Search This Blog

Saturday, April 28, 2012

JOM MAKAN SAYUR : Keunikan Asparagus

A sparagus atau nama saintifiknya Asparagus Officinalis Linn adalah sejenis sayuran daripada keluarga Liliaceae yang berasal dari Mediterranean, namun sudah tersebar ke serata pelusuk dunia seperti Eropah dan Asia.

Asparagus ni macam kita makan ulam lah... pakai pucuk muda yang lembut yang keluar dari pangkal pokok, ia ditanam dikawasan tinggi seperti Cameron Highlands dan Kundasang, Sabah.

Thailand merupakan negara di kawasan Asia Tenggara paling banyak mngusahakan tanaman Asaparagus dengan purata keluasan tanah yang ditanam adalah 1800 hektar dalam tempoh setahun manakala kawasan Amerika Utara dan Eropah menjadi pengeluar terbesar dunia.

Terdapat 2 jenis Asparagus iaitu 
  1. Asparagus Hijau - asparagus hijau terjadi apabila pucuk yang keluar dibiakan terdedah kepada cahaya matahari dan diperoleh dengan menimbus pangkal pokok dengan tanah.
  2. Asparagus Putih - Lazimnya berada dalam tanah dan mempunyai saiz batang lebih besar berbanding asparagus hijau.
Khasiat Asparagus

 Sayur ini kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan niasin.

Bagi mereka yang menghadapi masalah kulit yang berpunca daripada pengumpulan asid yang berlebihan dalam darah yang menyebabkan wujudnya masalah-masalah seperti jerawat,ekzema atau lebih dikenali sebagai kudis , asparagus merupakan jawapan yang tepat bagi mereka.Ini kerana kandungan alkali yang tinggi dalam jus asparagus boleh mengatasi masalah-masalah kulit.

Asparagus juga mengandungi sejenis bahan yg disebut asparajin yg memboleh sistem badan membuang sisa-sisa toksik. Bagi mereka yg mengalami masalah buah pinggang, air rebusan asparagus mungkin boleh dijadikan sebagai alternatif bagi meringankan masalah tersebut. Air rebusan asparagus ini dikatakan dapat menyerap mendapat asid urik dan memudahkan pengeluaran air kencing.

Selain itu terdapat bebera kajian yg mendapati bahawa asparagus dapat juga dijadikan sebagai ubat untuk meningkatkan kesuburan lelaki. Melalui beberapa ujian klinikal mendapat asparagus dapat meningkatkan jumlah sperma. Asparagus juga kaya dengan vitamin A dan ini bermakna ia bagus untuk penglihatan.
 
Pokok Asparagus

Asparagus juga mengandungi eleman –eleman yang baik untuk kelenjar tiroid, pineal dan adrenal, jantung, hati, paru-paru, limpa, pankreas dan kulit.





Subscribe in a reader
 
Sila Lawat Page services Untuk Melihat Promosi Terbaru Daripada Syarikat Kami


Friday, April 27, 2012

TIPS SIMPLE MUDAH 1: Cara Nak Tanggalkan Daun Strawberry Dari Buahnye.- guna straw

Buang daun strawberry dengan straw...boleh ke ..jawapanyan BOLEH....OK...macam mana nak buat...sebelum tu mesti korang pernah makan strabery dengan daun-daun sekali kan.. yelah..dia punye daun melekat mcm kena lekat pakai gam UHU (taktau gam UHU tanya mocik google) 

 Ok.,..ambil straw isap buah tu sampai habis kemudian...., buang lah daunye.....muakakakaka.....haha...

ok ok..ini tip yang sebenarnya ambil straw tebuk dari bawah buah strawberry terusssssssss keatas ..secara otomatik .daun strawbery tu akan tertanggal dari buahnye...kemudian..masukkan buah tu dalam mulut... ..hehe...ok selamat mencuba.... credit to amy-newnostalgia.blogspot.com & sarazaqea.blogspot.com






Subscribe in a reader
 
Sila Lawat Page services Untuk Melihat Promosi Terbaru Daripada Syarikat Kami


myMetro | Geng Susu Kangkang didakwa

KANGAR: Seorang wanita sarat mengandung tujuh bulan yang terbabit dalam kegiatan Geng Susu Kangkang bersama sepasang suami isteri, akhirnya didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas tuduhan mencuri susu formula dalam dua kejadian berasingan, awal bulan lalu. 

Ketiga-tiga mereka iaitu Aminah Abdillah, 24, nelayan, Berman Cruz, 54, dan isterinya, Eda Absarul, 34, mengaku tidak bersalah apabila dituduh secara bersama di hadapan Majistret Zuhair Rosli.

Mereka didakwa mencuri tiga tin susu formula bersama tiga kotak bahan sama di kedai Agrobazar Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) di Taman Sena Indah, di sini, pada jam 4.30 petang, 5 April lalu.

Bagi pertuduhan kedua, ketiga-tiga tertuduh didakwa mencuri empat kotak susu berjenama premium dan dua tin bahan sama di Pasaraya Seri Utama, di sini, pada jam 3.30 petang sama.Semuanya didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dan denda.
aksi mereka di rakam cctv
Zuhair membenarkan jaminan RM3,000 bagi setiap pertuduhan ke atas Berman dan Eda, manakala Aminah pula dikenakan jaminan RM2,000 bagi setiap pertuduhan.Beliau menetapkan 28 Mei depan sebagai tarikh untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Inspektor Mohd Azlly Supuadi, manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam bela, Rabiatul Adawiyah Ramli.

sumber
myMetro | Geng Susu Kangkang didakwa




Subscribe in a reader
 
Sila Lawat Page services Untuk Melihat Promosi Terbaru Daripada Syarikat Kami

Thursday, April 26, 2012

Kisah Remaja Trauma di Ekori Harimau - Meninggal Dunia

KUALA KANGSAR - Peristiwa diekori harimau hampir tiga jam di kawasan Padang Ragut Changkat Jambu, di sini, mengakibatkan kehidupan Mastura Kamaruddin, 16, diselubungi trauma sehingga dia menghembus nafas terakhir pada jam 5 petang kelmarin, di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.

Kisah Mastura bersama ibunya, Rohani Osman, 50, diekori harimau ketika menoreh getah pada 15 Januari lalu pernah menggemparkan negara apabila tersiar di dada akhbar.

Menurut Rohani, selepas peristiwa itu, kesihatan Mastura sering terganggu termasuk mengalami demam panas dan pernah dimasukkan ke wad Hospital Taiping untuk menerima rawatan lanjut.

Katanya, kesihatan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Temenggong Kati itu semakin teruk dari sehari ke sehari sehingga hilang kemampuan berjalan pada 7 April lalu.“Keadaannya sangat lemah ketika itu sehingga perlu didukung oleh bapanya untuk ke bilik air dan memerlukan jagaan sepanjang masa.
“Mastura dipindahkan ke HRPB pada 13 April lalu kerana keadaannya semakin teruk sehingga tidak mampu bercakap,” katanya ketika ditemui di kediamannya, di Kampung Chuar Hilir, di sini, semalam.

Baca Selanjutnya
Remaja diekori harimau meninggal kerana trauma - Semasa - Sinar Harian




Subscribe in a reader
 
Sila Lawat Page services Untuk Melihat Promosi Terbaru Daripada Syarikat Kami

Iran has reverse-engineered U.S. spy drone - Tehran Times

Er... korang ingat tak drone US (Kapal Terbang Pengintip Tanpa Pilot) yang ditembak jatuh sewaktu mengintip di IRAN... hari ni pihak kerajaan IRAN dakwa mereka telah berjaya mengklon drone tersebut..hebat..

TEHRAN – Iran has successfully reverse-engineered an advanced U.S. spy drone that violated the country’s airspace in 2011, the commander of the Aerospace Force of the Islamic Revolution Guards Corps, Brigadier General Amir Ali Hajizadeh, announced on Saturday.

Iran announced on December 4, 2011 that an advanced RQ-170 unmanned U.S. spy plane had been brought down by the armed forces of the Islamic Republic but did not say when the incident occurred.

The wingspan of the radar-evading drone is 26 meters, the length of the fuselage is 4.5 meters, and the plane has a height of 1.84 meters.

According to the Washington Post, the RQ-170 Sentinel has been used by the CIA for highly sensitive missions into other nations’ airspace, including months of surveillance of the compound in Pakistan in which Al-Qaeda leader Osama bin Laden was allegedly hiding before he was killed in an attack by Special Operations forces on May 1, 2011.  
read more Iran has reverse-engineered U.S. spy drone - Tehran Times



Subscribe in a reader
 
Sila Lawat Page services Untuk Melihat Promosi Terbaru Daripada Syarikat Kami

Wednesday, April 25, 2012

MAKANAN UBAH SUAI GENETIK: ADAKAH IA SELAMAT UNTUK MANUSIA?

Saintis China hasilkan biri-biri daripada gen cacing (Caenorhabditis elegans)

Cacing Caenorhabditis Elegans
Hong Kong: erm... ok...sekumpulan saintis di sebuah makmal dalam wilayah Xinjiang barat China telah mengklonkan seekor berbiri modifikasi genetik dengan tambahan gen cacing (c.elegans) bulat bertujuan untuk meningkatkan kandungan asid lemak tak tepu yang baik untuk kesihatan manusia. Lemak "baik" ini biasanya ditemui secara semulajadi dalam kacang, biji benih, ikan dan sayur-sayuran hijau. 

Klon kambing ini dihasilkan dengan menggunakan sel yang diambil daripada telinga seekor kambing di Merino China dan disuntik dengan gen yang berasal daripada gen cacing Caenorhabditis elegans dan kemudiannya dimasukkan kedalam sebiji telur yang belum disenyawakan dan dipindahkan kedalam rahim seekor biri-biri tumpang.Kambing seberat 5.74kilogram sewaktu dilahirkan dilaporkan sihat dan membesar seperti kambing biasa.
Anak Biri Klon +Genetik Cacing Caenorhabditis Elegans
erm baguslah tujuan saintis-saintis untuk menambah dan pelbagai bahan makanan tambahan untuk  rakyat China yang ramai dan menghadapi masalah kekurangan tanah subur cuma aku nak refer satu artikel oleh Laman Berita Pengguna Komsumer Kini :

"Ternakan atau tanaman ubah suai genetik adalah benda yang hidup bukan secara semula jadi. Jika ia merebak dan membiak ke alam sekitar semula jadi, maka ia tidak boleh ditarik balik dan akan mencemarkan dan memusnahkan ekosistem semula jadi.

Sebagai contoh, dalam satu kajian yang dilakukan oleh seorang saintis daripada Jabatan Zoologi di University of Gothenburg, Sweden, beliau mendapati bahawa ikan ubah suai genetik, walaupun berupaya membiak dengan cepat dan melawan toksik di alam sekitarnya, tetapi hormon pertumbuhan yang tinggi akan terhasil dan bahan toksik akan terkumpul di dalam badannya. Seterusnya hormon dan toksik yang terkumpul ini akan disalur kepada pengguna akhir, yang biasanya adalah manusia!"


Subscribe in a reader
 
Sila Lawat Page services Untuk Melihat Promosi Terbaru Daripada Syarikat Kami


myMetro | Gadis hilang 20 hari dijumpai dalam keadaan rentung di ladang sawit

Ketua Polis Kelantan
KOTA BHARU: Seorang gadis yang dilapor hilang dari rumahnya sejak 20 hari lepas, dijumpai mati dalam keadaan rentung di ladang kelapa sawit di Kampung Baru, Rancangan Kemajuan Tanah Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Jeram Tekoh, dekat sini, semalam.

Mayat Nor Aini Shafnie Mohd Azizi, 15, dijumpai di tepi motosikal yang dinaikinya oleh seorang pemandu lori kelapa sawit yang dikenali sebagai Yusuf Mohd, yang kebetulan lalu di kawasan itu, kira-kira pukul 6 petang.
Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata mangsa anak bongsu dari 10 beradik dilihat kali terakhir keluar rumah seorang diri dengan menunggang motosikal jenis Kriss pada 3 April lepas
baca seterusnya
myMetro | Gadis hilang 20 hari dijumpai dalam keadaan rentung di ladang sawit



Subscribe in a reader
 
Sila Lawat Page services Untuk Melihat Promosi Terbaru Daripada Syarikat Kami

Sunday, April 22, 2012

Lagu terbaru - Maher Zain - Number One For Me






L agu terbaru Maher Zain - Number One For Me...sangat aku rasakan menyentuh hati....lagu khas untuk kaum ibu....teringat dosa-dosa yang kita lakukan secara sengaja  atau tidak terhadap ibu jom kawan2 kita jumpa ibu masing2 minta ampun dan maaf..selagi ada ..kemaafan ibu dan bapa amat kita perlukan..berkat dan doa ibu sangat mujarab... 

teringat aku akan cerita seorang ustaz mengenai perbuatan dosa kita pada ibu....mungkin ibu kita dia tidak luahkan dia pernah berasa hati kepada kita... tapi jika sekali dia menitiskan air mata..luka tu berparut.... .dan tiada berkat dalam kehidupan kita selagi luka tersebut tidak di ubati...  ayuh..kita bersungguh-sungguh memohon ampun....
..., 
kat bawah ni lirik lagu tersebut


Number One For Me - Lyrics:

I was a foolish little child
Crazy things I used to do
And all the pain I put you through
Mama now I'm here for you
For all the times I made you cry
The days I told you lies
Now it's time for you to rise
For all the things you sacrificed

Chorus:
Oh, if I could turn back time rewind
If I could make it undone
I swear that I would
I would make it up to you
Mum I'm all grown up now
It's a brand new day
I'd like to put a smile on your face every day
Mum I'm all grown up now
And it's not too late
I'd like to put a smile on your face every day

And now I finally understand
Your famous line
About the day I'd face in time
'Cause now I've got a child of mine
And even though I was so bad
I've learned so much from you
Now I'm trying to do it too
Love my kid the way you do

CHORUS

You know you are the number one for me (x3)
Oh, oh, number one for me
There's no one in this world that can take your place
Oh, I'm sorry for ever taking you for granted, ooh
I will use every chance I get
To make you smile, whenever I'm around you
Now I will try to love you like you love me
Only God knows how much you mean to me

CHORUS

You know you are the number one for me (x3)

Oh, oh, number one for me





Subscribe in a reader
 
Sila Lawat Page services Untuk Melihat Promosi Terbaru Daripada Syarikat Kami


Saturday, April 21, 2012

PETUA 9: Memerahkan Kulit Muka..

bukna tembikai ni ye
Ok..ini aku ada satu petua khas untuk orang pompuan (kalau yang lelaki nak cuba jugak aku tak campur...) petua ni boleh dilakukan TANPA perlu menahan sakit (kalau tampar muka sendiri boleh jugak merah tapi..sakit le..muahahah)....dan ia sangat2 lah senang dan mudah di lakukan (bukan sama ke ??) oklah...apa pun...aku harapkan kerjasama daripada korang semua supaya baca elok2 langkah-langkah petua ini ...supaya hasilnya hebat dan sempurna.... 

ini untuk ubat muka merah padam
ok...kulit muka yang merah sememangnya menjadi idaman setiap individu...jadi...petua ini akan memberi panduan memerahkan muka iaitu dengan menggunakan buah tembikai.. korang ambil/beli/tanam (lama kena tunggu buah) tembikai ..potong nipis nipis kemudian kerat-kerat kecil-kecil dan tampal keratan itu pada muka ..tunggu sehingga tembikai tu jadi kuning hehehehe..sebenarnya..tunggu selama setengah jam..... 

Selepas itu basuh muka dengan menggunakan kainyang yang lembut halus... ulang setiap minggu 3 kali...insyaAllah anda kan mendapat hasilnya...kulit muka akan menjadi kemerahan..


 Subscribe in a reader



Sila Lawat Page services Untuk Melihat Promosi Terbaru Daripada Syarikat Kami

Friday, April 20, 2012

BAGAIMANA MEMBUAT INVISIBLE FOLDER DALAM KOMPUTER ANDA

Ok....korang nak tahu tak macam mana nak buat sesuatu folder tu halimunan (tak nampak dek mata kasar)..TAK TAHU ???.. hehe tapi korang mesti nak tahu kan....ok..kat sini aku nak bagi toturial yang sangat mudah, cepat dan yang penting FOC (free of charge) untuk membuatkan sesuatu folder dalam komputer yang menggunakan OS windows itu invisible ataupun halimunan. 

Korang boleh simpan pelbagai fail dalam folder halimunan ni dan orang lain yang mempunyai akses kepada komputer tersebut tidak akan menyedari ada folder tersembunyi ..walau dimana saja folder itu berada. ok...

Tutorial ni dalam bahasa inggeris..bukan aku tak bleh translate tapi...agak susah nak explain dalam bahasa malaysia...kalau tak faham boleh email kat aku ye...ammarzahraa2012@gmail.com


CREATE A NEW FOLDER ON THE DESKTOP 

(Right click your mouse anywhere on the desktop and select new> folder )

RENAME THE NEW FOLDER 

Windows will automatically name the new folder "NEW FOLDER".
Delete the name "new folder" and hold down the ALT key and type 0160

    This will create an empty space where the name of the folder should be.)

    CHANGE THE FOLDER ICON TO AN EMPTY SPACE

    Right click on the folder icon and select "properties" and In the properties options select the "customize" tab
    In the customize tab select the "change icon" option. This will take you into shell32.dll, the default storage area for all Windows icons.
    Scroll through the icons until you see an empty space. Select the empty space then select OK > Apply > OK.
    You will now have a completely invisible folder where you can store any type of file

    LOCATE AND ACCESS YOUR INVISIBLE FOLDER
    You can now drag your invisible folder to any location or folder on your computer. 
    To access the folder either 
    (a) highlight the area you know the folder is in and select open  
    (b) open the folder you dragged the folder into, hold down the ALT button and type 0160 then enter 

    Boleh Rujuk Video Di Bawah.



     Subscribe in a reader





    Sila Lawat Page services Untuk Melihat Promosi Terbaru Daripada Syarikat Kami

    Thursday, April 19, 2012

    GEMPAR LAGI : Beberapa Fakta Yang Kita Tahu Tapi......

    Aduss... semasa aku dok godek2 google...terjumpa satu treads dalam satu forum yang membincangkan satu topik sangat menarik..berkenaan beberapa fakta di bawah ... 
    1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak perasa oren (jika dicampur cordial oren di dalamnya)....respon aku.....muahahaha....
    2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan - kalau kat Malaysia bahan kedua penting adalah LIMAU - Sirap Limau.
    3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan- hihihihihihih.
    4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy , jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi- adusssss tak berapa nak gelak sangat ni...
    5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.-hehehe..cucu cap bendera  ada lagi ke....??
    6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet (kecuali menarik kereta menggunakan lidah, rambut,telinga dan perut).
    7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi. 
    8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.....muahahahaha.....ce cuba..cuba.... 
    9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya. ..... confirm tipu...
    10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.....muahahahahah,..hihihi mai gelak dengan aku....
    11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.......huhuhuhuhuhuh........tapi kalau bakar..barang2 elektrik takde elektrik pun menyala....hua..hua...
    12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan. ......hohohohohohoh
    13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.(sila ganti NASI AYAM dengan NASI ARAB)
    14. 14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku !!

    ayat yang bold dan italic aku yang tambah........muahahahaa
     
    artikel asal di http://teratak.forumotion.com/t1444-fakta-perlu-kita-tahu





    Sila Lawat Page services Untuk Melihat Promosi Terbaru Daripada Syarikat Kami

    THE AVENGERS - Di Pawagam 04 Mei 2012

    Release Date: May 4, 2012 (3D/2D theaters and IMAX 3D)
    Studio: Walt Disney Pictures, Marvel Studios, Paramount Pictures
    Director: Joss Whedon
    Screenwriter: Joss Whedon
    Starring: Robert Downey Jr., Chris Evans, Mark Ruffalo, Chris Hemsworth, Scarlett Johansson, Jeremy Renner, Tom Hiddleston, Stellan Skarsgård, Cobie Smulders, Samuel L. Jackson
    Genre: Action, Adventure
    Official Website: Marvel.com/Avengers_Movie

    Iron Man, The Incredible Hulk, Thor, Captain America, Hawkeye and Black Widow answer the call to action when Nick Fury, director of the international peacekeeping agency known as S.H.I.E.L.D., initiates a daring, globe-spanning recruitment effort to assemble The Avengers team to defeat an unexpected enemy threatening global safety and security. Despite pulling together the ultimate dream team, Nick Fury and longtime confidant Agent Coulson must find a way to convince the Super Heroes to work with, not against each other, when the powerful and dangerous Loki gains access to the Cosmic Cube and its unlimited power.

     Iron Man, The Incredible Hulk, Thor, Captain America, Hawkeye dan Black Widow telah bersatu tenaga apabila Nick Fury Pengarah Agensi Pengaman Antarabangsa(SHIELD) meminta semua super hero tersebut untuk berganding bahu membentuk pasukan The Avengers (sama seperti Justice League yang dianggotai oleh Superman, Batman, Super Women, Flash dan Green Lantern - Dc Comic) bagi menghadapi ancaman satu kuasa jahat yang mengancam keselamatan dan keamanan global. 

    Walaubagaimanapun Nick Fury dan Agent Coulsan (salah seorang Agent SHEILD) menghadapi masalah untuk menyakinkan semua super hero terbabit untuk berkerjasama sebagai sebuah kumpulan dan memfokuskan kekuatan dan kelebihan masing-masing untuk menghadapi musuh merbahaya iaitu Loki (adik tiri Thors) yang juga amat berkuasa apabila loki berjaya mendapat kuasa yang unlimited daripada Cosmic Cube.

    Video Trailers


     Subscribe in a reader




    Sila Lawat Page services Untuk Melihat Promosi Terbaru Daripada Syarikat Kami

    Wednesday, April 18, 2012

    Mencari Perkerjaan - Kerajaan / Swasta @ JobMalaysia.com

    Ok Kepada sedara-sedari yang sedang mencari pekerjaan sama ada kerja kerajaan ataupun swasta silalah berkunjung ke satu laman web pendaftaran pekerja yang di kendalikan oleh Kementerian Sumber Manusia.  

    JobsMalaysia yang sebelum ini dikenali sebagai Sistem Penjodohan Pekerjaan (JCS) di ELX adalah sistem penjodohan pekerjaan automatik atas talian yang menyediakan perkhidmatan PERCUMA kepada pengguna portal. Tiada sebarang bentuk pembayaran atau yuran dikenakan secara langsung atau tidak langsung, di dalam mana-mana permohonan, pendaftaran, atau apa jua keadaan.

    Pengguna boleh membuat pendaftaran menggunakan no kad pengenalan dan seterusnya akan di minta untuk login dan melengkapkan borang online berkenaan maklumat diri, maklumat akademik, pengalaman kerja dan beberapa maklumat lain yang perlu dalam sistem ini membuat penjodohan pekerjaan.

    Maklumat berkenaan peluang-peluang kerja dan kekosongan jawatan turut paparkan di bahagian utama laman web. Pengguna di nasihat kan bersedia dengan resume dan sijil-sijil akademik semasa mengisi borang pendaftaran online tersebut bagi mengelakkan kesilapan mengisi maklumat.
    Laman web JobMalaysia http://www.jobsmalaysia.gov.my/

     Subscribe in a reader

    Sila Lawat Page services Untuk Melihat Promosi Terbaru Daripada Syarikat Kami

    GEMPAR: 10 Perkara Yang Disembunyikan Zionis

    GEMPAR Tahukah korang sebenarnya banyak benda yang yahudi ZIONIS ni sembunyikan pada pengetahuan umum. 
    1. Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.
    2. Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.  
    3. Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut. 
    4. McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA! 
    5. Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut. 
    6. Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?
    7. Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi? 
    8. Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi 
    9. Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang. 
    10. Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!




    Sila Lawat Page services Untuk Melihat Promosi Terbaru Daripada Syarikat Kami

    Bancian & Keputusan Mengenai PTPTN dan Demo PTPTN di Sinar


     TEPUK DADA TANYA SELERA



     
     

    UNDIAN MASIH BOLEH DIBUAT DI

     Subscribe in a reader


    Sila Lawat Page services Untuk Melihat Promosi Terbaru Daripada Syarikat Kami

    IPAD TERBARU: Mula Di Jual Di Malaysia dan 11 Negara Lain JUMAAT INI !!!!!

    IPAD Syarikat pengeluar Ipad, iphone Apple semalam mengumumkan, iPad terbaru (bukan ipad3) produk kategori generasi ketiga dalam kategorinya akan mula dipasarkan di Korea Selatan serta 11 negara lain, lusa.
    Dilengkapi dengan paparan Retina yang mengagumkan, selain cip A5X baru Apple dengan grafik quad-core serta kamera iSight berkeupayaan 5 megapiksel. 
    Ia juga mempunyai optik maju bagi kegunaan merakamkan gambar dengan lebih hebat serta video HD 1080p. Selain kekal nipis dan ringan, iPad terbaru itu juga telah dilengkapi bateri yang mampu bertahan sehingga 10 jam.
    Selain Korea Selatan, iPad baru itu juga mula dijual di Brunei, Croatia, Cyprus, Republik Dominica, El Salvador, Guatemala, Malaysia, Panama, St Maarten, Uruguay dan Venezuela mulai Jumaat ini. 
    Untuk pelanggan di Colombia, Estonia, India, Israel, Latvia, Lithuania, Montenegro, Afrika Selatan dan Thailand pula, mereka berpeluang membelinya mulai 27 April.
    iPad model wi-fi dihasilkan dengan dua warna - hitam atau putih - dengan harga runcit AS$499 (RM 1,523) untuk model 16GB, AS$599 (RM1,828) untuk model 32GB dan AS$699 (RM2,133) untuk model 64GB. Untuk iPad yang dilengkapi kemudahan wi-fi dan 4G, harga runcit yang disarankan Apple ialah AS$629 (RM1,927) bagi model 16GB, AS$729 (RM2,235) untuk model 32GB dan AS$829 (RM2,542) untuk model 64GB model.
    Ia boleh dibeli di kedai dalam talian Apple (www.apple.com) dan semua pengedar bertauliah syarikat itu di negara berkenaan
    Video Ipad terbaru 







    Sila Lawat Page services Untuk Melihat Promosi Terbaru Daripada Syarikat Kami

    Tuesday, April 17, 2012

    myMetro | Suami dipenjara 12 tahun sebabkan kematian isteri

    KUANTAN: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhi hukuman penjara 12 tahun terhadap seorang tukang cetak selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian isterinya, tahun lalu. 

    Ketika menjatuhi hukuman itu terhadap Lee Kim Fook, 52, Hakim Datuk Mariana Yahya turut memerintahkan supaya hukuman bermula dari tarikh tertuduh ditahan iaitu pada 28 Jun 2011
    .
    Lee mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kematian isterinya, Yap Kwee Yin, 51, antara jam 7 pagi dan 10 pagi di rumah mereka di Lorong Seri Setali 78, Taman Klasik di sini pada 28 Jun tahun lalu.
    Baca Selanjutnya di
    myMetro | Suami dipenjara 12 tahun sebabkan kematian isteri

    Subscribe in a reader


    Sila Lawat Page services Untuk Melihat Promosi Terbaru Daripada Syarikat Kami
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Entry Lain Yang Menarik

    Terima Kasih Kerana Melawat Blog Ammar Zahraa

    Labels

    1000 bulan (1) 2 storey (1) 8A (1) acheh (3) adam lanza (1) ads (1) AES (1) aghanistan (1) Agong (1) aiskrim (1) akaun semasa. (1) alcohol overdose (1) alternative medecine (1) amah indonesia (1) amah kena bunuh (2) amerika (2) ammar zahraa nursery (2) anak ayam (3) apple (2) asparagus (1) ayam kampung (1) ayam panggang (1) azhar idrus (1) bahrom (1) bakar (1) bandar seri putra (1) bangkang dari longkang (1) barack obama (1) bas (1) basuh baju (1) Batal PTPTN (2) batang pisang (1) batuk (1) bawaku pergi (2) bawani (1) bayi (1) bayi dibuang (1) bebola ikan (1) Becoming A King (1) bekas air (1) bengkak gusi (1) berbuka (1) berkebun (1) berniagaan (3) bersih hati (1) betik (1) bisnes ayam (2) blogging (3) boeing (1) bolasepak malaysia (1) bomoh (1) buah ajaib (1) buang bayi (1) buat blong (1) bukan wanita (2) bulu pusi (1) buluh madu (1) bunuh (2) business (2) busniss (1) cagu (1) cara masak nasi arab (1) cara membuat nasi arab (1) cctv (1) Cemerlang. (2) cenderamata (1) ceo (1) ceramah agama (1) charles (1) cia (1) cibotium barometz (1) CIMB click (3) cirit birit (1) cocktail (1) cory monteith dead (2) cream o (1) culik (1) current account (2) daftar perniagaan (5) Demo (2) dengki dan dendam (1) dera (1) diekori harimau (1) diesel subsidi (1) dobi (1) DPMM (1) drone (1) drug overdose (1) dunia (1) eidulfitri (1) enterprise (2) fakta (2) farhan hadi (1) Fatimah Syarha (1) finn hudson (2) free advertising (1) funny (1) gadis meninggal (1) gadis tiang (2) gaduh (2) gardening (1) GDL (1) gempa bumi (4) gendong bayi (1) genetik (1) glee (2) goncang (1) google tranlate (1) gulf war (1) habbatus sauda (1) hadiah online (2) halal (1) haram (3) harimau (1) harimau malaya (1) hati bersih (1) hilang (1) home made aiskrim (1) how to attract traffic (1) hulk (1) Humood Al-Khudher (1) Humood AlKhudher (1) hztours (1) I Luv Islam (1) ibu (1) ibu bapa (2) iklan percuma (2) inai. cekam kuku (1) info (1) internet (4) internet business (3) invisible folder (1) ipad (1) ipad baru (1) iphone 5 (1) IPTA (1) IRAN (1) irihati (1) ironman (1) islam (2) Islamic Song (1) isteri (1) jawatan dalam enterprise (1) jenayah (1) jesus (1) john brennan (1) jom gelak (1) jomlahiklan (1) JPJ (1) jual kereta (1) jual organ (1) jual rumah (1) justice league (1) kambing (1) Kate Middleton (1) kebaikan bulan ramadhan (1) kedah (2) kedai acceseries (1) kejam. china (1) kelahiran (1) kemboja (1) kenderaan (1) keperluan bayi (1) kereta (1) kereta terpakai (2) kerete nasional (1) kerja gomen (2) kerja kerajaan (3) kerja kosong (2) kerja swasta (1) King (1) kisah mahkamah (2) klon (1) konvensyen (1) kosmo (1) kotoran degil (1) krismas (1) kucing (1) kuliah (1) Kun Anta (2) kurang sopan (1) kursus (1) kursus asas dobi (1) kursus perniagaan (3) kursus ternak (1) kurus pernigaan (1) labu sayong (1) lagu (1) lailatul qadar (1) lama web (1) laman web (1) lari rumah (3) lautan hindi (1) lawak bodoh (1) lea (1) lebat rambut (1) lesen memandu (1) lirik lagu (1) listen (1) lori (1) luka (2) lynas (1) maher zain (1) mahkamah. syariah (1) Maklumat palsu (1) malaysian airlines (1) Mansuh (1) marketing (3) mary (1) maryam (1) MAS (1) mc donald (1) memborong ke china (1) Men In Black (1) mencuri (1) merahkan muka (1) metro (1) mh370 (1) MIB (1) minuman air buah (1) miracle fruit (1) MJ fatonah (1) mocktail (1) modal (1) model baru (1) mohon jawatan (2) monosodium (1) msg (1) mudah (1) my blog (2) nabi isa (1) nabil (1) nadir bumi (1) nasi arab (1) nasi mandy (1) Nasyeed (1) newton (1) number one for me (1) online booking (1) pah1m (1) palestin (1) panau (1) pangkat (1) parenting (1) PDRM (1) penawar (1) penawar bisa (1) penawar jambi (1) penawar luka (1) penggalak pertumbuhan (1) penjara (1) percutian (1) perkahwinan (1) perlis (2) Pertabalan (1) pertanian (1) pertenakan (1) petrol naik (1) petua (20) PICC (1) pinjam bank (2) Pinjaman Perniagaan (2) pokok (1) pokok ajaib (1) pokok kapal terbang (1) pokok paku emas (1) pokok paku. burkill 1935 (1) polis (1) portal iklan (1) pray4mh370 (1) Prince William (1) proton (1) proton preve (1) PSV (1) PTPTN (1) puasa (2) pulau pinang (2) puspakom (2) queem elizabeth (1) rachel (1) Raja (1) ramadhan (2) ranking fifa (1) rape (1) rapping (1) rare earth (1) real estate (1) rebung madu (1) remaja (1) resdung (1) resepi nasi arab (1) resepi nasi arab ayam (1) resepi nasi mandhi (1) resepi nasi mandi ayam (1) resipi nasi arab (1) rogol (2) royal family (1) sabah (1) sakit hati (1) sakit mata. bunga melati (1) salih yaakob (1) saman (2) sayur (1) sayur itu ubat (1) SDN BHD (1) selesema (1) seminar (2) sewa lori (1) share is caring (1) sharifah zohra (1) simple (1) Sinar (2) SMM (1) sms (1) sms daoat duit (1) sosej (1) SPM (2) sponsore ads (1) sri wani choo (1) steve job (2) suami (1) sungai petani (2) susu kangkang (1) Synsepalum dulcificum (1) tanam sayur (1) tanaman (1) teknik menjual (1) telefon pintar (1) telefon terpakai (1) tembikai (1) tempah online (2) ternak ayam kampung (4) ternak kucing (1) thailand (1) the avengers (1) thor (1) tip (4) Tips Pinjam (1) tommy lee Jones (1) traffic (2) trauma (1) tsunami (4) UAI (1) ubahsuai genetik (1) uban. hitamkan rambut (1) ubat kucing (2) ubat luka (1) ubat tradisional (15) ulang tahun (1) umrah (1) USA (2) usim (1) ustaz azhar idrus (1) Ustaz Don (1) vacancy (1) Whatapps (1) Will smith (1) yahudi (2) zionis (1) zizan (2)
    NOTIS & PENAFIAN
    Artikel yang disiarkan merupakan pandangan/pendapat peribadi penulis dan tiada berkaitan dengan mana-mana pihak ataupun organisasi tertentu. Pengunjung blog ini perlu untuk menggunakan kebijaksaaan, pengetahuan dan rujukan dari mana-mana pihak lain yang lebih utama sebelum membuat sesuatu keputusan berdasarkan maklumat awal dari blog ini dan pengunjung juga harus sedar jika berlaku sebarang kerugian, kecederaan atau kecelaruan emosi ketika membaca artikel, gambar dan bahan yang dipaparkan di laman ini ianya di luar tanggungjawab penulis.