syarikat Kami

Ibu khayal dadah lupa bayi 5 minggu atas bumbung kereta

PHOENIX: Polis di sini menahan seorang wanita yang didakwa memandu keretanya selepas terlupa bayinya yang berusia lima minggu berada di atas bumbung kenderaan itu.

Jurucakap polis, James Holmes berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kejadian itu semalam selepas saksi melihat seorang bayi dalam kerusi keselamatan berada di tengah jalan di satu simpang jalan raya. Kanak-kanak itu tidak cedera.

Dia kini di bawah jagaan Perkhidmatan Perlindungan Kanak-Kanak Arizona. Pihak berkuasa berkata, ibu bayi itu, Catalina Clouser, 19, teman lelaki dan kawannya menghisap ganja di taman berhampiran pada petang kejadian.

 Clouser yang menyambung menghisap ganja di rumah rakannya pada malam itu, terlupa dia meletakkan bayinya yang lena di atas bumbung kereta, lalu memandu pulang. - AP


ber IKLAN PERCUMA DI 
 www.jomlahiklan.com





Subscribe in a reader
 
Sila Lawat Page services Untuk Melihat Promosi Terbaru Daripada Syarikat Kami

Polis minta bantuan orang ramai cari Henni Juliana Rangkuti


GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang hari ini meminta bantuan orang ramai untuk menjejaki seorang wanita warganegara Indonesia yang dilapor hilang sejak 28 Mei lalu. Menurut jurucakap polis, maklumat mengenai kehilangan Henni Juliana Rangkuti, 33, sudah dimuat turun dalam laman sosial Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini. 

Wanita itu dilapor dilihat kali terakhir keluar bersama anak perempuannya yang berumur 11 tahun dari kediaman mereka di Desa Delima, Jalan Semarak Api 1, Farlim, Ayer Itam pada jam 7.45 petang. Difahamkan suami wanita terbabit yang merupakan warga tempatan membuat laporan polis dan merayu isterinya pulang bersama anak tunggal mereka. 

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Henni Juliana boleh menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Anuar di talian 019-4482020 atau balai polis berdekatan. - Bernama







ber IKLAN PERCUMA DI www.jomlahiklan.com (click banner dibawah)








Subscribe in a reader
 
Sila Lawat Page services Untuk Melihat Promosi Terbaru Daripada Syarikat Kami


Gempa bumi lemah di Kunak, Sabah



KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah bermagnitud 3.7 pada skala Richter berlaku di Kunak, Sabah pada jam 2.36 petang tadi. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa terletak di Km 22 selatan Kunak. Gegaran turut dirasai di Semporna dan Tawau. - Bernama


ber IKLAN PERCUMA DI www.jomlahiklan.com (click banner dibawah)









Subscribe in a reader
 
Sila Lawat Page services Untuk Melihat Promosi Terbaru Daripada Syarikat Kami


http://belishoppingonline.blogspot.com/


JOM.. tengok...online shop terbaru dari saya ada lampin, kueh raya, baju, dan pelbagai, harga dijamin berpatutan.
jom tengok...
http://belishoppingonline.blogspot.com/






ber IKLAN PERCUMA DI www.jomlahiklan.com (click banner dibawah)











Subscribe in a reader
 
Sila Lawat Page services Untuk Melihat Promosi Terbaru Daripada Syarikat Kami


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Lain Yang Menarik

Terima Kasih Kerana Melawat Blog Ammar Zahraa

Labels

1000 bulan (1) 2 storey (1) 8A (1) acheh (3) adam lanza (1) ads (1) AES (1) aghanistan (1) Agong (1) aiskrim (1) akaun semasa. (1) alcohol overdose (1) alternative medecine (1) amah indonesia (1) amah kena bunuh (2) amerika (2) ammar zahraa nursery (2) anak ayam (3) apple (2) asparagus (1) ayam kampung (1) ayam panggang (1) azhar idrus (1) bahrom (1) bakar (1) bandar seri putra (1) bangkang dari longkang (1) barack obama (1) bas (1) basuh baju (1) Batal PTPTN (2) batang pisang (1) batuk (1) bawaku pergi (2) bawani (1) bayi (1) bayi dibuang (1) bebola ikan (1) Becoming A King (1) bekas air (1) bengkak gusi (1) berbuka (1) berkebun (1) berniagaan (3) bersih hati (1) betik (1) bisnes ayam (2) blogging (3) boeing (1) bolasepak malaysia (1) bomoh (1) buah ajaib (1) buang bayi (1) buat blong (1) bukan wanita (2) bulu pusi (1) buluh madu (1) bunuh (2) business (2) busniss (1) cagu (1) cara masak nasi arab (1) cara membuat nasi arab (1) cctv (1) Cemerlang. (2) cenderamata (1) ceo (1) ceramah agama (1) charles (1) cia (1) cibotium barometz (1) CIMB click (3) cirit birit (1) cocktail (1) cory monteith dead (2) cream o (1) culik (1) current account (2) daftar perniagaan (5) Demo (2) dengki dan dendam (1) dera (1) diekori harimau (1) diesel subsidi (1) dobi (1) DPMM (1) drone (1) drug overdose (1) dunia (1) eidulfitri (1) enterprise (2) fakta (2) farhan hadi (1) Fatimah Syarha (1) finn hudson (2) free advertising (1) funny (1) gadis meninggal (1) gadis tiang (2) gaduh (2) gardening (1) GDL (1) gempa bumi (4) gendong bayi (1) genetik (1) glee (2) goncang (1) google tranlate (1) gulf war (1) habbatus sauda (1) hadiah online (2) halal (1) haram (3) harimau (1) harimau malaya (1) hati bersih (1) hilang (1) home made aiskrim (1) how to attract traffic (1) hulk (1) Humood Al-Khudher (1) Humood AlKhudher (1) hztours (1) I Luv Islam (1) ibu (1) ibu bapa (2) iklan percuma (2) inai. cekam kuku (1) info (1) internet (4) internet business (3) invisible folder (1) ipad (1) ipad baru (1) iphone 5 (1) IPTA (1) IRAN (1) irihati (1) ironman (1) islam (2) Islamic Song (1) isteri (1) jawatan dalam enterprise (1) jenayah (1) jesus (1) john brennan (1) jom gelak (1) jomlahiklan (1) JPJ (1) jual kereta (1) jual organ (1) jual rumah (1) justice league (1) kambing (1) Kate Middleton (1) kebaikan bulan ramadhan (1) kedah (2) kedai acceseries (1) kejam. china (1) kelahiran (1) kemboja (1) kenderaan (1) keperluan bayi (1) kereta (1) kereta terpakai (2) kerete nasional (1) kerja gomen (2) kerja kerajaan (3) kerja kosong (2) kerja swasta (1) King (1) kisah mahkamah (2) klon (1) konvensyen (1) kosmo (1) kotoran degil (1) krismas (1) kucing (1) kuliah (1) Kun Anta (2) kurang sopan (1) kursus (1) kursus asas dobi (1) kursus perniagaan (3) kursus ternak (1) kurus pernigaan (1) labu sayong (1) lagu (1) lailatul qadar (1) lama web (1) laman web (1) lari rumah (3) lautan hindi (1) lawak bodoh (1) lea (1) lebat rambut (1) lesen memandu (1) lirik lagu (1) listen (1) lori (1) luka (2) lynas (1) maher zain (1) mahkamah. syariah (1) Maklumat palsu (1) malaysian airlines (1) Mansuh (1) marketing (3) mary (1) maryam (1) MAS (1) mc donald (1) memborong ke china (1) Men In Black (1) mencuri (1) merahkan muka (1) metro (1) mh370 (1) MIB (1) minuman air buah (1) miracle fruit (1) MJ fatonah (1) mocktail (1) modal (1) model baru (1) mohon jawatan (2) monosodium (1) msg (1) mudah (1) my blog (2) nabi isa (1) nabil (1) nadir bumi (1) nasi arab (1) nasi mandy (1) Nasyeed (1) newton (1) number one for me (1) online booking (1) pah1m (1) palestin (1) panau (1) pangkat (1) parenting (1) PDRM (1) penawar (1) penawar bisa (1) penawar jambi (1) penawar luka (1) penggalak pertumbuhan (1) penjara (1) percutian (1) perkahwinan (1) perlis (2) Pertabalan (1) pertanian (1) pertenakan (1) petrol naik (1) petua (20) PICC (1) pinjam bank (2) Pinjaman Perniagaan (2) pokok (1) pokok ajaib (1) pokok kapal terbang (1) pokok paku emas (1) pokok paku. burkill 1935 (1) polis (1) portal iklan (1) pray4mh370 (1) Prince William (1) proton (1) proton preve (1) PSV (1) PTPTN (1) puasa (2) pulau pinang (2) puspakom (2) queem elizabeth (1) rachel (1) Raja (1) ramadhan (2) ranking fifa (1) rape (1) rapping (1) rare earth (1) real estate (1) rebung madu (1) remaja (1) resdung (1) resepi nasi arab (1) resepi nasi arab ayam (1) resepi nasi mandhi (1) resepi nasi mandi ayam (1) resipi nasi arab (1) rogol (2) royal family (1) sabah (1) sakit hati (1) sakit mata. bunga melati (1) salih yaakob (1) saman (2) sayur (1) sayur itu ubat (1) SDN BHD (1) selesema (1) seminar (2) sewa lori (1) share is caring (1) sharifah zohra (1) simple (1) Sinar (2) SMM (1) sms (1) sms daoat duit (1) sosej (1) SPM (2) sponsore ads (1) sri wani choo (1) steve job (2) suami (1) sungai petani (2) susu kangkang (1) Synsepalum dulcificum (1) tanam sayur (1) tanaman (1) teknik menjual (1) telefon pintar (1) telefon terpakai (1) tembikai (1) tempah online (2) ternak ayam kampung (4) ternak kucing (1) thailand (1) the avengers (1) thor (1) tip (4) Tips Pinjam (1) tommy lee Jones (1) traffic (2) trauma (1) tsunami (4) UAI (1) ubahsuai genetik (1) uban. hitamkan rambut (1) ubat kucing (2) ubat luka (1) ubat tradisional (15) ulang tahun (1) umrah (1) USA (2) usim (1) ustaz azhar idrus (1) Ustaz Don (1) vacancy (1) Whatapps (1) Will smith (1) yahudi (2) zionis (1) zizan (2)
NOTIS & PENAFIAN
Artikel yang disiarkan merupakan pandangan/pendapat peribadi penulis dan tiada berkaitan dengan mana-mana pihak ataupun organisasi tertentu. Pengunjung blog ini perlu untuk menggunakan kebijaksaaan, pengetahuan dan rujukan dari mana-mana pihak lain yang lebih utama sebelum membuat sesuatu keputusan berdasarkan maklumat awal dari blog ini dan pengunjung juga harus sedar jika berlaku sebarang kerugian, kecederaan atau kecelaruan emosi ketika membaca artikel, gambar dan bahan yang dipaparkan di laman ini ianya di luar tanggungjawab penulis.