Search This Blog

Friday, March 30, 2012

Kontroversi Lagu ‘Bawaku Pergi – Zizan & Kaka’ Diharamkan Kerajaan

Erm, Cuba dengar lagu ni...



inilah lagu zizan dan kaka BAWAKU PERGI yang di arahkan oleh kerajaan dihentikan penyiarannya. apabila ada pihak tertentu yang mengaitkan lagu tersebut dengan unsur-unsur negatif yang boleh mengalakkan lagi kes lari dari rumah di kalangan remaja. Mungkin ada betul dan mungkin ada kebetulannya.. tetapi hanya menyalahkan lagu tanpa ada langkah2 yang konkrit untuk mengatasi masalah ni....aku rasa tak berapa tepat...selain lagu banyak benda lain yang jadi sebab remaja lari dari rumah...

dan aku rasa zizan dan kaka patut nyanyi lagu ni ....

Thursday, March 29, 2012

Nak Jual Rumah , inilah masanya....

erm.... jual rumah....satu keputusan yang besar dan bukan main2...macam mana nak buat keputusan jual rumah..... salah satu sebab kerana harga rumah yang melambung tinggi boleh buat duit dan bina kehidupan baru..ok..macam mana nak jual..erm.... kat sini aku akan bagitau pengalaman aku jual rumah aku kat bandar seri putra... memang plan nak jual rumah dan balik kampung ni dah lama aku rancangkan cuma disebabkan harga rumah sebelum ini tak berapa memberangsangkan jadi aku pendam2je hasrat tu..... akhirnya tahun 2012, rumah jiran yang nombor rumahnya satu dibelakang nombor rumah aku telah berjaya dijual dalam rega RM 390k..wau..... ni sudah bagus...peluang yang dinantikan sudah tiba...aku pun start buat iklan kat mudah.....ni contoh iklan aku :

D'sentral 6A
Asking Price: 420K (Negotiable)
Land Area: 24 X 70 sq.ft
Build-up area: 1,932 sq.ft
5 room (3 bedroom,1 guest room and 1 utility/maid room)
(Bumi-Lot)

address ;

Affordable 2-Storey D´Sentral terrace 6A FREEHOLD, property near Bangi for sale. Spacious intermediate house with very good workmanship quality by renowned developer UMLand. Porch can accommodate 2 cars.
Spacious front road allowing roadside parking without problem.Very safe, friendly and peaceful neighborhood & near to children´s playground. Convenient surroundings with schools (primary,secondary & tertiary),surau,petrol station, shops lot,clinic, klinik kesihatan goverment) police station, seven-e, BSN , nilai 3 and other amenities. Easy access to PLUS highway (via a dedicated Putra-Mahkota interchange-off the Kuala Lumpur-Seremban highway), Nilai, Bandar Baru Bangi, Putrajaya & KLIA.
Price: RM 420000 (nego for serius buyer).

10 Cara Nak Senang (fuh senang) Tarik Pengunjung/Traffic ke Blog Anda

Erm..., jom kita try tapi bukanlah dengan masa yang cepat semua ni boleh berlaku SABAR...., tulis blog ni ambil masa (kadang2 selama-lamanya macam aku) hehe, 10 cara ni kita try sama2...jommm...kalau jadi bagitau kawan kalau tak jadi...diam2 sudah...yang penting expectation jgn menggunung sangat..nanti jatuh berdebupppppppp...okay jom kita baca sama-sama

1. Tulis Kandungan Original (cakap senangnye ko jgn malas menulis nama pun blog)
Macam dah selalu kita dengar kan... tetapi sangat penting...selalunya kita ni main copy paste.hehe ataupun dapat article kat mana2 site atau blog free terus copy paste....haaa..kantoi.....cara ni memang senang tapi tak akan bawa banyak trafiic kat blog kita...sebab kat search engine orang cari tentang topic yang kita copy paste tu....posting yang naik adalah dari laman web asal yang kita copy paste......

2.Promote/promosi le ramai2 kat member dan family.
Mula2 tu bila baru2 je buat blog ..post pun baru ada dua atau tiga..paksalah (hehe) member baik ke...kelarga kita ayah , mak adik, pak sedara mak sedara, anak menantu surv blog ko tu...kalau tak banyak pun takpe ...ia dah jadi permulaan yang baik...

3. Penggunaan Social Media/media sosial...
ha....asyik2 main muka buku/face book....orang kita memang..dolu2 buku 555 sekarang muka buku hehe...melalut lak aku....buat le page ke buka account facebook nama blog korang, tepek le facebook plugin dalam website sekurangnya orang boleh terus like facebook tu....buat jugak twitter, Myspace (orang pakai lagi ke myspace) dan join jugak forum2 yang pelbagai. simple je bro...tapi ingat jgn ko pegi spam ikut suka, tag ikut suka kat facebook orang karang tak pasal2 kena block...slow2 bro..., dan jgn guna mana2 friend adding engines ..tak pasal2 account facebook korang kena gantung...

Teknik Membina Laman Web Yang Menjual Di Internet dan macamana nak tarik traffic...

erm... aku dah lama jugak berkecimpung dalam blog, suka2 dan ingin cari duit lebih tapi tak berapa nak menjadi...tadi aku terjumpa satu laman web dari seorang internet business yang menarik,,,, dia ada buat kursus bina laman web yang bagus....aku dah join..harap2 tip2 yang diajarkan akan berguna....dia ada buat kursus pada 14 - 15 April 2012 (2 hari) (Sabtu - Ahad) dan ada harga istimewa ....Bayar sekarang (potongan istimewa): bukan RM1,920 RM990 RM890 tetapi RM797 sahaja!...(2 HARI INTENSIF) untuk maklumat

Tiga 'gadis tiang' didenda RM25 murah!!!! murah.. jual murah!!!


RASAH 28 Mac - Denda maksimum RM25. Itu hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret Seremban, dekat sini hari ini ke atas tiga gadis yang terlibat dalam aksi menari tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai pada Sabtu lalu.
Ketiga-tiga mereka masing-masing dikenakan denda tersebut setelah mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan kurang sopan dengan berpakaian seksi dan melakukan aksi mengghairahkan.nama2 dioarang ialah

Tuesday, March 27, 2012

Permohonan lesen vokasional (GDL , PSV , Konduktor )

Mempunyai lesen D (kereta) bukan bererti anda boleh memandu semua kategori kenderaan atau kereta.

Kenderaan seperti Van dan Lori kepunyaan syarikat tidak boleh dipandu jika anda tidak mempunyai lesen GDL.Kenderaan yang ada nama syarikat serta alamatnya dicatat ditepi pintu sesebuah kenderaan merupakan kenderaan “kompeni” ataupun syarikat.

Hanya pemandu-pemandu yang memiliki lencana ataupun lesen khas yang diketahui sebagia G.D.L. atau “Goods Drivers’s License” sahaja yang boleh memandu kenderaan tersebut.

Permohonan untuk mendapatkan Lesen Vokasional GDL , PSV dan Konduktor boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPJ Negeri dan Pejabat JPJ Cawangan sahaja.
Dokumen yang diperlukan

Sunday, March 25, 2012

Tips Nak Memohon Pinjaman Perniagaan

Macamana nak cari modal berniaga ??,

bagi aku yang baru nak mula meniaga ni aku prefer modal sendiri kalau boleh tak nak buat pinjaman atau berhutang untuk modal atau beli kelengkapan untuk start meniaga, alasannya kalau bisnes lembap mcm mana nak bayar pinjaman bulan2.. jadi perlulah kumpul modal atau ada rezeki terpijak mana2 atau jual aset yang ada dan tukar cara hidup.....

tapi yang teringin nak dapatkan modal dengan pinjaman...aku terjumpa tip2 ni kat blog taukeymelayu.com

Untuk membuat pinjaman anda kena penuhi syarat-syarat berikut

Kosmo! Online - Dunia- Askar AS bunuh 17 rakyat Afghanistan didakwa

Afghanistan - Seorang askar Amerika Syarikat (AS) berpangkat Staf Sarjan, Robert Bales didakwa kelmarin kerana melakukan 17 pembunuhan beramai-ramai di Afghanistan, kata pihak tentera AS.

Bales, 38, didakwa berjalan keluar dari sebuah pangkalan tentera AS dengan membawa sepucuk pistol dan raifal M-4 lengkap dengan pelancar grenad menjelang subuh pada 11 Mac lalu sebelum mengamuk dan membunuh empat lelaki, empat wanita, dua budak lelaki serta sembilan kanak-kanak perempuan selain membakar sebahagian mayat mereka.

Usia kanak-kanak berkenaan tidak didedahkan tentera AS.

Menurut kertas pertuduhan, Bales didakwa menembak seorang budak perempuan di kepala dan seorang kanak-kanak lelaki di bahagian paha, seorang lelaki di leher dan seorang wanita di dada serta kemaluan.

Serangan tersebut berlaku di daerah Panjwai, wilayah Kandahar yang merupakan tempat kelahiran kumpulan Taliban.
BACA SELANJUTNYA DI .kosmo.com.my

NAK JUAL KERETA ANDA !!! SUSAH MACAM NAK BELI JUGAK..

Hari ni selesai satu perkara, bawak kereta untuk buat pemeriksaan puspakom, aduss....nak buat macamana dah jadi peraturan nak jual kereta second hand kena buat pemeriksaan puspakom...
................rupenye ada satu benda yang baru aku tau....
...........nak buat pemeriksaan puspakom "tinted" keta mesti ditanggalkan....
................hahaha...aduss...dah le aku terdatang awal...oppoinment pukul 12.00 tgh hari...pukul 9.00 pg aku dah terpacak dekat puspakom glenmarie Shah Alam..sempat le..menjelajah bandar Shah Alam...tempat bermain aku dolu2..masa buat pas pelajar..rupenye pukul 11.00 tgh hari kawasan PKNS dan alam sentral sunyi je.....sabtu..orang shah alam buat apa..tidur ke..haha...

..........ok kembali kepada kisah "Tinted" keta..jadi dengan bantuan sedara dari used car company yang uruskan penjualan keta aku tu...dekat situ jugak kitaorang tanggalkan tinted tu..aduhai....dah selesai....terus bawak masuk keta dalam puspakom...dalam 20minit solosai...aku pun boleh bawa keta balik...tapi masa aku dalam bilik menunggu aku ada terbaca pesanan mesra pihak puspakom..., "tinted keta depan 70 %, cermin 50 % confuse betul aku ....tadi brade tu cakap kalau tak buang tinted walaupun kedai accecories kata lulus jpj...kat puspakom confirm fail... kecuali ada surat tuan doktor......hahaha..

...oklah aku pon...terus pecut kereta aku tuuu balik ............satu lagi masalah.... bila dah buang tinted...gam tinted bagus punye duk ada kat tingkap....nak turunkan cermin pun tak boleh....adus... dah le...keta aku tu acconditon rosak....., sepanjang perjalanan menyusuri lebuh raya ELITE tu..haha aku rasa mcm duk lam oven....takpelah...cobaan...walau bagaimana pun solosai...jugak..... JADI...pelajaran berguna hari ni.... nak jual keta...pun kena jual dulu...antaranya:

myMetro | Bersedia hadapi cabaran mendatang

MINGGU ini debaran calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu pasti terungkai, sekali gus bakal menentukan perjalanan masa depan sama ada memperoleh keputusan cemerlang atau sebaliknya.

Pelajar yang mencapai keputusan cemerlang sudah tentu bercita-cita melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi sementara bagi keputusan sederhana pula mencari institusi setara kelayakan.

Bagi yang gagal juga masih boleh merangka perancangan sama ada mahu memasuki institusi berbentuk latihan mahu pun melangkah ke alam pekerjaan.

Biar apapun keputusannya, pastikan ia tepat dan bersesuaian dengan kehendak diri supaya tidak menyesal hingga memusnahkan masa depan yang baru bermula.

Pilihan apakah yang boleh dilakukan bagi memastikan setiap keputusan tidak sia-sia, sebaliknya menjamin kehidupan lebih sempurna?BACA SELANJUTNYA DI myMetro | Bersedia hadapi cabaran mendatang

myMetro | Selangkah ke UiTM

LEBIH lima dekad usia penubuhannya, Universiti Teknologi Mara (UiTM) terus berbakti melahirkan ribuan Bumiputera berilmu yang memenuhi sektor kerjaya tempatan dan global.

Nama dan jenamanya mewarnai pelbagai sektor dan industri membuktikan perjuangan institusi pengajian tinggi awam itu dalam memartabatkan bidang pendidikan tinggi negara bukanlah janji kosong.

Biarpun tidak lekang daripada sasaran kontroversi, UiTM tidak pernah mengalah, malah semakin gagah menongkah kegetiran bagi memastikan aliran pendidikan di kalangan generasi Bumiputera berjaya direalisasikan.

Dalam memastikan usaha dan perjuangannya berhasil, sekali lagi UiTM bakal menganjurkan Ekspo Selangkah Ke UiTM pada 24 dan 25 Mac ini.

Ekspo ini bagi menarik lebih ramai generasi muda menyertai institusi berkenaan, sekali gus meneruskan tradisi kelangsungan dan kecemerlangan ilmu.
BACA SELANJUTNYA DI myMetro | Selangkah ke UiTM

Thursday, March 22, 2012

Prestasi SPM 2011 membanggakan 559 calon raih keputusan A+

PUTRAJAYA 21 Mac - Seramai 559 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 berjaya memperoleh gred Cemerlang Tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran berbanding 403 calon pada tahun sebelumnya.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd. Ghafar Mahmud berkata, daripada jumlah tersebut, 506 calon adalah dari sekolah menengah kebangsaan manakala 53 lagi adalah calon sekolah lain.Katanya, pencapaian keseluruhan SPM 2011 yang menyaksikan 468,808 calon kesemuanya adalah yang terbaik dalam tempoh lima tahun dengan nilai indeks Gred Purata Nasional (GPN) 5.04 berbanding 5.19 pada 2010.

"Sejak 2007 hingga 2011, nilai GPN pada setiap tahun memperlihatkan peningkatan pencapaian calon secara berterusan."Saya percaya peningkatan ini disebabkan usaha gigih semua pihak terutamanya pihak sekolah dan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak kita," katanya ketika mengumumkan analisis keputusan SPM 2011 di sini hari ini.

Wednesday, March 21, 2012

Pangkat /jawatan dalam Syarikat Enterprise

hehe !!...bila dah buka syarikat...time nak buat name card....baru terfikio...nak letak jawatan apa...haha....general menager, CEO haha...owner, pengasas, founder....aku pun tanya pokcik google...rupenye..ada jugak soklan yang sejibik dengan aku punyer..pertanyaan...alhamdulillah sekurang-kurangnya ada lah jugak idea.....nak letak jawatan apa kat name kard... ni tgk link kat bawah..

Tuesday, March 20, 2012

ANAK AYAM KAMPUNG - 20 EKOR


ok , pada 13/03/2012 aku dah beli 20 ekor anak ayam kampung untuk try projek ternakan, fuh bersemangat....sekor harnya RM2.10 jadi 20 ekor regenye RM 42.oo hinggit, dedak untuk 3 minggu 4 kilo- lapan hinggit...semalam mak aku cakap anak2 ayam tu cedas betul...dah naik ekor..harap akan hidup semunya....amin.........

Tuesday, March 13, 2012

buka current account/akaun semasa

CURRENT ACCOUNT
ok, dah register business, nak kena buka pulak account semasa, nak apply cek ..tak sabar nak meniaga ni,..aku buka current account kat CIMB, bukak yang Islamic ada jugak hibbah.

1. kena buat cop dulu, (dalam cop letak nama syarikat dan no pendaftaran cukup- RM 30-40).
2. pi lah CIMB berdekatan, jangan lupa bawak duit seribu (RM1000.00)
3. Ok, selepas tu pegi kaunter cakap nak buka account semasa...
3. Isi Borang pakai nama syarikat dan no pendaftaran syarikat...

Monday, March 12, 2012

Daftar Perniagaan Enterprise

Ini sedikit panduan nak daftar syarikat enterprise, syarikat jenis lain aku takde panglaman, ok..
sebelum anda ke pejabat SSM sila pastikan

1.Yang paling penting kena tentukan nama syarikat apa yang nak didaftarkan, kalau ikut nama dalam I/C bayaran nye lebih murah dan kemungkinan nak di reject adalah kurang tetapi kalau nak guna nama Trade name..langkah ni penting...reka nama sebaik mungkin..sekurang-kurangya 3 pilihan. (sebab kadang2 dah ada orang yang gunakan nama tersebut).
a. trade name ; RM 60/tahun
b. personal name (ikut nama kat i/c ; RM 30/tahun

2. Salinan i/c anda sendiri.

Salam Perkenalan

Salam, hari ni selesai beberapa perkara,
1. aku dah daftar syarikat enterprise dengan nama Ammar Zahraa Enterprise.
2. Alhamdullillah diharapkan hasil usaha aku akan mendapat berkenan Allah SWT.
3. Banyak lagi perkara yang nak disettellkan....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Lain Yang Menarik

Terima Kasih Kerana Melawat Blog Ammar Zahraa

Labels

1000 bulan (1) 2 storey (1) 8A (1) acheh (3) adam lanza (1) ads (1) AES (1) aghanistan (1) Agong (1) aiskrim (1) akaun semasa. (1) alcohol overdose (1) alternative medecine (1) amah indonesia (1) amah kena bunuh (2) amerika (2) ammar zahraa nursery (2) anak ayam (3) apple (2) asparagus (1) ayam kampung (1) ayam panggang (1) azhar idrus (1) bahrom (1) bakar (1) bandar seri putra (1) bangkang dari longkang (1) barack obama (1) bas (1) basuh baju (1) Batal PTPTN (2) batang pisang (1) batuk (1) bawaku pergi (2) bawani (1) bayi (1) bayi dibuang (1) bebola ikan (1) Becoming A King (1) bekas air (1) bengkak gusi (1) berbuka (1) berkebun (1) berniagaan (3) bersih hati (1) betik (1) bisnes ayam (2) blogging (3) boeing (1) bolasepak malaysia (1) bomoh (1) buah ajaib (1) buang bayi (1) buat blong (1) bukan wanita (2) bulu pusi (1) buluh madu (1) bunuh (2) business (2) busniss (1) cagu (1) cara masak nasi arab (1) cara membuat nasi arab (1) cctv (1) Cemerlang. (2) cenderamata (1) ceo (1) ceramah agama (1) charles (1) cia (1) cibotium barometz (1) CIMB click (3) cirit birit (1) cocktail (1) cory monteith dead (2) cream o (1) culik (1) current account (2) daftar perniagaan (5) Demo (2) dengki dan dendam (1) dera (1) diekori harimau (1) diesel subsidi (1) dobi (1) DPMM (1) drone (1) drug overdose (1) dunia (1) eidulfitri (1) enterprise (2) fakta (2) farhan hadi (1) Fatimah Syarha (1) finn hudson (2) free advertising (1) funny (1) gadis meninggal (1) gadis tiang (2) gaduh (2) gardening (1) GDL (1) gempa bumi (4) gendong bayi (1) genetik (1) glee (2) goncang (1) google tranlate (1) gulf war (1) habbatus sauda (1) hadiah online (2) halal (1) haram (3) harimau (1) harimau malaya (1) hati bersih (1) hilang (1) home made aiskrim (1) how to attract traffic (1) hulk (1) Humood Al-Khudher (1) Humood AlKhudher (1) hztours (1) I Luv Islam (1) ibu (1) ibu bapa (2) iklan percuma (2) inai. cekam kuku (1) info (1) internet (4) internet business (3) invisible folder (1) ipad (1) ipad baru (1) iphone 5 (1) IPTA (1) IRAN (1) irihati (1) ironman (1) islam (2) Islamic Song (1) isteri (1) jawatan dalam enterprise (1) jenayah (1) jesus (1) john brennan (1) jom gelak (1) jomlahiklan (1) JPJ (1) jual kereta (1) jual organ (1) jual rumah (1) justice league (1) kambing (1) Kate Middleton (1) kebaikan bulan ramadhan (1) kedah (2) kedai acceseries (1) kejam. china (1) kelahiran (1) kemboja (1) kenderaan (1) keperluan bayi (1) kereta (1) kereta terpakai (2) kerete nasional (1) kerja gomen (2) kerja kerajaan (3) kerja kosong (2) kerja swasta (1) King (1) kisah mahkamah (2) klon (1) konvensyen (1) kosmo (1) kotoran degil (1) krismas (1) kucing (1) kuliah (1) Kun Anta (2) kurang sopan (1) kursus (1) kursus asas dobi (1) kursus perniagaan (3) kursus ternak (1) kurus pernigaan (1) labu sayong (1) lagu (1) lailatul qadar (1) lama web (1) laman web (1) lari rumah (3) lautan hindi (1) lawak bodoh (1) lea (1) lebat rambut (1) lesen memandu (1) lirik lagu (1) listen (1) lori (1) luka (2) lynas (1) maher zain (1) mahkamah. syariah (1) Maklumat palsu (1) malaysian airlines (1) Mansuh (1) marketing (3) mary (1) maryam (1) MAS (1) mc donald (1) memborong ke china (1) Men In Black (1) mencuri (1) merahkan muka (1) metro (1) mh370 (1) MIB (1) minuman air buah (1) miracle fruit (1) MJ fatonah (1) mocktail (1) modal (1) model baru (1) mohon jawatan (2) monosodium (1) msg (1) mudah (1) my blog (2) nabi isa (1) nabil (1) nadir bumi (1) nasi arab (1) nasi mandy (1) Nasyeed (1) newton (1) number one for me (1) online booking (1) pah1m (1) palestin (1) panau (1) pangkat (1) parenting (1) PDRM (1) penawar (1) penawar bisa (1) penawar jambi (1) penawar luka (1) penggalak pertumbuhan (1) penjara (1) percutian (1) perkahwinan (1) perlis (2) Pertabalan (1) pertanian (1) pertenakan (1) petrol naik (1) petua (20) PICC (1) pinjam bank (2) Pinjaman Perniagaan (2) pokok (1) pokok ajaib (1) pokok kapal terbang (1) pokok paku emas (1) pokok paku. burkill 1935 (1) polis (1) portal iklan (1) pray4mh370 (1) Prince William (1) proton (1) proton preve (1) PSV (1) PTPTN (1) puasa (2) pulau pinang (2) puspakom (2) queem elizabeth (1) rachel (1) Raja (1) ramadhan (2) ranking fifa (1) rape (1) rapping (1) rare earth (1) real estate (1) rebung madu (1) remaja (1) resdung (1) resepi nasi arab (1) resepi nasi arab ayam (1) resepi nasi mandhi (1) resepi nasi mandi ayam (1) resipi nasi arab (1) rogol (2) royal family (1) sabah (1) sakit hati (1) sakit mata. bunga melati (1) salih yaakob (1) saman (2) sayur (1) sayur itu ubat (1) SDN BHD (1) selesema (1) seminar (2) sewa lori (1) share is caring (1) sharifah zohra (1) simple (1) Sinar (2) SMM (1) sms (1) sms daoat duit (1) sosej (1) SPM (2) sponsore ads (1) sri wani choo (1) steve job (2) suami (1) sungai petani (2) susu kangkang (1) Synsepalum dulcificum (1) tanam sayur (1) tanaman (1) teknik menjual (1) telefon pintar (1) telefon terpakai (1) tembikai (1) tempah online (2) ternak ayam kampung (4) ternak kucing (1) thailand (1) the avengers (1) thor (1) tip (4) Tips Pinjam (1) tommy lee Jones (1) traffic (2) trauma (1) tsunami (4) UAI (1) ubahsuai genetik (1) uban. hitamkan rambut (1) ubat kucing (2) ubat luka (1) ubat tradisional (15) ulang tahun (1) umrah (1) USA (2) usim (1) ustaz azhar idrus (1) Ustaz Don (1) vacancy (1) Whatapps (1) Will smith (1) yahudi (2) zionis (1) zizan (2)
NOTIS & PENAFIAN
Artikel yang disiarkan merupakan pandangan/pendapat peribadi penulis dan tiada berkaitan dengan mana-mana pihak ataupun organisasi tertentu. Pengunjung blog ini perlu untuk menggunakan kebijaksaaan, pengetahuan dan rujukan dari mana-mana pihak lain yang lebih utama sebelum membuat sesuatu keputusan berdasarkan maklumat awal dari blog ini dan pengunjung juga harus sedar jika berlaku sebarang kerugian, kecederaan atau kecelaruan emosi ketika membaca artikel, gambar dan bahan yang dipaparkan di laman ini ianya di luar tanggungjawab penulis.